Boboiboy,Ali,Numerous,dan Alicia(my OC)

301 14 7
                                    

Boboiboy,atau nama sebenarnya adalah Arley Shoyo,superhero yang paling hebat digalaksi. Separti yang semua orang tahu,Boboiboy nempunyai kuasa memanipulasi elemental yang memberikan akses kapada Boboiboy untuk menggunakan 8 elemen didunia. Elemen-elemen tersebut merupakan Petir(Halilintar),Angin(Taufan),Tanah(Gempa),Api(Blaze),Air(Ice),Daun(Thorn),Cahaya(Solar) dan Dark(Darkness).

Namun,disebabkan kekuatan Boboiboy sudahpun melebihi jangkaan pihak atasan seperti Komender Kokoci, Boboiboy telah pun dijatuhkan hukuman mati hanya kerana kekuatannya. Dengan bantuan Fang, Kapten Kaizo, Laksmana Amato dan Laksmana Maskmana, Boboiboy berjaya melarikan diri dari hukuman mati yang menunggunya dikemudian hari.

Walaupun telah dikhianati oleh rakan rakannya selain Fang, Boboiboy masih lagi kuat semangat dan masih berazam untuk membantu orang ramai. Dan muncullah pengguna kuasa elemental kita ini di bandar Cyberraya yang maju lagikan mewah ini.

Di Cyberraya,Boboiboy berjumpa dengan Ali, atau lebih tepat lagi Alexander Shoyo, adik sepupunya dan Dr. Ghazali atau Edward Shoyo,bapa saudara yang dianggap seperti bapa sendiri. Ghazali dipanggil ayah. Ali memanggil Boboiboy Boy-Niichan atau Boy-Niisan.

Ali atau Alexander Shoyo adalah ahli empat terkuat Shoyo yang paling muda. Dia juga merupakan seorang Ejen Tekno yang paling LEMAH dan prestasinya sentiasa teruk. Oleh kerana itu,Ali selalu dibuli oleh semua ejen muda yang ada disitu kecuali Alicia,Khai,Iman,Moon dan Rudy(Rudy baik dalam ff ni).

Ali masih lagi mampu bertahan dan mencuba untuk tidak menggunakan kuasa yang dimilikinya sedari kecil. Namun,semuanya berubah setelah dia mendapat tahu bahawa ibunya, Aliya adalah salah seorang Ejen yang terbaik di M.A.T.A. Ali terfikir, para mentor mengatakan yang Ejen Aliya terkorban ketika misi,11 tahun yang lalu. Tetapi ibunya masih bersamanya selama tiga tahun sebelum ibunya mati dihadapan matanya.

Kesimpulan yang diterima oleh Ali telah mendorongnya untuk menyiasat tentang 'kematian' palsu ibunya 11 tahun yang lalu. Setelah sekian lama menyiasat,jawapan yang dicari telah dijumpai berserta bukti. Ali yang dikawal oleh kemarahan dek kerana kebenaran yang ditemui berjumpa dengan Boboiboy yang berlatih menjadi sebahagian dari ejen muda setelah tiba di Cyberraya beberapa bulan yang lepas.

Kebenaran yang diketahui oleh mereka menakutkan petinggi-petinggi dan pemimpin M.A.T.A dan membuatkan mereka bersetuju untuk menghapuskan Ali. Namun,kemunculan Tapops secara tiba-tiba di M.A.T.A membuatkan Boboiboy tidak senang duduk. Dia terasa seperti sesuatu yang besar sedang menghampiri atau lebih tepat lagi,bahaya.

Intuisi Boboiboy menjadi tepat apabila suatu misi yng sepatutnya menyelamatkan seorang tebusan berubah menjadi tragedi apabila kesemua ejen kecuali Alicia,Rudy,Khai,Iman dan Moon menyerang Boboiboy dan Ali. Walaupun mereka mampu mengelak,tetapi runtuhan bangunan tempat perlawanan mereka mulai runtuh dan menghempap Ali dan Boboiboy. Mereka terus sahaja memulakan PROTOKOL GEGAS dan meninggalkan mereka bertujuh.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Di markas Numerous........

Dos: Rizwan,kenapa kau tolong budak budak tadi?

Uno/Djin: Kau tolong budak M.A.T.A,Rizwan?

Trez: Haah. Dia pergi tolong si budak I.R.I.S tu.

Rizwan: Aku ada sebablah buat macam tu.

Uno: Kenapa?

Rizwan: Budak budak tu dah digunakan tanpa mereka sedar. Aku cuma nak kita jafldi kuat. Atau lebih tepat lagi sertai kita.

Dos: Tapi dari yang kita tau,budak I.R.I.S tu dengan Boboiboy dah terkorban dalam misi.

Rizwan: Diorang tak terkorban.

Boboiboy&Ejen Ali Oneshot(Maybe Ada Oc)Where stories live. Discover now