Lari Dari Tanggungjawab

2K 56 1
                                    

"Tepiii, tepiiiiii" jerit Jimbe

Duuusshhhhhhh

Jimbe melompat cannonball ke dalam air dari atas batu, habis terpercik terkena semua di sekeliling

"Haaareee mokkk, merecikk merata, dua kali lagi kering ayaq tang ni woiii" jerit Ijat sambil menguak mengapungkan dirinya

"Dah dahh, tepi sikettt" aku membuat isyarat membuka laluan

Aku berundur beberapa langkah ke belakang, kemudian berlari ke hujung batu, di awangan, aku memusingkan belakang badanku ke air kemudian membuat backflip jatuh ke air

Splaashhhhhhh

Lama aku berenang ke bawah, berbaring di lantai air, 5 saat kemudian berenang naik ke permukaan.

"Woooooooooooo"

Kini giliran Amirul melompat

"Cepat aaaa Mirulll" jeritku dari bawah

"Hiyarrrggghhhhh" jerit Amirul sambil front flip ke dalam air

"Woooooooooooo"

"Zaki mana Zaki, woii terjun aaaa" Jerit Ijat

"Ko tunggu Jat, Kinah tolong pegang jap" Zaki menghulurkan kaca matanya pada Kinah

"Cannonballlll" Zaki melompat dari atas sambil memeluk kakinya

Splaassshhhhh

"Woooooooo"

"Halaaaa tak padan ngan besaq galah buah manggis, nak buat cannonball, nih hang tau, hang terjun tadi an" kata jimbe sambil mengocak sikit air

"Ploop, banyak tu jaa percik, apadiaaaa"

"Ahhhh, jadi laaa, kang besar kau, macam Ijat kata la, kering air sini" balas Zaki

Duuushhhhhhh

"Haaaarrrammm Meq terjun takdak warning"

"Muahahahahahaha, surprise motherfucker!" Kata Amir selepas berenang ke arah kami

Air tidaklah sedalam mana, sekitar 1.9 meter sahaja kedalamannya, untuk kami form 5 yang ketinggian sekitar 175-190cm ni, sememangnya kacang buat kami. Namun tidak bagi mereka

Yes, mereka-mereka yang di pinggir batu, Ian, Kinah, Mija, dan yang terpendek, Aqil

"Woiii, apa tercongak je situ, meh laa" aku memanggil mereka

"Diam ahhh, sabaq aaa sat herrrgghhh" kata Kinah sambil meniup angin pelampungnya

"Ian taknak mandi ke Ian?" Tanya Mija

"Takpa la kak, saya tak bawak seluar lebih" jawab Ian

Amir berenang ke batu mereka bertenggek

"Abang tahu mesti jadi, gi amik kat beg abang, abang bawak seluar lebih, amek seluar biru tu" kata Amir

"Wuuu caring gila Abang Amir" kata Aqil

"Kau asal tak mandi?"

"Dalam la bang, takut aaa"

"Fezall, ni adik kau dia kata taknak mandi" jerit Amir padaku

"Hang pegang dia Mir, tunggu aku sampai!" Ijat mula berenang ke arah mereka

Amir memegang kedua tangan Aqil, Aqil meronta meminta dilepaskan

"Taknaakk taknakkk, Abang Zaaal tolooonggg Abang ZaaAAAlll"

Aku berenang mendekatkan diri sikit, aku memang takkan halang, kau punya pasal la budak, belajar jadi berani sikit. Kau dah dalam air baru aku tolong. Amir memegang kedua tangan Aqil manakala Ijat memegang kedua kakinya, siap sedia la kau Qil

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now