Chapter XXXV

558 47 0
                                    

Semasa perjalanan pulang ke rumah , aku mendapat panggilan daripada Inspektor Wafi bahawa terdapat satu kes penculikan kanak-kanak yang berlaku di sekitar kawasan Cheras. Selepas panggilan Inspektor Wafi dimatikan , aku terus mendail nombor suamiku untuk memberitahu bahawa aku perlu ke kawasan kejadian.

"Helo , abang ?"

"Ya , sayang." , jawabnya.

"Abang , Aisya kena pergi Cheras sekarang ni sebab ada kes kat sana. Aisya nak pergi cek tempat kejadian." , terangku kepada Faiq.

"Oh ye ke ? Takpa , pergilah. Hati-hati tau." , pesannya. Aku dapat merasakan kekecewaan di dalam suaranya itu. Takpa abang ! Aisya janji Aisya akan selesaikan kes ni cepat !!

"Okay , abang. Terima kasih."

"No need , sayang. Take care." , Ini kali kedua dia memesan supaya aku berhati-hati. Rumah aku dengan Cheras sebenarnya boleh dikatakan agak jauh kerana rumahku duduk di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Faiq mematikan panggilan dan aku terus menuju ke Cheras dengan laju selepas aku meletakkan siren di kereta range rover milikku ini.

Inspektor Wafi mengangkat tabik hormat kepadaku sebaik sahaja aku tiba di tempat kejadian.

"Adik ni bernama Nisa. Dia memang biasa main dekat belakang bangunan ni. Kebiasaannya ramai orang yang lalu kat sini , sebab tu emak dia tak kisah. Tadi , pukul 3 petang , emak dia panggil dia untuk makan lepastu tiada yang menyahut. Emak dia turun lepastu nampak kesan darah ni." , Inspektor Wafi menjelaskan semuanya lalu menghulurkan sarung tangan pakai buang kepadaku. Mujurlah , aku memang sneaker dan berseluar. Kalau tidak , harus aku tukar ni.

"Ada siapa-siapa nampak waktu dia hilang ?" , tanyaku menjatuhkan lutut untuk melihat darah merah di hadapanku. Boleh dikatakan amat banyak untuk seorang budak.

"Kebetulan waktu tu , memang takde orang lalu , Puan." , Inspektor Wafi memang seorang polis yang bertanggungjawab. Dia memang sentiasa menyelesaikan kes bersama-sama aku. Boleh dikatakan rapat dengannya.

"Kat sini ada CCTV ?" , aku melihat di sekeliling belakang bangunan rumah kondominium ini.

"Disebabkan dia main dekat belakang bangunan , memang takde satu pun bukti." , jawab Inspektor Wafi.

"Macam mana penjenayah tu boleh masuk sedangkan ada guard yang jaga dekat depan. Aku nak masuk tadi pun susah. Tunjuk kad pun guard tu payah nak lepas aku masuk." , kataku kepada Wafi. Kami sedang menuju ke arah pondok keselamatan untuk menyiasat guard kondominium ini.

"Tu la. Aku pun pelik." , kata Wafi.

Kami bertanya beberapa soalan kepada pegawai keselamatan tentang orang yang keluar masuk. Katanya , tiada orang yang mencurigakan. Kami melihat daripada CCTV , juga tiada yang mencurigakan.

"Wafi , buat masa sekarang. Semua penduduk kondominium ni akan jadi suspek. Arahkan pihak kau untuk periksa semua rumah dalam bangunan ni. Kalau ada yang mencurigakan , terus report . " , arahku. Wafi hanya mengangguk faham dengan arahanku.

"Satu lagi , cek semua dashboard camera kereta-kereta yang parkir kat bawah ni." , sambungku.

Inspektor Wafi mengangguk dua kali.

"Pihak forensik mana ? Aku takut ramai pihak polis pijak tempat kejadian , nanti hilang bukti. Susah pulak nak siasat. Kita kena cepat. Nyawa budak terletak kepada speed yang kita gunakan sekarang." , kataku panjang lebar.

"Tu , pihak forensik dah sampai." , Inspektor Wafi menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan ke arah van yang baru melepasi pagar kondominium ini.

"Okay , bagus. Mana emak budak tu ? Aku nak cakap sikit." , tanyaku.

The last piece Donde viven las historias. Descúbrelo ahora