three

77 13 26
                                    

╔══ ≪ °❈° ≫ ══╗

Matahari yang terik menyilaukan mata Jeongwoo pagi itu. Dengan langkah yang berat, Jeongwoo berjalan menuju ke arah pagar untuk memasuki kawasan sekolah. Sempat dia meninjau kiri kanannya, takut kalau Junghwan dan gengnya ada berdekatan. Dia segera berlari menuju kelas selepas ternampak Asahi memasuki pekarangan sekolah.

Usai masuk ke dalam kelas, dia tidak terus duduk, sebaliknya hanya meletakkan beg sekolah lalu pergi ke perpustakaan sekolah. Masuk sahaja dalam perpustakaan, dia segera mencapai salah buku yang terdapat di rak buku lalu membukanya. Semua ini hanyalah action semata-mata, Jeongwoo ni nak air-cond je. Tapi kalau duduk tak buat apa-apa nanti kena halau dengan pengawas pula.

"Panas giler hari ni. Tak ada orang nak sponsor air-cond ke kat kelas tu? Tak payah aku nak naik datang sini hari-hari.", bisik Jeongwoo dalam hati sebelum dia menjeling ke arah tingkap di belakangnya. Kelihatan satu bangunan yang nampak lebih baru dan cantik tersergam indah. Bangunan itulah bangunan yang digelar 'bangunan elit'. Bangunan yang dilengkapi peralatan canggih, air-cond di setiap kelas dan lif, untuk naik turun.

Bangunan itu jugalah menempatkan pelajar-pelajar genius di sekolah itu, termasuklah Haruto. Pelajar disana tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan lain dan peraturan itu juga terpakai untuk pelajar di bangunan ini. Oleh sebab itulah Haruto dan Jeongwoo hanya boleh berjumpa di bumbung bangunan sekolah. Kadang-kala Jeongwoo terfikir, macam manalah Haruto tergerak hati nak berkawan dengan pelajar kelas bawahan seperti dia? Tapi dia biarkan, hanya menganggap itu suratan takdir.

Lucu, hanya itu perkataan yang mampu difikirkan oleh Jeongwoo. Entah apa yang lucu, dia pun tak tahu. Jeongwoo hanya melayan perasaaannya buat beberapa minit, sebelum memutuskan untuk balik ke kelas, kerana kelas bakal bermula sebentar nanti. Sedang dia mengemas untuk pulang masuk ke dalam kelas, tiba-tiba dia disapa oleh suara yang amat dikenalinya. Suara yang tak ingin didengarinya lagi.

Kim Doyoung. Manusia yang menghancurkan kepercayaannya yang dibina sejak 2 tahun. Manusia sama yang meninggalkannya berseorangan selepas dari kejadian 6 bulan lepas. Doyoung hanya berdiri kaku di situ, seolah-olah menunggu masa yang sesuai untuk mengeluarkan suara. Dia kemudian berkata,

"Jeongwoo, aku nak cakap siki-"

"Nak cakap apa lagi? Jangan kacau urusan kau? Fine, aku janji. Dah, jangan kacau aku lagi.", sebelum sempat Doyoung menghabiskan ayat, Jeongwoo sudah memotong. Dengan langkah yang laju, Jeongwoo segera berlari keluar dari ruang perpustakaan itu. Meninggalkan Doyoung berseorangan di situ.

Doyoung hanya mampu mengeluh perlahan, sambil memegang dadanya. Dadanya terasa sesak, rasa bersalah semakin menimbun. Matanya mula berkaca namun ditahan air mata itu dari jatuh. Sempat dia berbisik kepada diri sendiri,

"Jangan jadi lemah, Doyoung."

======══ ≪ °❈° ≫ ══======

Tersentak Haruto apabila Jeongwoo datang dan menghempas pintu dengan kuatnya. At least bagilah salam. Jeongwoo nampak macam marah je, fikir Haruto. Sempat juga Jeongwoo menjerit, melepaskan tekanannya sebelum berjalan duduk di sebelah Haruto.

"Junghwan buli kau lagi ke?", tanya Haruto. Ni kalau bukan pasal Junghwan mesti pasal Doyoung. Asahi dan Jaehyuk takkan berani buat macam-macam, sebab dengan sebelah tangan pun Jeongwoo dapat pukul dua orang tu.

"Tak.", balas Jeongwoo, sepatah.

"Habis tu, Doyoung?"

"Pun bukan jugak."

"EHHHH", dengan perasaan terkejut, Haruto menjerit. Habis anak siapa pulak yang buat Jeongwoo jadi badmood macam ni? Ada pembuli baru ke? Belum sempat Haruto mahu menanyakan soalan, tiba-tiba Jeongwoo berkata,

"Ada cikgu ni pilih aku untuk tolong dia kemas bilik fotografi dekat dengan kawasan blok kau. Tapi aku tahu, mesti cikgu nak perli aku. Jihoon kan dulu budak kelab fotografi, kelas dekat bangunan elit pulak tu. Lepas cikgu cakap macam tu dalam kelas, terus budak-budak bangunan elit keluar bawak signboard tulis macam-macam. Aku pembunuhlah, pembawa malanglah, ish rosak mood aku.", terang Jeongwoo, panjang lebar.

Haruto sekadar mengangguk. Sakit pulak hati dia dengar cerita Jeongwoo ni. Kalau boleh nak jugak dia bakar bangunan elit tu, biar orang yang mengata Jeongwoo terbakar dalam tu. Jeongwoo pelik, macam mana Haruto tak tahu tentang kejadian tu? Ramai jugak yang keluar tadi, mustahil Ruto tak tahu. Tapi dibiarkan sahaja persoalan itu dalam hati, sebab anak Watanabe ni bukannya kisah hal dunia sangat pun. Yang dia kisah cumalah Jeongwoo dan kamera kecilnya.

"Eh jap, Ruto, kau kelab fotografi kan?", tanya Jeongwoo sebelum dibalas Haruto.

"Haah, tapi kalau kau nak jumpa aku memang tak boleh, sebab aku banyak kelas tambahan sekarang."

"Ala, baru nak ajak lepak dalam bilik fotografi tu, ada air-cond. Bukan macam kat sini, panas terik."

"Eh dia ni, macam-macam pulak. Dah lah aku nak balik. Jumpa lagi!", jerit Haruto lalu menuju ke arah pintu, sambil melambaikan tangannya kepada Jeongwoo. Jeongwoo sekadar tersenyum sambil mengelengkan kepalanya, terhibur dengan perangai rakannya itu.

"Tak faham aku macam mana dia boleh jadi pelajar cemerlang, perangai cam haram.", bisik Jeongwoo sebelum mengemas beg, lalu berjalan pulang ke rumah.

╚══ ≪ °❈° ≫ ══╝

Together | p.jeongwooWhere stories live. Discover now