bab 20

819 39 3
                                    

Sambutan hari jadi Amani berlangsung dengan jayanya. Semua tetamu yang dijemput, hadir. Pastinya, majlis ini diraikan dengan ramai kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Sebaya Amani.
Amani tersenyum bahagia sewaktu memotong cake. Cheese cake oreo yang sememangnya menjadi idamannya kini berada di hadapan. Tinggal untuk dirasa.
Nyanyian lagu keramat selamat hari jadi dinyanyikan dengan penuh keceriaan. Setelah kek berjaya dipotong, orang ramai bertepuk tangan. Kek dibahagi-bahagikan sama rata.
Masing-masing memuji kesedapan kek tersebut. Amani merupakan orang yang paling gembira. Kek itu benar-benar menepati seleranya.
Amani mendekati Nuranna Laryssa yang berada dihujung khemah. Nuranna Laryssa hanya berpakaian biasa sahaja. Blouse biru bunga-bunga kecil, jeans hitam dan tudung bawal hitam. Tampak ayu.

"Kakak.." panggil Amani.

Nuranna Laryssa terus mendukung Amani. Pipi Amani dicubit manja. Amani ketawa dalam dakapan Nuranna Laryssa. Shauki Ridwan, Haziq Idzham, Ryzal Hamdi dan Ulfa Marissa mendekati mereka berdua.

"Rapatnya lahai.." ujar Ryzal Hamdi.

"Tulah. Dah macam anak sendiri." sakat Ulfa Marissa.

Nuranna Laryssa menjeling tajam ke arah Ulfa Marissa dan Ryzal Hamdi.

"Amani. Meh, abang Coki dukung." ujar Shauki Ridwan.

Amani menjelirkan lidah. Semua di situ mentertawakan Shauki Ridwan. Shauki Ridwan menggeletek pinggang Amani. Terkekek-kekek gadis kecil itu ketawa. Geli dengan serangan Shauki Ridwan.

"Nurann, sedap la kek kau." puji Haziq Idzham.

"Macam tak pernah makan je." ujar Nuranna Laryssa.

"Haha. Tak adalah. Kau mana pernah buat jenis cheese. Ni first time." sambung Haziq Idzham.

Nuranna Laryssa hanya tersenyum. Dia memang suka buat kek. Rasa bosan sahaja, mulalah dia mencari bahan untuk buat kek. Kalau tak habis, dia bawa ke sekolah dan Ryzal Hamdi akan habiskan. Senang.

"Kau buat ke Nurann? Patut la sedap. Ada rasa Nurann dalam tu." gurau Shauki Ridwan.

"Rasa Nuranna kejadah, kau ni?" sampuk Ulfa Marissa.

"Sibuk la kau. Aku cakap dengan Nurann." mereka bertengkar.

Amani dalam dakapan Nuranna Laryssa hanya memerhati. Sesekali dia ketawa melihat gelagat lucu kawan-kawan Nuranna Laryssa.

"Woi, dah la. Amani ketawakan korang kot. Malu sikit." tegur Nuranna Laryssa.

Mereka diamkan diri. Amani menarik Nuranna Laryssa setelah diturunkan. Dia membawa Nuranna Laryssa mendekati seseorang.

"Mama, papa." sapa Amani mesra. Tangannya masih menggenggam tangan milik Nuranna Laryssa.

Nuranna Laryssa hanya tersenyum malu. Apa mahu buat ni? Lari? Ni tangan Amani ni?

"Amani dengan siapa ni?" ujar Pn.Rosa.

Matanya meneliti wajah Nuranna Laryssa. Apabila mata mereka bertembung, dia melemparkan senyuman yang manis. Persis seperti Amani.

"Saya Nuranna Laryssa." sambut Nuranna Laryssa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Salam disambut mesra oleh Pn.Rosa. En.Zidad di sebelah Pn.Rosa hanya senyum memandang Nuranna Laryssa.
Haizril Amirune mendekati mereka. Keadaan mula sepi. Kriik kriik.

"Ha, Haizril. Sedap la kek kamu beli tadi tu? Beli kat mana?" puji Pn.Rosa

Haizril Amirune memandang ke arah Nuranna Laryssa. Nuranna Laryssa memandangnya. Belum sempat Haizril Amirune bersuara, Amani sudah memotong.

"Supp, Si Kerek?"Where stories live. Discover now