8

212 27 3
                                    

( Ketauhilah bahawa penulis anda ini tak pernah jejak korea apatah lagi ke namhae. jadi semua benda yang ada di namhae ini hanya rekaan saya sendiri )

Di homestay~

Hongjoong sebagai ketua dia telah uruskan segala urusan mereka untuk menginap di rumah tersebut. jadi Kunci rumah itu pun dia yang pegang.

Hongjoong: sebelum aku bukak pintu rumah ni. tolong janji dengan aku tak ada yang nak bagi dapur rumah ni rentung.

semua kecuali hongjoong: ROJER CAPTAIN!

mereka semua masuk ke dalam rumah dengan beg masing masing.

kemas sahaja rumah itu. sangat selesa untuk mereka semua tinggal di situ sepanjang tempoh percutian ini.

rumah ni dua tingkat jadi boleh agak la apa yang bakal jadi.

Wooyoung: Aku nak duduk bawah!

Mingi: Aku atas. sape curi bontot dia berkudis!

Seonghwa: nak atas jugak!

San: Jongho! Tu bilik aku gi cari bilik lain!

selepas 15 minit berebut bilik akhirnya ateez dapat duduk di bilik masing masing yang diingkan.

ada yang nak buka gelanggang silat dah tadi.

3 bilik di bawah kepunyaan wooyoung,Hongjoong dan jongho. Manakala 5 bilik di atas kepunyaan member yang selebihnya dan Jiae.

ya dua orang member kena kongsi bilik sebab satu bilik tu untuk jiae.

patut faham teruna 8 orang ni tidur mengalahkan orang bina rumah. asalnya kepala di kepala katil, masuk tengah malam kaki ke mana kepala pun ke mana.

maka dengan itu, seonghwa dan san memilih untuk berkongsi bilik.

Selepas selesai dengan urusan tempat menginap, mereka bergerak ke destinasi percutian mereka yang pertama iaitu di.

Pantai

kebetulan cuaca yang cantik tu sangat sesuai untuk pergi ke pantai. lagipun hari seterusnya banyak tempat lain lagi nak pergi.

Jongho: *keluar dari kereta* Nak mandi laut sekali ke?

Hongjoong: Tak lah mandi tu tapi kalau kau nak kena sidai atas bumbung kereta. pergi la.

Jongho: Ceh.

Jiae awal lagi terkedek kedek berlari ke pantai yang terbentang di depan mata mereka. Tak lupa juga yang lain ikut kejar Jiae sekali. San dan Hongjoong awal lagi gerak dulu untuk cari snek dan kudapan

Mingi: kita lumba. sape last kena berdiri dekat laut.

Wooyoung: agak lah kau! tapi patut lebih lagi!

Dan begitu lah Mingi dan Wooyoung terkinja macam semut masuk seluar.

Seonghwa: Dah tu cepat lah ambik tempat masing-masing. *tampar bahu yeosang* Aip! pakai kasut eh jangan main tipu.

Yeosang: *ikat tali kasut balik* eh tak lah! aku buang batu dalam kasut je heh.

Jiae? tak kurang kecik comel macam tu pun ikut nak lari sekali.

Dalam kiraan 3 daripada Yunho, laju memecut 6 orang lelaki itu di tengah pantai. kasut mahal atau murah dah tak kisah kalau ada yang tiba-tiba lekang nanti.

keputusannya Wooyoung dan Mingi yang terakhir sampai.

kelakar betul.

Yunho: Lah! sendiri buat denda sendiri kena?

Yeosang: Selamat Versace limited edition aku weh! terima kasih member *tepuk bahu Wooyoung*

Wooyoung dan Mingi: *muka pasrah* *terdiam seribu bahasa*

Tanpa membuang masa, mereka semua berjalan ke pinggir laut untuk melaksanakan denda Wooyoung dan Mingi.

Ada la jugak beberapa prop yang diguna macam ranting kayu, daun kering, cekerang.

Sekali tengok dah macam asia next top model.

Seonghwa: *ready camera* Pegang la kayu tu elok elok. HAHAHA BOLEH JADI TUGU DEKAT COMPANY KITA.

Jongho: Hyung! letak la cekerang tu tepi telinga. Yes macam tu! ala little mermaid sesat di pantai korea mengenangkan lelaki idaman yang dah curang.

Mingi: Takkan la nak berdiri gini je! kekok sia!

Yunho: Dah tu kau meniarap ah. best tu sejuk sejuk air laut. alang-alang siap shooting untuk comeback.

Mingi: *recik air* otak mu.

Jadilah Wooyoung dan Mingi model duyung tak berbayar di laut Namhae itu. Tak lupa juga beberapa keping gambar yang diambil sepanjang 2 orang itu di denda.

Serentak mereka bereenam naik ke darat. Hongjoong dan San juga kembali dengan 3 beg plastik di tangan.

Hongjoong: Tau dah korang ni kalau keras kepala macam biji getah tu mesti turun ke laut jugak. Tuala ada dalam kereta.

Yunho: Banyak gila benda makan. kejap lagi nak makan dekat rumah San jugak

San: Heleh. Banyak pun korang melantak jugak dekat rumah aku nanti. Macam tak biasa.

San: Ni makanan Jiae pun dah siap. Jiae meh duduk sini.

San mengacau biskut yang dicampur dengan air itu dalam mangkuk kepunyaan Jiae.

Jiae: *tengok San dengan mangkuk selang seli*

San: Eh kecik kecik pun dah memilih makanan ke? amboi penat bancuh ni takkan nak bagi burung makan!

San cuba juga menyuap Jiae. lepas beberapa kali cubaan, makan juga akhirnya.

Sebelum budak tu meragam tak tentu pasal. Baik paksa dia makan juga

Jiae: *kasi eye smile dekat San*

San: *cubit pipi Jiae* Eee comel lah awak ni! Macam mana la boleh kena tinggal dengan mak awak??

[ TBC ]

maafkan saya chapter ni hambar sangat sob sob. sejujurnya chapter pasal bercuti la paling kita ambil masa nak buat T-T. ampun T-T


















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] - Papa Express - | ATZWhere stories live. Discover now