CHAPTER 11

19.3K 799 16
                                    

Dahlia termenung di atas katil. Masih malas untuk turun, berteleku mengenangkan nasibnya. Dia beri madu tapi dibalas tuba oleh Ray. Menyesalkah dia? Dahlia geleng kepala. Berbuat baik adalah sifatnya yang diajar nenek sejak dari dulu lagi walaupun orang lain berbuat jahat kepada kita.

Aunty Rose tersenyum melihat Dahlia masih termenung. Mana Ray cari gadis naif ini. Aunty Rose sendiri hairan melihat Dahlia yang agak cantik bagi gadis kampung seperti Dahlia. Rupa macam mixed pun ada. Nantilah dia akan berkenalan dengan Dahlia.

"It's alright Dahlia. Take a shower now then we can have breakfast together."

Dahlia masih membeku di situ. Macam biasa dia tidak dapat tangkap kata Aunty Rose keseluruhannya. Dia mencebik. Kenapa mesti semua orang cakap bahasa alien dengannya? Dia dah kata dia tak reti sangat bahasa tu.

"Why Dahlia? Are you still upset?" Aunty Rose masih ingatkan Dahlia terkaku disebabkan peristiwa tadi.

Nak cakap atau tidak? Dahlia masih berkira-kira untuk memberitahu Aunty Rose. Kalau tak beritahu, alamat sampai bila pun dia takkan tahu apa yang Aunty Rose bicarakan.

Aunty Rose menghampiri Dahlia dan menggosok belakang tubuh Dahlia, cuba untuk menenangkannya. Dia kesal juga dengan sikap Ray yang mengambil langkah drastik untuk mendapatkan Dahlia. Kalau dia pun, mesti marah juga apatah lagi melibatkan maruah seorang wanita.

"Maafkan saya makcik, saya tak faham apa yang makcik cakap tadi. Saya memang tak reti bahasa alien ni." Dahlia dengan polosnya beritahu Aunty Rose.

Aunty Rose menutup mulut dengan kedua tangannya. Hairan gadis seperti Dahlia tidak tahu bahasa Inggeris. Dahlia lahir tahun keberapa ni? Dia nak ketawa tapi dia tahu Dahlia akan terasa hati.

"Aunty minta maaf, aunty tak tahu. Maafkan aunty ya."

Dahlia hanya mengangguk lemah. Ini semua Ray punya pasal. Sebab dia semua orang kena cakap bahasa Inggeris walaupun dalam rumah. Berlagak sangat dengan bahasa penjajah tu. Dia ingat bahasa Melayu tu koman sangat ka? Mat Dan pun boleh cakap bahasa Melayu dengan baik walaupun slang Terengganu. Dahlia kutuk Ray dalam hati.

"Okey.. macam ni, apa kata Dahlia mandi dulu, bersiap kemudian kita sarapan. Lepas tu kita bincang. Nanti aunty siapkan baju Dahlia." Kata Aunty Rose dengan lembut.

Dahlia angguk kepala. Buat masa ini hanya itu yang dia mampu buat. Geleng dan angguk, dah macam burung belatuk. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik air. Masuk ke dalam bilik air, Dahlia ternganga. Bilik air ka ni? Cantik sangat sampai nak mandi pun tak sampai hati.

Dia tak nampak kolah air, yang ada hanyalah bathtub dan shower saja. Macam mana dia nak cebok air, cebok pun tak ada. Nak berendam.. tidaklah Dahlia mahu. Kalau berendam dalam sungai, Dahlia memang suka. Tiba-tiba dada dihurung sebak, teringatkan rumahnya.

Kain basahan pun tak ada..Dahlia garu kepala. Haru aih. Redah sajalah Dahlia.. akhirnya Dahlia mandi dengan baju yang ada ditubuhnya. Selesai mandi barulah rasa segar mental dan fizikal. Hehehe.

Dahlia menjenguk dan melihat sekeliling, nasib baik tak ada orang lain. Aunty Rose pun dah hilang. Dahlia lihat ada sepasang gaun di atas katil beserta pakaian kecil. Dia ambil dan letak baju-baju itu di hidung.. hurmm masih ada bau kedai. Dahlia senyum senang.

Ray, Karl, Eden dan Mike sudah menunggu di meja makan. Kelibat Dahlia masih belum nampak.

"Where's this girl, I'm starving," rungut Mike.

"Her name is Dahlia..dal.."

"Ha..lam..ya..alif.." serentak Mike dan Eden sambung mengeja nama Dahlia.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now