𝑩𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑯𝑬𝑵𝑫𝑨𝑲𝑲𝑼 || 24 || H•S

98 2 0
                                    

"Elisha, mana Iman? Kenapa sepanjang hari ni aku tak nampak dia? Takkan lah begitu lama dia berbincang pasal tugasan, sampai pukul macam ni pun tak balik-balik lagi." soal Nazim risau.

Elisha tertawa kecil.

"Dia kan keluar dengan abang Eskan, lepas je Iman faliq hantar dia balik hostel. Abang Eskan minta teman pergi rumah kawan dia dekat Melaka." balas Elisha dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Nazim mengeluh.

"Jangan lah risau, sekarang ni fokus je dengan hubungan kita. Biarlah abang Eskan, kan abang Eskan dengan Iman bercinta." balas Elisha.

Nazim memandang Elisha dengan riak tidak percaya.

"Kau, eh I mean sayang main-main kan?" soal Nazim.
Elisha menggeleng.

"Kita mana tahu kan, kalau betul diaorang tak bercinta pun. Maybe masing-masing simpan perasaan kan? Dah taknak cakap pasal diaorang malas." balas Elisha dan menyambung makan.

Nazim menghembuskan keluhan.

Bukan ini yang dia rancang, dia berpura-pura bercinta dengan Elisha kerana dia ingin melihat Imanina cemburu, tapi lain pula jadinya. Imanina malah gembira melihat mereka berdua bercinta.

"Sabtu ni u free?" soal Elisha.
Nazim mengangguk.

"Jom keluar."
Nazim mengangguk lemah.

Elisha tersenyum dan mencium pipi Nazim.
"Thank you baby! See u saturday! Bye I love you!" laung Elisha dan berlalu pergi.

Nazim masih diam.

"Apa aku buat ni? Aku sedang permainkan hati Elisha,patutkah aku teruskan lakonan ni? Tapi aku tiada rasa cinta dengan Elisha,aduh tapi kalau abang dia tahu. Nahas di kerjakan aku." gumam Nazim sendiri.

Dia meraup wajahnya dan berlalu pergi ke hostel. Sudahlah tiga malam ni dia tidur sendirian,rakan sebiliknya pulang ke Melaka atas sebab ingin bertemu dengan anak dan isteri.

°

°

Eskandar menghentikan kereta di hadapan rumah banglo milik Uwais, dia mengerling ke arah jam dan menunjukkan pukul 5:12 petang.

Kemudian, anak matanya terumpu ke arah Imanina yang di buai mimpi.

"Aku sudah tahu kisah silam kau Iman, dan aku terima seadanya kau. Itu bukan kehendak kau, tapi itu adalah kehendak Ilahi. Allah tahu kau mampu harungi rintangan tu, Iwill stay behind you babygirl. " gumam Eskandar sendiri, dia mengusap perlahan pipi Imanina.

Apabila dia melihat Imanina mengeliat, dengan segera dia menarik tangannya.

Imanina membuka matanya perlahan-lahan.
"Kita dah sampai?" soal Imanina mamai.

Eskandar tersenyum dan mengangguk.
"Kita dah sampai. Jom turun." pelawa Eskandar.

Imanina mengangguk dan turun dari kereta.
Manakala Eskandar mengambil beg plastik yang di beli sebelum mereka bertolak ke Melaka.

"Mama papa! Daddy Eskandar dah sampai!" jerit Aireel dan berlari memeluk Eskandar,begitu juga dengan Asyraf.

"Hye anak-anak daddy. How are you? " soal Eskandar dan mengangkat si kembar.

Beg plastik itu sudah di serahkan kepada pembantu rumah Uwais.

Uwais dan Balkis keluar bersama-sama.
"Eh u kan Iman? Masuk lah, jangan malu-malu." pelawa Balkis dan menarik tangan Imanina.

Imanima tersenyum.

"Daddy, siapa anty tu? Cantiknya. Siapa nama dia?" soal Asyraf ingin tahu.

"Tu mommy Imanina, korang berdua boleh panggil mommy Iman." balas Eskandar.
"Oh mommy Iman, cantik!" puji Aireel.

BUKAN KEHENDAKKUWhere stories live. Discover now