BAB 6

962 38 10
                                    

" Pagi tadi. Aku pun baru tahu lepas Fattah call "

◑ ◑ ◑


"GOOD morning boss,"

Sapa dua orang pekerja lelaki yang duduk di meja receptionist lalu tunduk hormat sekejap kepada Adella yang baru sahaja masuk ke dalam bangunan Deltha Holding. Adella hanya mengangguk kepada mereka berdua. Dia terus masuk ke lift dan naik ke tingkat paling atas.

"Sham, kau perasan tak?" tanya seorang dari pekerja lelaki yang duduk di meja receptionist kepada rakannya yang seorang lagi.

"Hm, perasan. Apa dia Karl?" tanya Sham pula.

Karl memandang Sham dengan tajam. Kata perasan, tapi tanya pula. Gumamnya dalam hati.

"Muka bos berseri-seri je aku tengok. Ada apa-apa ke?" Karl bermain dengan dagunya.

"Kalau ada apa-apa pun, bukan urusan kita. Dahlah! Jom sambung tengok drama tadi. Aku nak tau apa jadi kat hero tu." Sham melabuhkan punggung semula di kerusi. Matanya kembali fokus pada skrin telefon yang menayangkan drama korea terkini. Karl pun melakukan hal yang sama. Untung bos tak perasan.

Sampai di tingkat atas, pintu lift terbuka lalu Adella menapak keluar. Empat orang pekerja lelaki yang berkumpul di satu meja bulat segera berdiri apabila sedar akan kehadirannya. Semua tersenyum sambil tunduk hormat sekejap.

Adella senyum sekilas sebelum bertanya. "Farhan mana?"

"Dia kat dalam meeting room," jawab salah seorang pekerja di situ. Setelah berterima kasih, Adella pun berjalan ke bilik mesyuarat. Setelah kelibat Adella sudah menjauh, beberapa pekerja lelaki yang berdiri tadi duduk semula.

"Psst! Lain macam fashion bos hari ni, kan?" tegur salah seorang dari mereka yang bernama Zahrin.

"Hm, entahlah. Tak perasan..."

"Bos? Bos masuk kerja ke? Mana, mana?" sampuk seorang lagi pekerja lelaki yang baru balik dari pantri. Jelas tergambar teruja di wajahnya.

"Dah jalan dah," jawab rakannya yang lain. Terus berubah wajahnya kepada kecewa. Jarang sungguh dia nampak muka bos di pejabat.

Adella masuk ke bilik mesyuarat lalu duduk di kerusinya.

"Hah, apa yang urgent sangat tu?" soalnya pada lelaki yang memang berada di bilik mesyuarat itu. Namanya, Farhan.

"Hye, boss. It's about project in Itali. They are out of stock and there is another issue. Benda ni serius sikit sebab barang kita kat pelabuhan kena tahan dengan polis atas laporan yang orang buat kononnya kita seludup senjata api." Adella mendengar dengan teliti berita yang baru sahaja disampaikan oleh Farhan. Hm... Agak serius.

"Bila?" tanya Adella.

"Pagi tadi juga. Aku pun baru tahu lepas Fattah call," beritahu Farhan. Fattah ialah pekerja Deltha Holding yang menguruskan barangan Deltha Holding di pelabuhan.

"Polis ada jumpa apa-apa?"

"Nope. Aku rasa 'diorang' buat kerja tak clean lah," ujar Farhan lalu tergelak kecil. 'Diorang' merujuk kepada orang yang membuat laporan polis tentang penyeludupan senjata api dalam produk Deltha Holding. Maksudnya, musuh yang mahu menjatuhkan Deltha Holding. Tapi malangnya tidak berjaya.

"Hm... Kalau macam tu, aku rasa kau tahu apa nak buat, kan? Kalau benda ni tersiar kat surat khabar segala, aku nak kau block pencetak and penyiaran. Biarpun polis tak jumpa apa-apa, tak mustahil ada pihak yang cuba putar belit fakta." putus Adella.

"Ai, ai capten!" Farhan tabik hormat tanda menerima arahan yang diberikan oleh Adella. Memang tugasnya untuk buat semua itu dari awal lagi.

"Ok, kalau dah takda apa-apa aku nak blah dulu." Adella sudah bangun dari duduknya.

"Ok. By the way, kenapa baju bos macam oversized je? Dah tukar test fashion ke?" sempat Farhan bertanya tentang baju kemeja putih yang dipakai oleh Adella. Selalunya bossnya itu hanya memakai hoodie kalau sekadar singgah di pejabat.

"Baju laki aku," jawab Adella ringkas.

"Oh... Laki... Huh? Laki? Bila masa bos ada laki? Paling tepat bila masa bos kahwin?" Farhan terkejut sehingga berdiri.

"Kemarin." Usai berkata, Adella keluar dari bilik mesyuarat itu meninggal Farhan yang terpinga-pinga. Dia masih cuba mencerna apa yang baru saja didengarnya tadi. Ini berita gempak ni. Kena bagitau satu office!





AIDEN yang menunggu Adella di dalam kereta yang di parkir berdekatan dengan bangunan syarikat Deltha Holding, tersenyum apabila melihat Adella berjalan ke arah keretanya.

"Hah... Sorry lambat," ujar Adella sebaik sahaja dia masuk ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Dia menghela nafas penat. Penat pula berjalan dari bangunan Deltha Holding ke kereta Aiden ni. Menyesal dia suruh parking sini.

"Takpa. Tak lama pun." Aiden menghidupkan enjin kereta dan pacuan empat roda itu pun mula bergerak meninggalkan kawasan bangunan-bangunan pencakar langit itu. Adella meminjam bajunya sebab dia mahu pergi ke pejabat. Katanya ada hal penting. Sekaligus minta tolong hantarkan dengan Aiden memandangkan keretanya masih di rumah di mana berlangsungnya pernikahan mereka berdua kelmarin.

"Err... Kalau awak tak kisah saya tanya, apa hal yang penting tu?" Aiden bertanya perlahan. Dia menoleh sekilas ke arah Adella sebelum fokus semula pada pemanduan.

"Barang DH kena tahan kat pelabuhan, kononnya seludup senjata haram," beritahu Adella tanpa berselindung. Lengan kemeja yang dipakainya disenteng hingga ke siku. Rimas dia pakai baju lengan panjang. Bukannya di luar pun.

"DH?"

"Deltha Holding."

Terbentuk 'O' di mulut Aiden. Dia mengangguk faham. Dia mahu bertanya lagi tapi dibatalkan sahaja niatnya apabila melihat wajah Adella yang sedikit lesu. Dia tahu Adella penat, kerana sejak kelmarin Adella sibuk. Siangnya, sibuk dengan majlis pernikahan mereka. Malamnya dia terus membawa Adella pulang ke rumahnya setelah selesai penjelasan daripada keluarga mereka. Hari ini pula Adella terpaksa pergi ke Deltha Holding kerana ada hal penting. Aiden juga baru tahu yang Adella merupakan seorang CEO syarikat yang terkenal.

Sampai sahaja di rumah Aiden... eh, rasanya dah boleh dikategorikan rumah mereka berdua lah kan? Ok, semula.

Sampai sahaja di rumah mereka berdua, Aiden menyuruh Adella untuk naik berehat ke bilik dahulu. Adella tidak membantah kerana memang itu yang dia mahu lakukan. Dia mahu tidur sepuas-puasnya hari ini sebab esoknya mereka berdua diminta untuk datang ke rumah Tan Sri Althaf pula. Baru sahaja tadi Tan Sri Althaf menelefon Aiden untuk memberitahu perkara itu.

Sepatutnya petang ini mereka ke sana, tapi Aiden cakap esok saja kerana dia dan Adella mahu berehat dulu untuk hari ini. Sebenarnya, Aiden tidak terlalu penat pun. Dia cuma risaukan Adella. Untung Adella dapat suami macam Aiden, yang pentingkan kesihatan isteri. Jangan lupa untuk berterima kasih dekat penulis juga ya? Kalau bukan sebab penulis yang cipta korang, korang takkan bersatu. Ha! Ha! Ha!

Tiberr!

Pengantin Last MinuteWhere stories live. Discover now