CHAPTER 35

13.6K 551 8
                                    

Ray sedang tekun membuat kerja di pejabat ketika pintu pejabatnya dikuak dengan kasar oleh seorang lelaki yang berjalan tenang menghampirinya. Joy... setiausaha Ray kelihatan gementar di belakang lelaki itu.

"I'm sorry sir, this guy just barged in and I can't do anything to stop him cause..." Joy menunjukkan jari telunjuk dan ibu jari dan diletak di tepi pelipisnya.

Ray sekadar mengangguk dan membenarkan Joy meninggalkan mereka. Joy mencebik lalu mengangkat tablet yang dipegangnya dan mengacah untuk memukul lelaki tersebut tapi sebaik saja lelaki itu berpaling, Joy terus mencicit keluar.

Gerun pula melihat wajah garang lelaki yang tidak dikenalinya. Geram juga lelaki itu ikut suka bapak tok nek dia menceroboh masuk ke dalam bilik ketuanya. Dia pula diugut kerana menghalang lelaki itu dari masuk ke dalam bilik Ray. Kalau setakat kena jerkah, dia tak kisah tapi lelaki itu boleh pula acu pistol kepadanya... membuatkan dia berasa amat terhina.

"What are you doing here Zach?" Ray yang masih tidak pedulikan kehadiran Zachary masih sibuk menaip di laptopnya.

Zachary tersengih melihat Ray yang begitu sibuk dengan kerja tanpa pedulikan kehadirannya. Pejabat Ray dipandang dengan rasa kagum. Bilik yang besar tapi cukup minimalis dengan sebuah meja kerja dan sofa untuk tetamu.

Dinding dibiar kosong, tidak seperti kebanyakan pejabat yang diletakkan rak fail atau almari buku. Gambar pun tak ada oh... ada satu frame gambar di atas meja, gambar siapa... Zach belum pasti.

Zach mengambil tempat duduk di depan Ray dan menyilang kakinya... lagak seorang yang sahabat yang telah lama tidak berjumpa.

"Kau tak mau sambut aku Ray? Tch... tch... beginikah perangai seorang ketua yang begitu gah di mata pekerjanya?" Zach masih lagi mengenyih... menayang giginya yang cantik.

"What do you want?" Ray masih lagi malas nak layan Zach.

"I'm your best friend. I missed you, my man."

"Cut he crap Zach. Kau dah pernah tikam aku dari belakang. Kau bukan sahabat aku. Kenapa kau tak mereput saja dalam penjara sana? Macam mana kau boleh keluar?"

Hahaha... Zach ketawa kuat... bergema dalam bilik Ray. Seronok betul Zach dapat buat Ray bercakap.

"Aku ingat nak buat jejak kasih dengan kau tapi nampaknya kedatangan aku tak dialu-alukan di sini. Macamlah kau tak tahu aku boleh keluar dengan mudah."

"Jejak kasih your foot. Kau bukannya saudara aku yang hilang untuk aku rindukan."

"My... my... bahasa melayu kau semakin baik Ray, kenapa eh? Kau ada guru baru ke?"

Ray pandang Zach dengan pandangan menyampah. Seseorang yang dia akan elak daripada bertemu adalah Zach. Bertemu Zach bermakna episode buruk akan berlaku tak lama lagi. Bad news.

"Sebenarnya aku pun tak ingin nak beramah mesra dengan kau tapi aku datang sebab aku datang nak beri amaran kepada kau." suara Zach sudah berubah.

Ray menghentikan kerjanya, matanya menikam tepat kepada Zachary yang sedang tersenyum sinis.

"Kau datang sini semata-mata nak ugut aku? Give me a break. Motif?"

"Kau dah musnahkan bisnes daddy... daddy rugi teruk sebab kau tamak! Kau nak bolot seorang. Selfish!" Wajah Zach menjadi merah menahan marah.

"No... no... no... kau silap Zach, bukan aku tapi polis yang musnahkan bisnes daddy kau. Kau silap info ni." Ray ketawa... sinis.

"Kau ingat aku bodoh?! Kau yang bagi info kepada polis. Kenapa? Kau dah jadi angel dah sekarang?" Zach juga ketawa tapi hambar.

"Tch... tch... siapa pula yang beritahu kau ni? Daddy kau? Daddy kau cuba bunuh aku... sebab itu ke?"

"Salah kau juga. Daddy dah ajak bekerjasama tapi kau degil... dan kau musnahkan bisnes dia, bukan salah daddy kalau dia nak bunuh kau."

" It's my fault now? Please Zach... grow up. Kau tak perlu ugut aku. Kau dan daddy kau nak buat apa pun... aku tak peduli. Kalau bisnes kau orang musnah, bukan salah aku. Salah daddy kau sendiri." Ray menguatkan suaranya.

"Kau tamak Ray... semua kau nak sapu! Daddy hanya nak berkolobrasi dengan kau... untung kita bahagi sama banyak. Tak kan itu pun kau tak mau."

"Zach... Zachary Aidan... aku rasa kau dah ketinggalan kereta api rasanya. Aku dah tak buat kerja haram tu semua. Bisnes yang aku jalankan sekarang sah di sisi undang-undang." Ray senyum senget.

"Count Drac yang mahukan kuasa daripada aku. Dia mahukan Black Panther untuk jadi godfather tapi dia lupa... aku masih lagi berpengaruh dalam dunia mafia."

Zachary mendengus. Dia ada juga mendengar cerita daripada anak-anak buahnya yang Ray sudah cuci tangan tapi dia kurang percaya. Dia tidak yakin yang Ray boleh melepaskan semua urus niaga yang daddy Ray telah lama ceburi.

Kenapa Ray berubah?

"Kau dah insaf Ray? Dah bertaubat? Hahaha." Zach ketawa bertambah kuat. "Kau boleh tipu yang lain tapi aku... langsung tak percaya."

"Bukan perkara yang lucu jika aku nak bertaubat pun. Perkara itu tak ada kena mengena dengan kau. Ini hal aku dengan Allah." Suara Ray perlahan saja kedengaran di telinga Zach.

Zach ketawa lagi kuat. " Kau cakap pasal Allah... Ray? Unbelievable... Black Panther's bos talking about..."

"Shut up! Just shut up! Jangan sebut nama Allah dengan mulut busuk kau. Kalau kau tak mahu bertaubat, itu kau punya pasal! Jangan persendakan nama Allah."

Ray sudah tidak sanggup untuk berbicara dengan Zach lagi. Biarlah Zach hendak ketawakan dia... Ray tidak kisah. Dahlia sudah membuka matanya untuk insaf. Dahlia kata kita tak perlu tua untuk mati... bila-bila masa Allah akan tarik nyawa kita... jika sampai masanya.

Ray juga sedar hakikat itu setelah dia hampir mati ketika cubaan membunuhnya tempoh hari. Dahlia kata masanya belum tiba jadi Ray masih boleh bernafas lagi. Ray takut jika dia tak sempat bertaubat selepas ini.

"Zach tolong keluar dari sini. Aku dah tak ada urusan dengan kau atau Count Drac. Kau boleh buat apa yang kau suka tapi jangan libatkan aku lagi."

"Kau dah hilang taring Ray. Mana sifat kau yang pembengis dan suka persaingan itu? Kau rasa orang kau suka kalau kau dah jadi malaikat?"

"Percayalah... mereka akan memberontak satu hari nanti dan masa itu kau akan musnah." Zach masih lagi tidak berpuas hati dengan Ray. "Atau kau berubah kerana kau dah beristeri?"

Ray terkejut apabila Zach menyebut perkataan isteri. Zach sudah tahukah? Ray berasa gelisah serta merta.

"Yes! I know... you can't hide anything from me." Zach senyum sinis. "Is she beautiful?"

Ray tepuk meja... kuat. Bergegar bilik itu dengan jeritan Ray dan tanpa sempat Zach elak, Ray sudah mencengkam leher baju Zach. Penumbuk dihadiahkan kepada Zach menyebabkan Zach terpelanting... terperosok di sofa.

Zach hanya tersengih melihat Ray naik angin apabila dia menyebut perkataan isteri. Dia tahu kelemahan Ray... perkara itu sudah diberitahu oleh Count Drac.

"Don't you dare touch her. She's off limit." Suara Ray keras mengingatkan Zach.

Zach menyapu darah yang mengalir di tepi bibir. "Daddy mungkin tak berjaya sekali tapi aku akan pastikan..."

Belum sempat Zach menghabiskan ayatnya, pintu bilik Ray terkuak lagi dan Ray membeliakkan matanya...

Sementara Zach tersenyum... jahat.

Dahlia pula... tercengang melihat pandangan di depan matanya.

Cinderella pakai kasut kaca,
Prince charming pula sakit gigi,
Thank you sebab baca,
Terima kasih sebab vote lagi.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now