EPILOG

302 10 0
                                    

Pagi sudah membuka tirai. Benteng keselamatan yang dibina Nayra juga tidak bertahan lama apabila dirinya sendiri yang memecahkan benteng tersebut lalu beralih memeluk tubuh kekar milik Aryan.

Sungguh Aryan langsung tidak dapat melelapkan mata. Menatap seraut wajah cantik milik Nayra ketika tidur sudah membuatkan dia serasa di awang-awangan. Ingin diusap seraut wajah itu, tetapi dia sudah berjanji untuk tidak mengapa-apakan gadis kecil itu. Meskipun tubuhnya yang 'diperkosa' oleh tubuh kecil milik Nayra, dia sekadar membiarkan sahaja. Lagi-lagi apabila tidur Nayra kelihatan sangat lena selepas menjadikan dirinya sebagai alas kepala dan bantal peluk.

Mengingatkan yang dia harus pergi dengan segera, tanpa sempat ditahan keinginan yang satu itu, bibir Aryan sudah dilabuh pada permukaan dahi bersih dan pipi putih kemerahan milik Nayra. Tangannya mula mengangkat perlahan kepala Nayra lalu dialihkan ke atas bantal milik si gadis. Sesudah itu, dia mula perlahan-lahan melepaskan tautan tangan Nayra yang membelit diri lalu bangkit mencapai pakaiannya.

Sesudah menyarungkan tubuh dengan pakaian lengkap, Aryan mula melangkah menuju ke balkoni bilik Nayra. Tempat di mana dia memecah masuk semalam.

"Awak dah nak pergi?" Mendengarkan suara gemersik milik Nayra, Aryan segera menghentikan langkah dan menoleh menatap si gadis. Segaris senyuman manis dihadiahkan buat gadis kecilnya.

"I have to go now sebelum hari makin cerah! But don't worry, I'll be seeing you again..." Aryan jeda.

"Very soon! I promise you, Bèlla." Yakin Aryan menyambung kata. Matanya tidak lari dari menatap seraut wajah cantik itu.

Nayra tertawa perlahan. Matanya juga tidak lari dari menatap seraut wajah tampan milik jejaka yang baru dikenalinya tidak sampai sehari itu.

"Aryan..." Panggil Nayra lembut. Aryan yang sudah sedia tersenyum, semakin melebar senyumnya. Dia suka bila gadis kecil itu memanggil-manggil dan menyebut-nyebut namanya.

"Maaf sebab pecahkan tembok yang saya bina semalam!" Aryan mula datang mendekat lalu duduk melutut menyamai parasnya dengan kedudukan gadis kecilnya.

"I don't mind about that, as long as you sleep well and feel comfortable, Bèlla." Aryan menatap lama seraut wajah cantik milik Nayra. Bibirnya terus-menerus mengukirkan sebuah senyuman yang selama ini tidak pernah dia perlihatkan kepada sesiapa.

"Thanks for your kindness, Mia Bèlla! Thanks for what you did to me last night. Aku terhutang budi dengan kau. I promise you that I'll always cherish every moment we had last night!" Kepala Nayra diusapnya lembut.

"Aryan..." Panggil Nayra lagi membuatkan Aryan tidak mampu berhenti dari terus mengukirkan senyuman buat si gadis.

"What does 'Bèlla' mean?" Lembut sahaja nadanya. Tetapi penuh dengan pengharapan agar jejaka itu menjawab persoalannya sejak semalam. Aryan yang sedia tahu akan soalan yang ingin ditanyakan oleh gadis kecil itu, sudah melepas tawa perlahan.

"Bèlla means gorgeous." Aryan jeda. Mata hazel kebiruan miliknya dibawa menatap seluruh wajah cantik itu buat kali yang terakhir.

"Kau terlalu cantik, Mia Bèlla! Buatkan aku tak tidur malam kerana takut akan merindukan seraut wajah indah milik Nayra Aurora, gadis kecil aku!" Balas Aryan sambil menatap dalam mata bundar milik Nayra.

Nayra tersentak, perutnya mula terasa sebu selepas diserang dengan tatapan mata penuh makna dan kata-kata manis dari jejaka itu.

Aryan pantas bangkit lalu menyambung langkahnya kembali dan dalam sekelip mata, kelibat Aryan sudah tidak kelihatan.

Nayra yang masih statik di tempat tidurnya, segera bangkit menuju ke balkoni biliknya. Matanya dibawa mencari kelibat milik Aryan namun hampa apabila dia langsung tidak menjumpai susuk tubuh milik Aryan di mana-mana.

Keluhan mula terlepas dari dua ulas bibir merah bak delima miliknya.

pin... pin...

Mendengarkan deruman laju dari arah jalan raya dan bunyi hon yang ditekan, Nayra segera menoleh.

Ya, itu Aryan Noah.

Pergi sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi berwarna hitam pekat miliknya.

Dari kejauhan, Aryan merenung sekilas cermin sisi motosikal berkuasa tinggi miliknya. Pemandangan rumah Nayra yang semakin menghilang dari pandangan mata ditatap bersama rasa hati yang sukar untuk dia sendiri gambarkan.

"She was the cutest stranger I've ever see!" Aryan mengeluh perlahan.

"How I really wish I could see her again..." Bisiknya lagi.

Nayra mula dirundung rasa sedih selepas kelibat Aryan benar-benar hilang di sebalik mata.

Sekali lagi, Nayra mengeluh. Hatinya terasa berat dan sakit. Dengan hanya satu malam, dia sudah merasakan pelbagai rasa.

Takut, suka, gembira, bahagia dan kini hatinya jelas terasa sedih serta sedikit sakit melihat pemergian Aryan.

"He was the sweetest stranger I've ever met!" Perlahan bibir Nayra menutur kata sambil menatap matahari terbit dari balkoni biliknya.

"Dan saya masih ada satu lagi soalan yang belum terjawab..." Tambah Nayra lagi.

Semoga pada pertemuan yang akan datang, tiada lagi luka yang perlu dirawat. Sebaliknya menjadi pengisi ruang kosong dalam kehidupan masing-masing untuk dijadikan memori indah yang boleh dikongsikan bersama.

Selamanya.





Di sudut lain...

"Dia dah masuk?" Dingin nada suaranya menyoal.

'Sudah Tuan.'

"Good! Keep an eye on her! Anything, report me immediately!" Panggilan dimatikan. Matanya kembali tajam menatap jalan raya.

"No goodbye for you, Mia Bèlla! Kerana aku yakin, kita akan dipertemukan kembali!" Dia melakar senyum sinis disebalik helmet yang dipakainya.

He's a man of his word!

He's mysterious!

He never acts like a gentleman but she made him one!

He's Aryan Noah! The heir of D'Hezrique.

- T A M A T -

- T A M A T -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Stranger [COMPLETED]Where stories live. Discover now