BAB 42

49 5 0
                                    

MALAM itu, setelah berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di surau, Shahirah dan Najihah meluru kembali ke rumah untuk menyiapkan tugasan mereka. Setelah seminggu menjalan misi mereka, banyak hipotesis dan hasil kajian yang mereka perolehi untuk diisi dalam laporan mereka.

Shahirah mendapat tajuk yang lain daripada Najihah iaitu Kajian Terhadap Mereka Yang Takut Pada Ketinggian. Jadinya, misi yang dijalankan Najihah dan Shahirah itu sangat menguntungkan mereka berdua.

Shahirah dapat maklumat baru untuk diisi dalam laporannya, begitu juga dengan Najihah.

"Laporan aku hampir lengkap." ujar Najihah, bangga. Dia menggeliat sedikit. Seterusnya, dia bangkit dari kerusi untuk meregangkan badannya yang terasa lenguh kerana terlalu banyak bekerja.

"Okeylah. Tak adalah kau takut-takut kalau professor telefon kau secara mengejut atau suruh kau balik untuk buat pembentangan depan dekan kan?" balas Shahirah.

"Betul! Leganya aku!" luah Najihah penuh semangat.

"Kau tinggal nak buat apa saje sebelum hantar pada professor?"

Najihah membuka kembali Microsoft Words yang menyimpan laporannya. Dia menatal semua helaian kertas yang terisi aksara-aksara itu sehinggalah dia tiba pada sehelai kertas pada skrin komputer yang menunjukkan perkara beberapa perkara yang perlu dia lakukan sebelum selesai tesisnya.

"Aku tinggal Bab 5. Perbincangan dan implikasi iaitu pengenalan, ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, kesimpulan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan." jelas Najihah.

"Oh, tak banyak dah tu. Kau tinggal nak kena ulas hasil kajian kau je. Untunglah." puji Shahirah.

"Yep!" kata Najihah. Dia berpindah dari meja kearah katil. Dia melabuhkan punggung dan rebahkan tubuhnya dengan senang hati.

Shahirah yang masih fokus menyiapkan laporan itu terus sahaja membuka topik untuk menghilangkan penatnya. Kalau Najihah senyap dan tidur awal, alamatnya dengan Shahirah sekali akan masuk tidur sekali. Akhirnya, kerja dia pun ikut lesap diulit mimpi.

"Lama kau sembang dengan Haqeem hari tu. Lega aku tengok kau dengan dia dah tak kekok atau bergaduh macam selalu. Kalau tidak, kau mesti meroyan 4 hari 4 malam hanya kerana Haqeem SAHAJA." kata Shahirah. Masih segar dalam ingatan bagaimana Najihah memberontak marah sebaik sahaja pulang dari kampung bulan lalu. Macam nak terbalik rumah dibuatnya.

"Aku ni nama saje pakar psikologi, konon bijak selami hati manusia. Tapi, aku masih tak pandai nak selami kawan aku sendiri. Bila berbincang dengan tenang dan dari hati ke hati, barulah aku dapat fikir dengan rasional. Banyak benda yang dia simpan dari aku. Termasuklah kawan dia tu..." lama Najihah berdiam diri.

Shahirah menoleh seketika, "Kenapa diam? Haqeem cakap apa pasal kawan dia tu?"

"Erm, dia ada kawan yang berjaya buat dia survive masa aku tak ada dengan dia." balas Najihah.

"Oh, baguslah tu! Aku rasa dengan cara tu, mental dia boleh dikatakan agak terjaga jika nak dibandingkan kalau dia dipulaukan tanpa ada sesiapa disisi. Boleh depression tau." ujar Shahirah.

Najihah mencebik, "Aku tahu tu dan aku bersyukur jugalah bila dengar tu. Cuma..."

"Cuma apa?"

"Cuma, Haqeem nampak lain bila sebut pasal savior dia tu. Kalau macam inilah gayanya, nampaknya bukan akulah orang yang berjaya mengubah dia." ujar Najihah. Lama dia mengeluh. Bibirnya tidak berhenti mencebik.

Shahirah berhenti menaip dan mengubah tempat duduk dari meja ke katil. "Kenapa kau cakap macam tu pula? Savior dia tu perempuan ke?"

"Ha'ah."

Bukan Hero Romantik ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt