2 • 18

3.6K 90 10
                                    


Pintu pagar terbuka tatkala Emy memicit controlremote sebaik sahaja dia tiba dihadapan rumahnya. Menjadi orang yang dipercayai dalam syarikat tentunya bukan hal yang mudah dan beberapa kali juga dia hampir hilang nyawa. Meskipun Emy tinggal di perumahan elite dengan pengawalan yang ketat namun dirinya tetap skeptikal dengan keselamatan dirinya.

Hari itu jam sudah menunjukkan 8:30malam. Banyak hal yang perlu dia selesaikan disamping berjumpa beberapa client besar juga. Habis letih tubuhnya namun di gagahi juga untuk memandu pulang ke rumah.

Tinggggg.......! Tingggggg..........
Tinggggg.......! Tinggggggg...........!!
Beberapa chat masuk daripada number yang tidak dia kenali.

"Kau tak akan terlepasssss...!!"
"..aku kenal lelaki yang selalu dengan kauu.!!
"kau jangan ingat dia akan selamat...!!!!!!!!!!!!"

Emy terkejut dan terkedu seketika tatkala membaca chat yang baru sahaja dia terima.

"Siapaaaaa kauuu nii .!!!!!!???
"kau nak apaaaa lagi dari akuuu .!!!!! bullshit!!!"
Marah Emy di dalam hati tatkala berkali-kali juga dia menerima ancaman sebegitu.

Dihempas hpnya di sofa ruangtamu lalu Emy merebahkan punggungnya sambil menutup mata. Letihnya belumpun hilang seharian bekerja, sudahpun muncul masalah baru. Kali ini bukan hanya dia tetapi melibatkan Saiful. Ya Saiful !! Lelaki yang seringkala bersama Emy sebaik sahaja Emy pulang ke tanah air.

Beberapa kali juga Emy cuba menghubungi number yang mengirimnya pesanan ringkas itu tetapi gagal. Itu menambahkan lagi kekesalan dalam diri Emy.

Baru sahaja Emy ingin merasakan kemanisan kebahagiaan namun ada sahaja masalah yang datang menimpa dirinya. Apatah lagi bersangkut paut dengan Saiful. Rasa akan mati apabila jikalau dia terpaksa berpisah dengan Saiful untuk kesekian kalinya. Hal itu yang paling dia takutkan kerana Emy menyayangi Saiful lebih daripada Saiful menyayangi Emy. Cuma sahaja Emy tidak terlalu menunjukkan sayangnya terhadap Saiful.

Enggan memikirkan lebih jauh, Emy segera membersihkan dirinya sebelum masuk tidur. Jikalau dia terlalu memikirkan hal-hal yang sebegitu, sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat mengganggu kerjanya.

__________________________________

Beberapa minggu berlalu sebelum Emy memutuskan untuk kembali pulang ke rumahnya tentunya akan membuat Saiful risau. Takutnya Emy kembali diserang oleh kumpulan jahat yang ingin menghabisk nyawa Emy. Hal yang paling ditakutkan Siaful apabila tidak dapat menyelamatkan Emy jika terjadinya perkara yang tidak dia ingini.

Saiful mengambil cuti untuk pulang ke kampung berjumpa ibu dan ayahnya. Rasanya sudah agak lama dia tidak balik ke kampung semenjak dia berpisah dengan si isteri. Malu rasanya ingin berjumpa dengan ibu mahupun ayahnya atas apa yang terjadi dalam hidupnya.

Keputusan Saiful untuk bercuti ke kampung merupakan hal yang salah. Niatnya hanya untuk berjumpa ibubapanya tetapi tidak sangka bahwa Shah juga turut ada dirumah. Hubungan mereka seakan renggang yang tiada penyebab. Namun Saiful tidak mahu hal itu berlarutan takutnya ibu mahupun ayahnya mengesyaki yang bukan-bukan.

Buka sahaja pintu biliknya, Saiful mengamit kenangan dimana dia mulai teringatkan kenangan bersama isteri dan anaknya. Masih terlalu cepat untuk dirinya melupakan moment2 indah bersama bekas isteri dan juga anaknya.Apatah lagi dia mendapat tahu bahwa anak yang dikandung isterinya itu bukanlah darah dagingnya sendiri. Saiful dijadikan paksanggup untuk menutupi kebejatan yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

Namun ada juga yang Saiful teringatkan dimana di dalam bilik yang sama juga pernah terjadi 'peristiwa' diantara dia dan adiknya Shah. Mengingat hal itu tentunya membuat Saiful tidak menyangka akan membiarkan hal itu terjadi. Namun segalanya telahpun berlalu. Malah sudah bertahun juga berlalu. Entah mengapa Saiful berasa ingin membaiki hubungan Emy dan adiknya sendiri Shah.

Tentera Kurang Belaian Si Isteri (Vol.2)Where stories live. Discover now