thirteen

52 9 28
                                    

╔══ ≪ °❈° ≫ ══╗

"Mana pulak senah Jeongwoo ni? Dahlah tengah panas terik sekarang..", gumam Haruto, sambil mengibas-kibaskan tangannya ke muka untuk menyejukkan muka. Matahari terus-menerus memancarkan cahaya dan haba. Lama benor pergi kemas bilik fotografi, selalu tak lama macam ni. Kata nak sambut hari jadi sama-sama. Haruto cuba untuk menyejukkan dirinya, tiba-tiba pintu terbuka luas, sehingga bunyi terhentak pintu itu jelas dapat didengari dari tingkat 1.

Haruto terkejut, sehingga hampir tertampar diri sendiri. Eh anak Park ni, tak tahu adab ke? Namun Haruto lupa, itu Park Jeongwoo. Sedangkan doa masuk tandas pun dia tak tahu, apatah lagi adab.

"OI TENUK, KAU TAK RETI NAK BAGI SALAM KE SEBELUM MASUK?"

"Watanabe Haruto."

Eh, eh. Jeongwoo dah panggil nama penuh. Habislah, salah apa pulak yang dia buat ni? Jeongwoo, kau ni sekejap okay, sekejap tak. Period ke?, bisik Haruto dalam hati. Sempat dia memerhatikan gambar yang dibawa oleh Jeongwoo.

"Weyh, cantik gila gambar tu, siapa ambik?", tanya Haruto. Tidak dinafikan, gambar tu memang cantik. Jeongwoo ni jadi emo lepas tengok gambar ke? Ke otak dia tiba-tiba switch jadi sendu? Jeongwoo, yang masih dengan muka menakutkannya, hanya sekadar menjawab,

"Jangan buat bodoh, Haruto."

Eh, eh. Jeongwoo ni dah kenapa? Memang lah Haruto tak buat bodoh, sebab dia memang dah bodoh, tak payah buat-buat. Pelik dengan tingkah laku kawannya itu, Haruto segera bertanya,

"Jeongwoo, kau dah kenapa?", dengan riak muka yang risau, Haruto bertanya. Belum pernah dia tengok Jeongwoo macam ni. Takut lah pulak.

"Haruto, jawab soalan aku boleh? Jujur dengan aku.", sambil cuba untuk menahan amarahnya, Jeongwoo bertanya. Jeongwoo tak nampak macam main-main, dia punya serius tu, kalah parlimen perdana.

"Okay fine.", balas Haruto, mengalah dengan Jeongwoo. 

Perlahan-lahan, Jeongwoo menarik nafas. Cuba untuk mempersiapkan dirinya dari segala jawapan yang bakal Haruto lontarkan. Mindanya sekarang tertumpu pada Haruto, bersama segala isi perbualan mereka bersama, di atas rooftop itu. Pelahan-lahan, dia mendekati Haruto.

"Kenapa setiap kali hari sejuk dan berangin, kau tak pernah pakai kot ataupun jaket?", tanya Jeongwoo, yang mendapat reaksi pelik dari Haruto.

"Kan aku dah cakap, aku tak pernah rasa sejuk. Lagipun buat apa aku pakai, rimaslah, kau tahu tak?", balas Haruto, dengan bersahaja.

Aku tak pernah rasa sejuk.

Air mata yang bertakung di mata Jeongwoo masih boleh ditahan. Tidak mempedulikan riak muka Haruto, Jeongwoo kemudian menyambung,

"Macam mana kau tahu Junkyu tu dulu sekolah kat mana?"

"Kan kau yang cakap kat aku-"

"Ruto, aku cuma bagitahu tentang dia sekolah kat sini, aku tak pernah mention pasal kelas dia pun."

Si Junkyu yang dulu kelas 2-1 tu kerja kat mana?

Haruto hanya mampu diam, sambil cuba untuk mengalihkan perhatiannya dari Jeongwoo. Namun tetap sahaja matanya memandang Jeongwoo. Aura Jeongwoo sekarang terlalu menakutkan untuk Haruto yang tahap keberaniannya seperti semut.

Air mata Jeongwoo mula jatuh, setitik demi setitik. Sudah tidak mampu dia untuk menahan air matanya itu. Sampai bila kau nak berdalih lagi, bisik hati kecilnya.

Penegak keadilan, walaupun hidup aku yang sendu ni tak ada siapa yang tegakkan.

Pedih, hatinya pedih memikirkan kembali percakapannya dengan Haruto. Haruto hanya memandangnya dengan pandangan kosong, tidak mampu berkata apa-apa. Kini, perkara yang dia takuti telah berlaku. Malah pada hari jadi kawan baiknya itu.

Mak ayah aku nak aku dapat nombor satu, sebab duit yang diberi tu banyak, jadi lepas dapat tahu aku dapat tempat kedua diorang terus palau aku.

"Kenapa, kau tak pernah bagitahu aku tentang keluarga kau?", tanyanya lagi, dengan suara yang terketar-ketar, cuba menguatkan diri dari tamparan yang diterimanya ini. Tidak seperti tadi, Haruto kini hanya mendiamkan dirinya. Dia tahu, kalau dia cakap apa-apa perkataan sekalipun, Jeongwoo tak akan percaya.

"Dan kenapa, kenapa? KENAPA?", muka Jeongwoo mula bertukar dari sedih kepada marah, seolah-olah sedang cuba menidakkan realiti. 'Kenapa', perkataan yang paling Jeongwoo benci. Dicampaknya gambar yang diambil dari bilik fotografi sebentar tadi, betul-betul di depan Haruto.

"KENAPA KAU TAK BAGITAHU AKU, KAU TU SEBENARNYA DAH TAK ADA?"

Sakit weyh, jatuh dari sini.

Gambar yang Jeongwoo campak ditatap Haruto lama. Cantik, memang cantik. Di gambar itu, yang merupakan gambar permandangan di atas rooftop tempat mereka berada, tertulis nama yang amat dikenali oleh semua orang.

Watanabe Haruto
Tempat kedua

╚══ ≪ °❈° ≫ ══╝

Together | p.jeongwooDonde viven las historias. Descúbrelo ahora