Bersunat

7.1K 27 0
                                    

Mak Esah dan keluarga cukup gembira kerana didatangi rombongan merisik anak daranya. Rombongan itu ingin menyunting sekuntum bunga yang sedang mekar di taman Mak Esah. Mazlina anak daranya yang berusia 19 tahun itu memang wajar berumah tangga. Justeru itu kedatangan rombongan merisik amat menggembirakan Mak Esah.

Bagi penduduk di kampung terpencil yang jauh di pedalaman, usia 19 tahun dianggap sudah terlajak untuk berumah tangga. Bagi masyarakat di situ gadis-gadis biasanya sudah bernikah pada usia 15 tahun. Kerana itu Mazlina atau biasa dipanggil Ina sudah dianggap anak dara tua.

Petang itu Mak Esah dan suaminya berkunjung ke rumah Lebai Jusuh, imam kampung itu bagi mendapat pandangan dan nasihat. Lebai Jusuh, lelaki separuh baya di kampung itu sentiasa ditanya pendapatnya dalam segala hal kerana dianggap orang terpelajar dan berilmu tinggi, terutama ilmu agama.

Lebai Jusuh yang mengajar di surau kampung itu sering mengeluarkan fatwa untuk pengikutnya. Fatwanya sentiasa dipatuhi walaupun kadang-kadang mengelirukan. Penduduk kampung tidak berani menyangkal kerana mereka cetek dalam hal ilmu agama.

Lebai Jusuh menjadi satu-satunya rujukan orang kampung kerana kampung mereka agak jauh di pedalaman dan mereka tidak banyak berinteraksi dengan orang luar, apalagi tokoh agama dari tempat lain. Apa-apa ajaran imam ini akan dipatuhi tanpa persoalan kerana orang-orang kampung percaya sepenuhnya pada imam tersebut.

Lebai Jusuh selaku imam yang sering dirujuk dan diminta pendapat memang kenal setiap orang kampung dan tahu seluruh sejarah hidup setiap orang yang lebih muda darinya seperti bila lahir, bila cukur jambul, bila berkhatan, khatam Quran atau tidak, bertunang, bernikah dan sebagainya kerana semua persoalan itu dirujuk kepadanya terlebih dahulu.

Malah, masalah yang sulit-sulit seperti hal-hal dalam kelambu laki bini pun dirujuk kepada imam itu juga. Maka, tahulah imam itu siapa yang mati pucuk, siapa yang lemah syahwat dan siapa yang main kayu tiga. Pendek kata, Pak Imam itu amat dihormati oleh orang kampung.

Apabila keluarga Mak Esah merujukkan cadangan pernikahan anaknya Ina kepada Pak Imam, beliau dengan senang hati memberikan tunjuk ajar dan sudi memberi kuliah kepada calon pengantin tentang tanggungjawab suami isteri, kiranya seperti Kursus Pra-Perkahwinanlah yang dianjurkan di bandar-bandar.

“Saya nak bertanya satu soalan pada Pak Imam ni. Tapi perkara ni terlalu sulit nak diluahkan...” Mak Esah tergagap-gagap bersuara.

“Cakap sajalah lah Esah, mana boleh ditolong akan saya tolong...” jawab Pak Imam penuh wibawa.

“Berat pula rasa hati nak diluahkan, Pak Imam...” Mak Esah masih tidak mampu meluahkannya.

“Cakap sajalah Esah, semua masalah ada jalan pentelesaian...” Pak Imam masih menunjukkan kewibawaannya sebagai pakar rujuk.

“Ini hal anak saya, Ina...” Mak Esah belum mampu meluahkannya.

“Kamu kalau ada masalah, bagitahu je Esah.... Aku banyak lagi hal yang mustahak nak selesai kan ni...” Pak Imam telah mula hilang sabar.

“Begini Pak Iman, anak saya Ina ni waktu kecil dulu kerap sakit-sakit... Sebab hal itu dia tidak disunatkan...” Mak Esah meluahkan kemuskilannya.

“Ohh! begitu ceritanya. Aku ingat apa lah tadi. Dalam agama kita bersunat ni wajib Esah...” jawab Pak Imam sedikit terperanjat.

“Sudah besar begini perlu disunatkan juga ke Pak Imam?” tanya Mak Esah.

“Wajib! Jika tidak, nanti persetubuhan mereka jadi haram dan zina. Anak dari rahim Ina pun dikira luar nikah dan dibin atau dibintikan Abdullah. Suaminya tidak layak menjadi wali kepada anak perempuannya nanti...” jawab imam penuh wibawa.

Koleksi Cerpen LucahWhere stories live. Discover now