"Haish!" Jaehee mengeluh lagi.
Entah ke berapa kali pun dia tidak tahu. Hari ini dia akan bersekolah di sekolah baharu. Setelah hampir 10 tahun dia berada di Amerika, akhirnya dia pulang semula ke Korea. Itu pun selepas di desak oleh appanya.
Kalau diikutkan hatinya, dia tidak ingin pulang ke Korea semula. Hatinya pedih apabila memikirkannya. Manakan tidak, ketika dia berusia 8 tahun, dia telah kehilangan eommanya selepas eommanya disahkan menghidap penyakit kanser rahim. Di Amerika dia tinggal bersama adik lelakinya, Jaejoong dan juga appanya.
Di Korea pula banyak menyimpan kenangan tentang eommanya. Disebabkan itu, appanya membawanya ke Amerika. Sedangkan ketika itu, dia masih belum bersedia untuk meninggalkan Korea.
Dan selepas 10 tahun, perkara yang sama berulang kembali. Apabila dia tidak bersedia untuk pulang ke Korea, appanya memaksanya juga untuk pulang. Dan ini menyebabkan Jaehee berasa sebal dengan appanya.
Kereta Mercendez Benz berwarna kelabu metallic masuk ke kawasan perkarangan Sekolah Tinggi Swasta SM. Jaehee hanya memandang dengan pandangan kosong sekolah yang baru dimasukinya itu. Reka bentuk sekolah itu yang tampak mewah seperti tiada apa-apa baginya.
Dia hanya sibuk mendengar lagu di headphone merah terangnya. Kereta mewah itu berhenti. Drebar dihadapannya keluar dan ingin membuka pintu untuknya tetapi Jaehee lebih pantas.
"Cik Muda, jangan begini. Lain kali, biar saya yang lakukannya," kata drebar tersebut.
Jaehee keluar dari perut kereta dan memandang drebar tersebut dengan pandangan tidak suka.
"Berapa kali saya nak cakap? Jangan panggil saya Cik Muda. Saya tak suka. Awak tu cuma 5 tahun lebih tua dari saya sahaja, Dongwoon hyung," tegas Jaehee.
"Tapi, ini arahan dari Tuan Besar, Cik Muda," jawab Dongwoon.
"Ok! Kalau awak nak sangat dengar cakap appa, panggil saya dengan panggilan itu apabila kita bersama appa sahaja. Sekarang, panggil saya Jaehee. Bukan Cik Muda! Saya tak suka dipanggil sebegitu. Faham?" tegas Jaehee.
Dongwoon memandang Jaehee dan hanya mampu mengangguk.
"Eh, siapa tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni. Pelajar baharu ke? Wah! Dia sangat bergaya la," bisik seorang pelajar perempuan kepada rakan-rakannya.
"Nak kata handsome, muka dia comel sangat. Geram tengok muka dia," seorang pelajar perempuan dari kumpulan lain pula berbisik.
Tiba-tiba iPhone 6 Jaehee bergetar. Dia mengeluarkan iPhonenya dari poket seluar. Panggilan dari datuknya. Dia menjawab.
"Wah! Coolnya cara dia jawab panggilan telefon," pelajar perempuan yang sama berbisik lagi.
"Saya pergi dulu Cik.. err... Jaehee!" kata Dongwoon dan masuk ke dalam kereta.
Jaehee hanya mengangguk. Selepas selesai bercakap dengan datuknya, dia mula melangkah untuk masuk ke kawasan sekolah tersebut. Dia sedar ramai mata-mata memandangnya. Tetapi, dia tidak peduli. Dia perlu segera ke pejabat sekolah tersebut.
"Boleh tahan budak tu!" Baekhyun memulakan bicaranya.
Chanyeol hanya mengangguk mengiyakan. DO memandang sekilas. Disikunya Sehun supaya turut memandang tetapi Sehun tidak mempedulikannya. Dia lebih suka mendengar lagu di headphonenya.
"Eh! Tali kasut dia terbuka la," kata pelajar perempuan yang dari tadi asyik memandang Jaehee.
"Kau cakaplah dekat dia," tambah pelajar perempuan itu lagi mendesak rakannya.
"Hmm... Awak! Tali kasut awak terbuka."
Rakannya menegur Jaehee. Jaehee yang ketika itu ingin berjalan melepasi sekumpulan pelajar perempuan itu terhenti langkahnya. Jaehee memandang muka pelajar perempuan tersebut tanpa sebarang ekspresi dan memandang ke kasutnya. Pelajar perempuan tersebut agak terkejut. Jaehee membetulkan tali kasutnya dan bangun semula.
"Terima kasih."
Jaehee mengucapkan kata-kata tersebut sambil tersenyum manis dan ingin berlalu pergi. Pelajar perempuan tersebut tersenyum gembira. Tetapi, sekali lagi langkah Jaehee terhenti.
"Hmm, saya nak tanya. Dekat mana pejabat sekolah?" tanya Jaehee memusingkan kepalanya.
"Biar kami tunjukkan," kata pelajar perempuan tersebut.
Jaehee menunjukkan isyarat tangan supaya pelajar perempuan tersebut berjalan dahulu.
"Belum apa-apa, nampaknya dia dah ada peminat," Chen berkata kepada gengnya.
Kai yang baru tiba dikumpulannya memandang Jaehee agak lama.
"Comel!" kata-kata Luhan mengejutkan gengnya yang lain.
"Wuu, Luhan! Biar betul? Lelaki tu!" kata Baekhyun dan tergelak.
Luhan hanya tersenyum. Apabila Jaehee ingin melepasi kumpulan pelajar lelaki tersebut, Sehun memandangnya dengan pandangan tanpa ekspresi. Jaehee tidak mempedulikannya dan terus berjalan.
"Hmm, umur awak berapa?" tanya pelajar perempuan tersebut kepada Jaehee ketika dalam perjalanan ke pejabat sekolah.
"Saya rasa awak hoobae. Saya 18," Jaehee menjawab.
"Maknanya, awak Oppa kami la," kata pelajar perempuan yang lain.
'Oppa?'
Jaehee berkata sendiri.
Apabila Jaehee ingin menidakkan, pelajar perempuan itu terlebih dahulu memotong percakapannya.
"Ni lah pejabatnya. Kita jumpa lagi ye, Oppa!" kata pelajar perempuan tersebut apabila mendengar bunyi loceng dan berlalu pergi bersama rakannya ke kelas.
Jaehee memandang penampilannya.
"Salah faham la ni nampaknya. Jeez..." Jaehee mengeleng.
Jaehee bukan sengaja memakai uniform pelajar lelaki. Tetapi, dia lebih selesa dengannya. Agak sukar untuk bergerak jika dia memakai mini skirt. Rambut hitam pendeknya yang sedikit kemerah-merahan paras bahu telah disikatnya kebelakang. Mungkin disebabkan itulah, pelajar perempuan tersebut menyangkanya pelajar lelaki.
"Biarlah," kata Jaehee dan masuk ke dalam pejabat sekolah tersebut.
YOU ARE READING
MISCHIEVOUS LOVE [C]
FanfictionSatu kelas dengan EXO? Woah! Itu adalah perkara yang sangat diinginkan oleh semua pelajar perempuan Sekolah Tinggi Swasta SM. SPECIAL A! Kelas yang hanya diduduki oleh lapan pelajar lelaki kacak paling popular disekolah. Agak sukar untuk masuk ke k...