2 • 2

13.8K 126 9
                                    



'Bagaimana laaa anak-anakk akuu nanti.......
'Macam manaa laa wife aku uruskan anak2 aku sendiri nanti........

Keluhan serta kegusaran dihati sebagai seorang bapa serta suami, tidak terlepas daripada memikirkan hal2 yang perlu dia pertimbangkan sepanjang dia disana.
Walaupun beberapa kali Sarjan Mus cuba untuk membuat rayuan supaya digugurkan namanya untuk tidak ikut serta ke Beirut,Lebonan, namun tetap saja gagal. Suka ataupun tidak kini dia tiada pilihan lain. Hanya mampu mengikut arahan daripada pihak atasan sahaja.

Bukan itu sahaja, walaupun Mus masih mencuba untuk membuat rayuan ke pihak atasan, kebimbangan juga dirasai oleh isterinya. Ini disebabkan jika suaminya ke sana, pasti dia dan anaknya juga terpaksa berpindah ke kampung sementara. Hal2 perpindahan sekolah juga perlu dia uruskan dengan segera. Walaupun berat hati untuk menerima bhwa suaminya akan ke luar negara utk tempoh agak lama.
Walau Mus sendiri tahu peluang yang dia ada sangat tipis, tetapi dia tetap mencuba bersemuka dengan pihak atasan supaya menggugurkan namanya.
Tetapi apakan daya, sebagai bawahan tiada jalan lain selain hanya menuruti sahaja apa yang telah ditetapkan.

__________________________________


Dalam kekalutan Mus untuk menguruskan perpindahan anaknya ke kampung, ada hal yang dia terlupakan. Dia sendiri terlupa bahwa siapa yang akan menghntar dirinya ke airport nantinya.
Jika dia sudah menghntar anak dan isterinya ke kampung, tiada siapa yang akan membantunya.

Walau sudah lama tidak bersemuka dengan adiknya Emy, tapi mungkin Emy akan membantu dirinya saat itu. Harapan Mus saat itu hanya ingin meminta pertolongan dari adiknya itu.
Bukan tidak ada yang boleh dia minta tolong,tetapi Mus sendiri tidak mahu menyusahkan orang lain tambahan lagi yang dia sendiri tidak rapat.

Isterinya juga ada beberapa kali mengingatkan Mus tentang hal itu. Memberi cadangan supaya meminta tolong Emy membantu Mus menghantar suaminya itu ke lpangan terbang.

Berat hati bagi seorang suami dan ayah akan berjauhan dengan keluarga kecilnya. Untuk anak2 nya sudah pasti sedih untuk meninggalkan rakan2 di sekolah tambahan pula ingin memulakan pembelajaran ditempat yang baru nanti akan apa jadi.
Pelbagai perkara harus diselesaikan secepatnya sebelum Mus berlepas ke Lebonan. Hal menjadi mudah apabila isteri Mus memberi sokongan dan dorongan kepada suaminya itu. Dia tahu jika dia tidak mendukung apa yang suaminya buat saat itu, akan bertambah sulit urusan Mus sendiri.

Sebagai seorang isteri juga tidak wajar jika membiarkan suaminya itu menyelesaikan masalah yang dihadapi saat ini sendirian.



***********************************************


"nanti ayah jangan lupaaa call kakak tauuu kalau ayah dan sampai rumah....."
"ayahhh ...adik sayang ayah...!! >3 >3..."

Anak2 Sarjan Mus mula nangis saat harus berpisah dengan ayahnya di kampung.

Pelukan erat anak2 kepada Mus membuatkan Mus berat hati untuk pulang. Tambahan pula tangisan isterinya menambah lagi hiba dihati Mus. Dia berjanji akan pulang dengan selamat hbis sahaja bertugas disana.

Melangkah ke hadapan isterinya, lalu memeluk erat tubuh wanita yang bergelar isteri. Sedih, sebak, hiba.., bermacam lagi Mus rasakan saat itu, dan air matanya tidak dapat ditahan lagi.
Suasana pilu menyelubungi saat Mus ingin pulang ke rumah yang esoknya akan berlepas ke bumi Lebonan. Dia terpaksa menghantar anak dan isterinya pulang terlebih dahulu dan mereka tidak dapat mengiringi Mus sebelum berlepas ke sana.
Kereta Mus juga akan ditinggalkan di kampung. Bimbang jika terlalu lama ditinggalkan dirumahnya, akan menyebabkan kerosakan.

Tentera Kurang Belaian Si Isteri (Vol.2)Where stories live. Discover now