01° ♠️

59 9 10
                                    

HAPPY READING!!
🔸OUD🔸
•┈┈┈••✦ { ♡ } ✦••┈┈┈•

     Aku terpaksa pindah negeri sebab papaku bertukar tempat kerja. Ya dia dinaikan pangkat, nasib yang malang terpaksa aku meninggalkan kawan aku Arysa Darleen. Berat hati nak tinggalkan manusia ni.

Arysa merupakan kawan sekolah aku, dia lah satu-satunya kawan yang ajak aku berkawan masa first day sekolah darjah 1. Friendship kitaorang kekal 7 tahun jer. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah satu kelas. Banyak kenangan dibuat.

– Flashback –

Keadaan kelas agak riuh ada yang menangis nak masuk kelas lah apa lah. Tapi aku tak menangis sebab aku kuat tapi nervous tu ada lah.

"Hi nama awak sapa" tanya Arysa memandang mukaku secara tiba-tiba. Aku agak terkejut tiba-tiba dia bersuara.

"Umm saya Erina" aku agak gagap masa tu. Ye lah first day masuk sekolah kan.

"Oh saya Arysa boleh panggil Rysa jer" balas Arysa dengan muka yang selamba. Tak nervous pulak tu cool jer eh.

"Oh hehe" balasku dengan nada perlahan senyum pun terpaksa. Ya kejadian tu yang membuatkan aku berkawan dengannya selama 7 tahun. Lagipun dia tu pelajar harapan kadang-kadang dia yang mengajar aku subject aku tak pandai. Tapi kadang annoying jugak. Tapi aku still dengan dia.

Arysa lah satu-satunya bestie aku. Kalau tiada dia sapa jer yang nak kawan dengan aku. Terima kasih untuk tunjuk ajar Rysa. Dia lah satu-satunya tempat aku meluah bergossip semua lah.

– End Flashback –

Lepasni pandai pandai lah aku cari kawan baru. Takut jugak dapat kawan yang tak ok.
Hope ada lah yang nak kawan dengan aku ni.

"Yeahh penat lah angkat barang-barang ni, tak sangka juga aku banyak barang" aku mengeluh sedikit. Tapi macam boleh patah pinggang jer. Dah angkat semua kena susun pulak ini yang leceh pindah rumah.

Nasib mama sudah daftar sekolah baru untuk aku. Semoga nanti bukan lelaki yang duduk sebelah aku. Tak nak tak nak. Banyak pula aku pikir.

Kali ini aku berpuas hati dengan bilik baru ni besar baru best nak letak barang. Aku menyusun semuanya dari kotak-kotak itu. Papa mama juga sedang mengemas didepan. Adik aku pula bukannya mahu tolong aku malah main game pula. Tak boleh nak diharapkan.

Sampai petang ehh kemas bilik susun semua barang. Huaa letih sangat. Lagi 2 hari nak sekolah tapi rasa macam tak nak pergi pun ada. Macam-macam fikiran yang terlintas kat otak aku ni.

"Tingg!!"

Handphone ku berbunyi menandakan notification masuk. Oh ternyata mesej itu dari Arysa. Panjang umur baru jer teringat dia terus ada mesej.

•┈┈┈••✦ { ♡ } ✦••┈┈┈•

Arysa Senget <3
"Weh kau dah sampai ker kat sana, weh aku rindu kau dho 😭"

Me –:
"Dah lama sampai, weh umah aku besar dho 😌"

Arysa Senget <3
"Ishh kau ni aku risau kalau kau dah terbang"

Me –:
"Eh kau jaga sikit mulut kau tu aku masih kat bumi ahh 🙄"

Arysa Senget <3
"Tu lah ingat dah bawah tanah"

Me –:
"Dah lah kau, kalau tau tadi aku tak nak balas mesej kau"

Arysa Senget <3
"Lek ah bro chill 😌"

Me –:
"Hotak kau chill chill dah lah bye malas aku nak layan budak senget ni"

Arysa Senget <3
"Eleh senget ii aku oun kau kawan ngan aku 😌"

Me –:
"Dah ah baik aku kemas bilik aku ni banyak lagi barang layan kau buang masa jer"

Arysa Senget <3
"Sampai hati kau kata gitu tak pe kau 😢"

Seen

•┈┈┈••✦ { ♡ } ✦••┈┈┈•

Minah tu kalau tak kacau memang tak sah, walaupun dia senget tapi aku sayang hehe.
Aku save senget sebab otak dia memanjang senget.

Aku membuka kotak pemberian hadiah dari Arysa sebagai perpisahan. Gambar aku dan dia masa lawatan sekolah. Aku membelek gambar itu tanpa tersedar setitis air mata jatuh di atas permukaan gambar itu. Aku meletakkan gambar itu di atas meja.

< Surat dari Arysa Comel >

"Eri pasni kau take care tau, terima kasih kerana mahu berkawan dengan aku weh. Thank you for 7 years. Huaa asal kau tinggi dari aku patutnya aku yang tinggi dari kau huhu. Apa apa pun take care belajar elok elok kat sana astu jangan lupa aku pulak bila dah dapat kawan baru hmm. Sedih hati aku kau tinggalkan aku."
SELAMAT TINGGAL ERI 😭

Sekian dari best friend kau,
Arysa Darleen Binti Arman Arshad

"Terima kasih untuk segalanya rysa" kataku dalam hati. Air mata dikesatkan. Semoga kita dapat bertemu kembali suatu masa.

•┈┈┈••✦ { ♡ } ✦••┈┈┈•

•┈┈┈••✦ { ♡ } ✦••┈┈┈•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Love from Yoon 💌

Hi hi guys thank you sudi baca oud dan vote tauu!! Sian tgk Erina ni kdg

Maafkan segala kesalahan tatabahasa dan typo tu yer 🙏🏻

Love 💕

Origami Untuk Dia ✓Where stories live. Discover now