🦋 : truth

8.7K 899 52
                                    


❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

Hera mengambil keputusan untuk bertemu dengan Dian di cafe berhampiran rumah Hera. Meja disebelah tingkap yang menampakkan pemandangan luar mejadi pilihan.

Hera ralit menulis diary miliknya yang sentiasa dibawa kemana-mana. Tajuk besar di muka surat itu dilihat.

96 days left.

Kerusi dihadapannya ditarik dan Dian melabuhkan duduk. Wintercoat diletak pada kerusi kosong disebelahnya.

"Sorry lambat,i baru balik jumpa Mark"

Hera kerut dahi. Mark? Siapa pulak tu?

"So,kenapa you nak jumpa i harini?" soal Dian selepas memesan minuman.

"It's abou Que. Why so sudden Dian?" wajah Hera jelas menunjukkan riak kecewa.

Dian guling mata ke atas serta merengus kasar. Kenapa perlu bercakap tentang lelaki itu lagi?

"I dah tak suka dia. I muak. Tawar hati. Dia tu dahla beku,tak pandai sweet. Lepastu tak fun langsung. Asyik nak konkong i. Semua benda tak boleh. I rasa tak bebas dengan dia. Dah la tak kaya mana pun. I minta apa semua tak dapat. Lagipun,i dah jumpa Mark yang seribu kali lagi better dari Que" jelasnya.

Terselit nada menyampah dalam percakapan Dian sebentar tadi.

Hera bungkam. Tidak menyangka secepat ini Dian akan mendapat pengganti Que. Hera melihat Dian dihadapannya yang sedang membetulkan rambut.

"Dah la,i dah malas nak dengar nama dia" white coffee yang dipesan Dian tadi disisip perlahan.

Hera hanya berdehem sebagai jawapan. Tanpa Dian sedar,apa yang dikatakan olehnya tadi telahpun di record oleh Hera.








Dalam perjalanan pulang ke rumah,Hera melintasi sebuah jambatan. Matanya dikecilkan apabila melihat sesorang sedang berdiri di atas tembok jambatan itu. Tiba-tiba mata Hera membulat.

"Quee!!!" pekiknya kuat.

Que yang sedang berdiri di atas tembok itu mengalihkan wajahnya ke arah pemilik suara. Kelihatan Hera sedang berlari anak ke arahnya.

"Are you out of your mind?!" mata Hera mencerlung ke arah Que.

Que menatap Hera dengan pandangan hairan.

"Kalau ye pun broken,janganlah sampai nak buat benda bodoh macamni. Nak masuk neraka ke?"

Que yang seperti dapat menangkap apa yang ada di dalam kepala Hera mula ketawa dan turun dari tempatnya berdiri tadi. Perutnya ditekan akibat terlalu banyak ketawa.

"Wait! Wait! Kau ingat aku buat apa? Bunuh diri ke?" soal Que dengan tawa yang masih bersisa.

Hera angguk laju dengan muka polos. Serta-merta hidungnya ditarik oleh Que.

"Aku ni takde lah benak sangat. Aku still ingat Allah. Aku berdiri dekat situ tadi sebab nak buang benda ni" sebentuk cincin ditayangkan pada Hera.

"Kenapa nak buang?"

"Sebab dah takde function" Hera tepuk dahi mendengar jawapan Que.

"Daripada you buang and membazir,baik you pergi gadai. Dapat duit. Takpun,simpan untuk kegunaan masa depan" bebel Hera.

"Ni kau nak pergi mana?" soal Que mengubah topik.

"Balik rumah" jawab Hera mudah.

"Jalan kaki?"

"Ada nampak macam i naik private jet ke? Takkan? Jalan kaki la" nadanya kedengaran memerli.

"Jom,aku hantar" ajak Que.

"Tak perlu. Rumah i depan tu je" Hera menggeleng.

Baru sahaja kaki ingin melangkah tangannya lebih awal disambar oleh Que. Pintu tempat duduk pemandu audi TT milik lelaki itu dibuka dan Hera ditolak masuk.

Enjin dihidupkan dan kereta itu mula bergerak.

100 DAYS WITH YOUWhere stories live. Discover now