︵‿ Chapter 46 ‿︵

2.2K 92 2
                                    

"Wei! Kau okey tak ni? Aku rindu gila dekat kau!" Terkejut Adriana apabila dirinya dipeluk kuat oleh seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wei! Kau okey tak ni? Aku rindu gila dekat kau!" Terkejut Adriana apabila dirinya dipeluk kuat oleh seseorang. Automatik dia tersenyum bila tukang peluk tu ialah kawan baiknya sendiri.

Alhamdulillah, sudah dua bulan berlalu semenjak peristiwa itu dan Rayyan lebih berhati-hati menjaganya sekarang ini. Mungkin akibat daripada trauma yang dia alami dahulu.

Rayyan sudah mula masuk kerja sekarang ini. Kadangkala pelik juga bila lelaki itu ada di rumah dua puluh empat jam sahaja. Tak ada kerja ke nak buat? Bukan ke kerja kat ofis tu berlambak? Tetapi, Adriana cuma untuk ingat semula.

Dia, Rayyan Darwish. Nothing is impossible for him though.

"Aku okey," jawab Adriana. Pelukan itu dilepaskan. Aduhai, sudah lama tidak bersemuka dengan sahabatnya yang satu ini.

Memang dalam masa dua bulan ini, Rayyan terlalu overprotective terhadapnya. Maryam tidak dibenarkan untuk melawat Adriana kerana wanita itu mengandung. Mungkin Rayyan takut yang kehadiran Maryam boleh mendatangkan perasaan cemburu di dalam hati wanita itu.

Tetapi, hanya tidak boleh berjumpa sahaja. Bukannya tidak boleh menelefon satu sama lain di dalam talian. Hampir setiap minggu mereka berhubung antara satu sama lain. Dan setiap kali mereka berhubung itu, Maryam tidak pernah sekalipun menaikkan isu tentang bayi yang dikandungnya itu.

Adriana tahu, Rayyan pasti sudah berkata kepada Maryam. Lelaki itu. Sentiasa buat apa sahaja untuknya. Dan untuk itu, Adriana bersyukur sangat kerana mendapat suami seperti Rayyan.

"Kau ni... okey ke ni?" Suara itu mengejutkan Adriana daripada lamunan. Lantas, Adriana tersenyum untuk mengurangkan rasa gusar di hati.

"Aku okey."

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

"Abang?" Rayyan angkat muka apabila ada manusia yang menyeru namanya. Senyuman manis ditayangkan tatkala Adriana muncul bersama dengan secawan air di tangan.

"Abang busy ke?"

"Kenapa sayang masuk?" Adriana mengerutkan dahi apabila soalan itu terus dibidas dengan soalan lain. Adriana mahu labuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Rayyan namun lelaki itu pantas menolak jauh kerusi itu lalu menepuk lembut pahanya.

Adriana termalu sendiri akan tetapi dia akur jua. Wanita itu melabuhkan punggung di atas paha Rayyan. Tubuhnya disandarkan pada bahu tegap lelaki itu.

Sentuhan hangat pada rambutnya membuatkan Adriana tersenyum. Malu sebernanya tapi dia tak boleh menafikan yang dia suka akan sentuhan itu. Kemudian, terasa ada kucupan hangat pada ubun-ubun Adriana.

"What is it that you want to tell me?" Terkejut Adriana apabila telinganya disapa oleh suara garau itu. Kasar tetapi lembut.

THE KING : RAYYAN DARWISH Where stories live. Discover now