Jaehee dari tadi cuba memahami apa yang diajar oleh cikgu Gil Da Ran. Tetapi, tiada satu pun yang melekat di kepalanya. Dia berasa sangat mengantuk dan matanya asyik mahu terlelap. Puas dia mencuba pelbagai cara supaya tidak tertidur di dalam kelas.
Ditepuk-tepuk pipi dan dicubit-cubit tangannya. Tanpa sedar, Jaehee terlelap dan pensil di tangannya bergolek jatuh ke lantai. Cepat-cepat dia tersedar semula. Dia cuba untuk mengambil pensil tersebut.
"Auchh!" Jaehee mengaduh sakit. Kepalanya terhantuk dengan kepala Sehun yang terlebih dahulu cuba untuk mengambil pensilnya.
"Sorry!" kata Jaehee meminta maaf.
"Errr...... terima kasih!" kata Jaehee lagi apabila Sehun menghulurkan pensilnya.
Sehun memandangnya seketika. Dia teragak-agak untuk berkata-kata. Jaehee menunggu kalau-kalau ada sesuatu yang ingin diungkapkan oleh Sehun.
Masih tiada suara yang keluar. Jaehee kemudiannya mengambil keputusan untuk memandang ke hadapan semula apabila tiada tanda-tanda Sehun ingin bercakap dengan dirinya.
"Ada yang kau tak faham ke? Nak aku tolong?" kata Sehun tiba-tiba setelah sekian lama mendiamkan diri.
Jaehee memandang Sehun tidak percaya. Adakah benar Sehun sedang bercakap dengan dirinya? Dia sendiri tidak pasti.
"Aku tengok kau macam tak faham je apa yang cikgu ajar," tambah Sehun lagi. Jaehee mengangguk mengiyakan.
"Meh sini aku tolong," kata Sehun dan menarik buku Jaehee dekat kepadanya.
"Oh, soalan ni ke? Macam ni caranya," kata Sehun lembut.
Jaehee berasa pelik dengan perubahan sikap Sehun pada dirinya. Sebelum ini bukan setakat hendak bercakap, memandang dirinya pun belum tentu lagi.
Luhan yang dari tadi memandang mereka sejak incident mereka terhantuk kepala, tersenyum memandang Sehun.
Satu rancangan telah diatur di dalam kepalanya. Dia tersengih sendirian. Jaehee pula sudah semakin selesa dengan sikap Sehun yang sekarang.
**
Selepas rehat pertama selesai, subjek P.E. pula selepas itu. Jaehee pergi ke bilik persalinan perempuan yang berada tidak jauh dari bilik persalinan lelaki. Kemudian, dia pergi ke dewan tertutup apabila selesai menukar pakaian.
Apabila dia masuk ke dalam dewan tertutup tersebut, dia dapat melihat EXO masing-masing sedang memanaskan badan. Semua kelihatan sangat kacak dengan pakaian sukan berjenama masing-masing.
"Kita nak buat apa sekarang?" kata Jaehee kepada Kris selaku kelas presiden mereka.
"Apa kata kita lawan bola keranjang?" Chanyeol memberikan cadangan.
"Chanyeol, kita kan ada Jaehee dekat sini. Aku rasa tak berapa sesuai la," kata D.O membantah.
"Eh, saya okay je. Tak kisah pun la," kata Jaehee tidak ingin mereka berasa terbeban.
"Hmm, boleh juga. Jaehee pun dah bagi green light. Kita kena bahagikan kumpulan sekarang ni", kata Kris bersetuju dengan cadangan Chanyeol. Yang lain mengangguk mengikut cadangan tersebut.
"Saya tak nak main la. Saya tak reti. Lagipun sekarang kita berada dalam angka yang ganjil. Seorang harus keluar. Jadi lebih baik saya," kata Jaehee mengundur diri.
"Betul awak okey ni?" tanya Kris agak serba salah.
"Jangan risaulah. Saya okey! Saya akan menyokong kamu semua dari luar," kata Jaehee mengangkat dua thumbs upnya.
Kris mengangguk dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan. EXO menggunakan Kris dan Luhan sebagai penanda kumpulan kerana mereka berdua sangat arif dalam permainan bola keranjang ini. Kai sudah berdiri di sebelah Kris. Baekhyun pula berdiri di belakang Luhan.
D.O turut sama masuk ke kumpulan Luhan kerana bestfriendnya, Baekhyun, ada di situ. Chen menarik lengan Chanyeol supaya masuk ke kumpulan Kris. Chanyeol hanya mengikut kata Chen. Sekarang hanya tinggal Sehun sahaja. Secara automatiknya, Sehun masuk ke dalam kumpulan Luhan.
Sehun tidak berapa selesa dengan ahli kumpulannya iaitu Luhan. Dia perasan semenjak Jaehee masuk ke sekolah ini, Luhan seperti menunjukkan minatnya terhadap Jaehee. Dia tidak tahu kenapa. Adakah dia cemburu? Entah la dia sendiri tidak faham akan hatinya. Tetapi dia mula merasai sesuatu terhadap Jaehee.
YOU ARE READING
MISCHIEVOUS LOVE [C]
FanfictionSatu kelas dengan EXO? Woah! Itu adalah perkara yang sangat diinginkan oleh semua pelajar perempuan Sekolah Tinggi Swasta SM. SPECIAL A! Kelas yang hanya diduduki oleh lapan pelajar lelaki kacak paling popular disekolah. Agak sukar untuk masuk ke k...