Batang Kuda

10.2K 27 0
                                    

Kalau diikutkan hatinya pada ketika itu, mahu sahaja rasanya Johari menampar mulut isteri tuan punya ladang itu. Ada-ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Apa sahaja kerja yang Johari lakukan di ladang pisang dan ternakan haiwan itu sepertinya tidak ada yang betul. Walaupun Johari telah melakukan yang terbaik, Puan Hasnah, si isteri tuan punya ladang itu tetap tidak puas hati. Kelmarin Johari telah dimaki hamun wanita itu kerana tidak mengangkat guni-guni baja ke dalam stor padahal Johari sendiri tidak tahu apa-apa tentang penghantaran baja-baja itu. Dia sedang membaiki parit air di tepi ladang ketika Taukeh Ah Beng datang menghantar bekalan baja itu. Apabila dia kembali ke pondok rehat di tengah-tengah ladang itu, Puan Hasnah sudah ada di situ, sedia dengan maki hamunnya.

Walaupun dimaki hamun, Johari tetap bersabar. Dia tidak mahu melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan dia dihalau dari ladang itu. Dia memerlukan kerja itu. Jika dia dihalau, kemana lagi dia hendak pergi. Apa lagi kerja yang boleh dilakukannya? Johari bukannya ada pelajaran tinggi, hanya setakat tingkatan lima. Itupun tidak habis. Johari terpaksa berhenti sekolah setelah ibunya meninggal dunia. Ayahnya sudah lama tiada. Kini dia sebatang kara, tidak punya sesiapa lagi. Johari terpaksa meninggalkan rumah pusakanya dan keluar mencari pekerjaan untuk menyara hidup.

Nasibnya baik bila dia diterima bekerja sebagai buruh di ladang pisang itu. Tuan punya ladang itu cukup baik padanya kerana membenarkan dia tinggal di pondok rehat di tepi ladang yang besar itu. Johari tidak merungut kerana dia sudah biasa dengan kesusahan hidup. Malah dia besyukur kerana mempunyai tempat berteduh walaupun pondok itu tidaklah seselesa keadaan di rumah yang sebenar. Pondok kecil di tengah ladang itu dibaikinya dan dijaganya dengan elok. Halamannya tidak besar, cukup untuk dia menanam sebatas dua sayur untuk dimakan.

Johari berusia 20 tahun, mewarisi sifat dan sikap arwah ibunya. Dia seorang yang peramah, periang dan ringan tulang. Kerana itulah dia disukai oleh majikan lelakinya dan pekerja-pekerja lain. Tubuhnya agak berotot dan sasa disebabkan oleh kerja-kerja berat yang dilakukannya setiap hari. Walaupun berkulit agak gelap, Johari mempunyai daya tarikannya sendiri. Dengan wajah yang elok dan fizikal yang agak sasa, dia memang mampu menarik perhatian wanita. Hanya Johari sendiri yang tidak terfikir akan perkara itu.

Kini, sudah lebih dua tahun Johari bekerja di ladang itu. Dia belum berniat untuk mencari kerja lain. Johari hanya akan pergi setelah mempunyai tabungan dan pengalaman kerja yang cukup. Dia akan kembali ke kampung halamannya untuk mengusahakan tanah pusaka milik keluarganya.

Ketika dia mula-mula bekerja di ladang itu, semuanya kelihatan elok. Puan Hasnah itu pun tidak pernah memaki hamunnya. Puan Hasnah sebenarnya adalah isteri ketiga tuan punya ladang itu. Dia berumur 34 tahun sementara suaminya, Tuan Hasnol berumur 62 tahun. Jauh sekali bezanya umur mereka. Mereka telah berkahwin selama 6 tahun tetapi tidak mempunyai anak. Mungkin kerana itulah Puan Hasnah sering berada di ladang. Dia tidak punya tanggungjawab sebagai seorang ibu di rumah.

Tuan Hasnol kerap jatuh sakit sejak setahun yang lalu memandangkan usianya sudah lanjut dan Puan Hasnah lah yang mengambil alih urusan ladang itu. Tuan Hasnol pernah berpesan kepada Johari untuk bekerja dengan baik dan menjaga ladang itu seperti ladang sendiri. Oleh sebab itulah Johari tidak pernah membantah atau menjawab setiap kali dimarahi oleh Puan Hasnah.

Keadaan yang tenang dan elok di ladang itu dulu sudah tidak dirasai lagi. Setiap hari, ada sahaja yang menjadi mangsa makian Puan Hasnah termasuk Johari. Hampir setiap hari dia akan kena sehingga ianya seolah-olah rutin harian bagi Puan Hasnah. Johari hanya berdiam diri bila Puan Hasnah memarahinya. Dia akan meneruskan kerjanya tanpa memperdulikan wanita itu. Disebabkan itulah wanita itu semakin galak memakinya bila sahaja ada peluang.

Johari tidak tahu mengapa wanita itu jadi begitu. Mungkin wanita itu mempunyai masalah peribadi yang berat sehingga membuatkan dia berubah. Pernah juga Johari mendengar cerita dari beberapa orang pekerja ladang itu tentang kisah-kisah pertualangan Puan Hasnah di belakang suaminya. Sebelum berkahwin secara sah, Puan Hasnah adalah wanita simpanan Tuan Hasnol. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Puan Hasnah berkahwin dengan Encik Hasnol kerana dia menginginkan harta Tuan Hasnol. Setelah berkahwin, Puan Hasnah masih ligat dan pernah mempunyai skandal. Johari tidak tahu sejauh manakah kebenaran cerita-cerita tersebut tetapi ada waktunya dia juga percaya akan cerita-cerita itu.

Koleksi Cerpen LucahDonde viven las historias. Descúbrelo ahora