BAB 7

2 0 0
                                    

"Kamu balik bila Kareem?" soal Haji Halim. 

"Esok petang kami kene balik dah sebab isnin budak dah mula sekolah" Farisya hanya tersenyum kelat mendengar kenyataan dari bapanya itu. Dia baru hendak berlama-lama di kampong tu maklumlah baru pulang dari luar negara namun disebabkan pekerjaan bapanya sebagai seorang cikgu itu telah menghancurkan niatnya.

Farisya sibuk membungkus segala buah-buahan yang dipetik dan ingin dibawa pulang esok. Sedang dia ralit membungkus, tangan kekar milik Syaraff lalu dihadapn wajahnya.

"Mari abang tolong" Farisya hanya mendiamkan diri tanpa memandang wajah abang saudaranya itu. Kejadian siang tadi telah membuatkan dirinya berasa janggal apabila berdekan dengan Syaraff. Terkenangkan pula apabila matanya berkali-kali curi-curi pandang wajah Syaraff yang tampan itu.

"Apahal lah handsome sangat mamat ni" bisik hati Farisya namun ditampar perlahan dahinya dengan tangan halusnya apabila dia mula menyedari perbuatannya itu.

"Please ingat Haikal Isya"

Berkali-kali juga Syaraff cuba mendekati Farisya namun segala usahanya hanya diabaikan oleh gadis manis berambut hitam pekat separas pinggang itu.

"Dia tak selesa ke apa?" soal Syaraff di dalam hatinya.

Baju-bajunya sudah Farisya siap dikemaskan ke dalam beg. Hanya baju yang bakal dia pakai apabila dia hendak pulang esok dia tinggalkan di atas sofa yang terdapat di dalam bilik tamu yang dihuninya itu. Rambut panjangnya diikat menjadi sanggul lalu dia melabuhkan punggungnya diatas katil. Iphonenya yang diletakkan di meja night stand diambil lalu jadi sibuk mendail nombor Haikal, kekasihnya. Senyum terukir dibibirnya apabila panggilannya itu dijawab pantas oleh Haikal.

"I rindu You" rintih Farisya dengan lembut. 

"Tak apa lah nanti I balik kita jumpa okay?" pujuk Haikal. Setelah hampir 2 minggu Farisya telah pulang ke tanah air namun dia masih tidak dapat bertemu dengan kekasinya itu dek kerana Haikal yang perlu outstation ke Langkawi.

Farisya hanya menghela nafas lembut apabila Haikal mematikan panggilan telefonnya. Dah hampir 2 jam dia bersembang dengan kekasihnya itu namun masih tidak dapat menghilangkan rasa rindunya.

 Dah hampir 2 jam dia bersembang dengan kekasihnya itu namun masih tidak dapat menghilangkan rasa rindunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENAGIH KASIHMUWhere stories live. Discover now