⭐Viktor dan MATA [22]

377 25 14
                                    

Kini Ali dan juga Viktor berada di kedai MAMAK. Dah tentulah Ali yang bawa, katanya ada benda special akan berlaku nanti. Jadi Viktor ikut jelah.

Viktor: aiya Ali, kau kata ada benda special kat sini. Mananya? Atau kau sebenarnya lapar lagi?

Ali: sabar, tunggu uncle aku dulu.

SELANG BEBERAPA MINIT KEMUDIAN..

Bakar: sorry lambat Ali, uncle ada hal sikit tadi. Oh Viktor pun ada...

Viktor: eh, hi..

Bakar: (bisik kat Ali) betul ke kau nak kenalkan dia kat MATA Ali?

Ali: ya uncle, dia cipta robot tau tapi tak siap lagi.

Bakar: hmm, yalah. (terus duduk sebelah Ali)

Alicia: lama tunggu? (muncul tiba² dengan uncle Rahul)

Bakar: eh Alicia, taklah. Uncle pun baru jer sampai tadi.

Alicia: haih..(pandang Viktor) jangan pandang aku macam tu. (terus duduk sebelah Viktor)

Rahul: nak order apa?

Bakar: nasi goreng kampung tambah telur MATA tapi tak nak telur, empat ya.

Viktor: ha? Macam mana tu? Tambah telur mata tapi tak nak telur. (pelik sebab first time dengar benda mengarut tu)

Bakar: alah nanti kau tahulah.

Selepas itu muncul satu tali di kerusi tersebut, (dan korang tahu apa akan jadi seterusnya) orang di kedai mamak tak ramai terlebih lagi mereka duduk di bahagian paling belakang..... Mereka mula turun tapi Viktor yang tak tahu apa² hanya menjerit macam Ali dulu manakala Ali, Alicia dan Bakar diam. Comot juga diam sahaja didalam beg Ali. Dan akhirnya mereka sampai ke bawah.

Viktor: huh huh huh, apa yang berlaku tadi? (dengan muka pucat)

Ali: Viktor selama..... aduh (kena tolak dengan Bakar)

Bakar: selamat datang ke H.Q MATA. Tempat paling rahsia dan canggih di Cyberaya ni.

Viktor: wah, hebatnya! Aku tak pernah sangka kalau aku akan ke tempat best macam ni. (tengok sekeliling dengan mata berbintang-bintang) (keluarkan telefon untuk ambil gambar)

Bakar: eh eh, jangan ambil gambar tempat ni. Ini tempat rahsia tau.

Viktor: oh, ok. (simpan balik telefon)

Ali: aduh, hebat kan Vik! Kat sini lah wira² Cyberaya berkumpul.

Viktor: ye ke? Kalau macam tu boleh lah aku berjumpa dengan wira Cyberaya yang terkenal dulu.

Alicia: tak payah cari, dia dah ada kat depan kau dah.

Viktor: apa maksud kau Alicia?

Alicia: kau tengoklah nanti.

Ej.Gheeta: hai Ali, Alicia kamu juga Bakar. Saya akan ambil alih untuk membawa dia ke tempat sepatutnya. Jadi kamu bertiga bolehlah tukar uniform kamu itu.

Ali: baik ejen Gheeta. Viktor, kau pergi ikut ejen Gheeta dan jangan takut.

Viktor: erk, ok.





❤️❤️





Kapten Kaizo dan Fang telah pun sampai ke bumi atau lebih tepatnya Cyberaya. Mereka juga disambut oleh Boboiboy dan kawan²nya. Fang keluar dahulu dengan penuh dramatik bersama lagu yang entah mana muncul.

⚡BOBOIBOY AND EJEN 🅰️LI : Alien Misteri 👽 Where stories live. Discover now