Hari Berentap!

2.6K 54 0
                                    

5.27 petang

"Kita main ikut ranking kan? So first, team Jimbe akan fight dengan team Ijat, kemudian team aku, akan fight dengan team Zaki"

Jimbe 3-4 Zaki

"Haaaa Ahnaf, ambik bola tu ambikk!!! Jangan duk gelecek tang ni, bawak pi naik ataih, toksah mai dekat ngan aku" jerit Jimbe

"Hahhhhh, keeper pengecutttttt, haram apa tak boleh harap badan besaq goll" jerit Ijat dari gawang gol pihak lawan

"Nih butoh pak hang aaa!! Dari hang tu, lagi haluih dari tiang gol nak habaq mai nakram oii!!" Balas Jimbe

"Language!!" Jerit Mija dengan hailer

Ahnaf yang sedang berada di hadapan Zikri sedang mangacah untuk mengambil bola yang dikawal Zikri, namun Zikri bukanlah calang-calang orang untuk dirampas bolanya

Namun, tak boleh letak sepenuhnya harapan, dengan hanya sedikit selitan kaki, Ahnaf berjaya meng"ole"kan bola di celah kangkang Zikri seterusnya membawa bola naik ke atas menuju ke gawang gol Ijat, namun dihalang oleh dua orang kawan Mushrif iaitu Zakaria dan Idris, disebabkan ratio tubuh yang agak berbeza peluang mungkin tipis untuk Ahnaf melepasi dua gergasi di hadapannya, Farid di kiri court melambai-lambai memninta bola, Ahnaf mengacah seakan-akan ingin melepasi Zakaria dan Idris mereka cuba menghalang namun sekali lagi Ahnaf melakukan hantaran leret melalui celah kangkang Zakaria terus ke Farid

"Jimbe, team kau akan mula first, lawan dengan team Ijat, aku pilih orang yang power main futsal masuk dalam team kau, tapi, diorang ni semua kecik-kecik, so diorang ni main dribble nak ole orang semua power, so diorang ni boleh psycho team Ijat yang set-set besar ni" kataku sewaktu menyambung perbincangan di kelas tadi

Farid menyambung membawa bola ke atas, kemudian bertembung dengan Mushrif, Mushrif mendepangkan tangannya menyukarkan untuk Farid melalui, Farid mengacah menyepak bola ke tengah court dan Mushrif termakan dengan hasutan tadi dan bergerak ke kiri, namun Farid menyepak leret bola terus ke bukaan kangkang Mushrif, namun apakan daya bola tersebut tepat kena di kaki Mushrif yang sedang bergerak, menyebabkan Mushrif jatuh tersungkur ke lantai court akibat terpijak bola

"Jimbe kau kena suruh team kau psycho kaw-kaw punya budak trio ni"

"Siiiyallllllll" jerit Mushrif

"Hahahahahaha, macam nangka busuk" provok Farid kemudian terus membawa bola ke gawang

Bukkk, Farid jatuh tersungkur akibat dirempuh Idris yang kemudian mengambil bola dan bergerak ke arah gawang gol Jimbe

"Aku referee time tu, jimbe dah rasuah aku Surya sekotak, aku biar je bebudak trio ni main kasar"

"Mende ni woii main kasar! Reff!!??" Jerit Farid, Aku hanya buat tak tahu je, padan muka kau budak, kau tu memang part of the plan

Idris terus membawa bola ke atas, sementara dia menjaga bola Ahnaf datang dari belakang dan cuba slide merampas bola dari Idris, Idris mengangkat dan menimang bola dengan sendi kakinya, Ahnaf telah meluncurkan ke depan Idris terus menyepak bola tersebut tepat mengenai muka Ahnaf, lantunan dari muka Ahnaf kembali ke kaki Idris kemudian Idris pass bola ke Mushrif yang menunggu berdekatan gawang gol

"Banggg, main kasar ni bangggg, mendenye ni bang" jerit Ahnaf, sorry my little boy, aku ada pelan yang perlu diexecute

Bola tiba di kaki Mushrif, Jimbe bergerak rapat ke Mushrif meninggalkan gawang gol, Mushrif bermain mengacah gelecek dengan Jimbe sebelum membuat hantaran pada Zakaria di belakang Jimbe, jimbe sedar akan kehadiran Zakaria di belakangnya

"Jimbe, team kau kena kalah, tapi dah kau jadi keeper kan? Jangan make it so obvious"

"GOLLLLLLLLLLLLL" Zakaria menendang bola masuk ke dalam gawang Jimbe

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now