Rough play 2

121 5 1
                                    

"Round two. Marilah!"

Ali menghentam Lagi yoyonya kepada Alice. Alice dengan mudah nya mengelak semua serangan mereka lalu mengacukan pistol kearah mereka,"Modoru!"

Alicia mengelak tembakan Alice lalu melompat jauh dari situ "Tu long-ranged taser!" Beritahu Alicia pada mereka.

"Noted."Jawab Roza sambil menembak Alice. Alice sempat mengelak lalu menembak balas. Giliran Roza pula mengelak dengan bergolek ke tepi lalu menembak Alice sekali lagi. Pada masa yang sama, Alicia belari kearah Alice lalu menumbuk nya.

Alice menembak tepat peluru rifle Roza sampai jatuh sebelum menahan tumbukan Alicia lalu menembaknya pada jarak dekat.
"Cepat nya refleks dia.." Fikir Alicia sambil menunduk bagi mengelak tembakan Alice yang hampir terkenanya. Dia lalu lompat kebelakang sambil melastik tiga peluru balistik sekaligus kearah Alice.

"Bakudan!" Alice menembak salah satu balistik Alicia menyebabkan berlakunya sebuah letupan yang mencampakkan dua lagi balistik berdekatan ke lantai dan dinding.

Alicia terus melastik Alice lagi dan lagi secara bertalu-talu.
Alice mempertahankan diri dengan menembak setiap balistik yang datang kearahnya dengan tepat. Pergerakan mereka semakin pantas, masing-masing saling berlanggar peluru setiap saat. Mereka berdua kelihatan fokus dalam melancarkan serangan masing-masing.

"Tch.." muka Alicia mula berpeluh, namun dia masih lagi belum berhenti menyerang.

"Heh.. Apa yang kau fikir kau tengah buat sekarang? Aku dengan mudahnya tahan setiap serangan kau!" Ucap Alice sambil menjatuhkan setiap balistik Alicia.

"Aku tak nampak kau reload.. jadi maksud nya pistol kau mesti pistol yang gunakan tenaga sebagai peluru.. Jadi sebab tu, pistol kau ada kemungkinan untuk malfunction bila kau tak bagi rehat bagi setiap tembakan."
Jawab Alicia dengan tenangnya. Dia masih lagi menyerang Alice dan even guna balistik graviti kepadanya

"Pandai. But it's not the same case dengan pistol aku. Teknologi kita beza zaman. Ingat tu." Balas Alice, masih mempertahankan dirinya tanpa lelah.

"Aku tahu.."

"Erk?!"Tiba-tiba Alice kaki Alice di selit dari belakang oleh Rudy.
Dia hilang keseimbangan lalu terjatuh.

"Kau kena ingat yang kau bukan lawan aku je sekarang!"Kata Alicia sebelum melancarkan balistik graviti nya kearah Alice.
Alice sempat mengelak dengan bergolek ketepi supaya menjauh dari area tarikan graviti yang berlaku.

"Ceh! Jangan haraplah aku bagi kau lari!" Rudy melancarkan sepasang garinya yang terus terbang laju kearah kaki Alice.
Alice cuba menembak ke-dua dua gari tersebut namun tersasar kerana Rudy yang mengawal nya bagi mengelak serangan Alice.

"Gari ni lagi.... Menyusahkan betul lah!" Alice mengambil langkah bagi melarikan diri dari gari Rudy yang mengejarnya.
Tiba-tiba Ali lompat masuk ke tengah laluan Alice bagi menghalang nya dari lari.

"Berhenti sekarang Alice!"Arah Ali sambil memutarkan yoyonya.

"Jangan halang aku! Kaze!"
Alice mengaktifkan Kaze lalu belari di atas udara dengan pantas sambil menembak Ali berkali-kali dari atas.

"Buat sesuatu korang!"Kata Ali sambil melindungi dirinya dengan menggunakan yoyo.
Peluru pistol Alice menghentam dia secara bertalu-talu.

"Bakudan!" Sebutir peluru letupan ditembak kearah Ali. Ali mengaktifkan Aeroboots nya untuk melompat tinggi keatas bagi mengelak dari terkena letupan pada masa yang sama, dia cuba menjatuhkan Alice dengan melilit kaki nya menggunakan yoyo.

Ali lalu merentap tali yoyo nya dengan harapan yang Alice akan sekurang-kurangnya hilang keseimbangan.
"Tch... Lepasla- Argh!"Kata kata Alice terpotong apabila dia ditembak oleh Roza dari jauh menyebabkan dia terjatuh.

EJEN ALI :future chlid  (BM)Where stories live. Discover now