bab 39

1.1K 38 0
                                    

Haizril Amirune meletakkan bagasinya. Senyuman terlakar diwajah nya. Kemudian dia pergi berkumpul dengan yang lain.

"Weh Nurann. Belum terlambat kau nak batalkan semua ni. Aku nak ikut kau.." tangis Ulfa Marissa.

"Nak ikut? Jom." Perli Nuranna Laryssa.

"Ceh."

"Kau gila? Dia dah bayar semua kot." Kutuk Shauki Ridwan.

"Kau diam la, tak guna." Marah Ulfa Marissa. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Shauki Ridwan.

"Eleh, fikir aku takut la?" Kutuk Shauki Ridwan, lagi.

"Nurann, dah tiba nanti call tau." Ujar Haziq Idzham.

"Yolah. Yolah. Ada apa-apa lagi?" Ujar Nuranna Laryssa seolah-olah malas hendak melayan.

"Apa Nurann ni. Kawan sedih." Marah Pn.Razimah.

"Haih. Yelah. Ha, jangan rindu aku ya? Duduk sini baik-baik." Pesan Nuranna Laryssa.

Haizril Amirune tersenyum sinis. Poyo je dia ni. Kutuknya di dalam hati.

"Jangan lost contact. Bila balik sini, bagitau. Kita boleh hang out." Pesan Ryzal Hamdi.

"Haah, Nurann. Ingat!" Sahut Ulfa Marissa.

"Ha, Haizril. Kau taknak ucap apa-apa ke?" Tegur Haziq Idzham.

"Ucap apa?" Soal Haizril Amirune yang terpinga-pinga.

"Anything?"

"Oh, jumpa sana."

Nuranna Laryssa memandang Haizril Amirune kejap. Bukan dia seorang sahaja, malah semua rakan-rakan mereka.

"Gurau je. Jangan cuak sangat muka tu. Hahaha." Ujar Haizril Amirune bercanda.

Mereka semua tertawa apabila sedar mereka terkena. Tetapi tidak Nuranna Laryssa. Dia sering memandang serius tentang sesuatu.

"Kau pandang apa? Ha, pandang lama-lama. Tak adalah rindu aku kat sana nanti." Ujar Haizril Amirune kepada Nuranna Laryssa.

"Apa kau ni? Aku pandang budak belakang tu, ha. Perasan gila." dalih Nuranna Laryssa.

Sewaktu Haizril Amirune memandang ke arah yang dinyatakan oleh Nuranna Laryssa, kepalanya disekeh oleh gadis itu.

"Woi! Bapak la. Main kasar. Tak guna kau. Kau, nak berlepas buat baik sikit. Perangai sama je. Tak guna." marah Haizril Amirune.

"Diam."

Mereka semua tertawa riang. Ketawa yang seboleh-bolehnya dibuat-buat. ketawa yang hanya menutup kedukaan dalam hati masing-masing.

Kendengaran pengumuman pelepasan bergema.

"Panggilan kepada pengunjung kapal terbang MH11. Perjalanan Malaysia ke Melbourne akan berlepas 20 minit dari sekarang."

"Alright. Your call. Goodluck,Nurann. Jangan nakal-nakal kat negara orang tu. Ingat. Belajar sungguh-sungguh. Jangan nak bercinta." Nasihat Puan.Razimah.

Nuranna Laryssa memeluk Pn.Razimah kejap. Perlahan-lahan air mata bergenang dimatanya. Pn.Razimah sudah lama mengalir air matanya. En.Azizir hanya tersenyum pahit.

Berat juga hatinya untuk melepaskan anak kesayangan nya itu.

"Ada rezeki nanti, umi dengan baba singgah." Ujar En.Azizir.

Dia memeluk En.Azizir.

"Baba jaga umi tau. Jangan gaduh-gaduh." Pesan Nuranna Laryssa.

"Eh, baba tau la. Dia ni."

Nuranna Laryssa tersengih. Pastinya dia akan merindui gelak tawa keluarganya.

"Dah. Pergi. Nanti lambat, kene tahan. Pandai-pandai tau. baba takde nak bawa."

"Ya."

"NURANN!!!" teriak Ulfa Marissa.

"Takyah la jerit." Marah Nuranna Laryssa

"Aku dah tak peduli! Sampai hati kau, Nurann !!"

"Alah dia ni. Over la." Kutuk Shauki Ridwan dari belakang.

"Kau diam la, bangla."

"Dah la. Aku bukan pergi mana pun? Masih dalam dunia kot. Lain la pergi luar dunia...kan?"

"Kau ni la Nurann. Kau tengok muka Umi kau tu. Dah keruh. Apa cakap macam tu."

"Alahai. Fikir lain siapa suruh. Luar dunia tu bukan mati, kot la Nurann naik bulan ke. Apa ke.."

"Dah. Nurann gerak dulu."

Mereka berpeluk untuk kali terakhir. Pn.Razimah dan En.Azizir menghantar Nuranna Laryssa dengan pandangan yang berat. Ada perasaan bangga dan perasaan tidak rela melepaskan anak kesayangan mereka.

"Okei, aku ciao dulu." Ujar Haizril Amirune.

"Pergi mana?" Soal Haziq Idzham.

"Nowhere."

Haizril Amirune mendail nombor ibu bapanya.

"Hello. Ha, Haizril nak gerak dah. Ya. Tak apa. Haizril boleh jaga diri. Okei. Bye. Nanti Haizril call."

"Siapa tu?" Soal Shauki Ridwan setelah Haizril Amirune selesai berhubung.

'' mak bapak aku? till we meet again, guys. thanks for everything.'' ujar Haizril Amirune penuh syahdu.

''laaa, kau nak pergi mana pula?'' soal Shauki Ridwan yang sedang kerunsingan.

Haizril Amirune tidak menjawab pertanyaan Shauki Ridwan sebaliknya, menunding jari ke arah Nuranna Laryssa.

''Kamu ikut Nuranna, ke?'' soal En.Azizir yang masih berada disitu.

''Yup.'' jawab Haizril Amirune sepatah dan berlalu pergi.

Apabila memahami situasi yang sedang dialami, mereka semua berlari mendapatkan Haizril Amirune.

''Tak guna, kau. jaga diri bro.'' Shauki Ridwan.

''Keep in touch bro. havva nice journey. i wish you all the best and goodluck.'' Haziq Idzham.

''Tolong jaga Nurann!! aku tau dia sumpah kerek, tapi tolong jaga dia.''Ulfa Marissa.

''May Allah ease everything for both of you.'' Ryzal Hamdi.

Mereka berpeluk untuk seketika.

''We are still brothers, no matter what.'' ujar Haizril Amirune.

mereka melihat kapal terbang yang dinaiki Haizril Amirune dan Nuranna Laryssa berlalu pergi. Tangisan mula membanjiri diri masing-masing. pastinya, mereka akan dirindui.





"Supp, Si Kerek?"Where stories live. Discover now