s s w 0

6 2 0
                                    

"Hujan? Sama macam kali pertama aku jumpa dia" sekali lagi dia tersenyum bila teringat kejadian malam itu.

"Apa mungkin hanya aku yang merindukan dia. Mungkin.." yima menutup matanya sambil perlahan-lahan menunduk, mengetatkan lagi pelukkan pada lututnya.

Satu kesalahan nyata Yima saat ini ialah berharap beban yang ditanggung boleh hilang dalam sekelip mata. Maaf Yima, kehidupan tidak bekerja begitu.

Yima mengangkat wajahnya melihat siapakah gerangan si dia yang menyarungkan hoodie kepadanya. Seorang lelaki mengambil tempat di sebelah sana menjadikan seesaw itu stabil.

Lelaki itu langsung tidak memandang yima. Air mata menitis sesaat dia menukar pandangan. Dunia bagai terhenti, tidak. Yima mahukan dunia berhenti sekarang, cuma untuk sekarang. Tolonglah.

Lelaki yang membuat jiwa dan mental terasa sakit menahan kerinduan padanya. Malam itu menjadi saksi mereka kembali bersatu tetapi... demi tujuan apa pertemuan kali ini...?

"damn seesaw" yoongi

Hold up hold up
Are you there? I can't feel you anywhere
Hold up hold up
Never mind, I just wish I didn't care.

◇◇◇

"Kau datang?" Yima seolah olah tidak percaya dengan matanya sendiri. Itu Yoongi lelaki yang sangat dia rindui.

"Adakah kau sudah bahagia dengan Jeon?"

Yima smirk memandang langit. Dia biarkan pertanyaan yoongi berlalu tanpa jawapan. Biarkan angin membawanya.

"Kau rasa ini adil?" Giliran yima pula bertanya

Yoongi membalas sama mendiamkan diri. Yima menundukkan wajahnya dan mengeluh. Dia hampir sahaja jatuh disebabkan jongkang-jongket hilang keseimbangan bila orang di sana turun secara mengejut.

Yoongi berjalan menghampiri Yima. Jantungnya berdegup kencang menantikan apa yang bakal dilakukan Yoongi. Mata mereka tidak mahu melepaskan antara satu sama lain sampailah Yoongi sudah betul betul berdiri di hadapan Yima.

"Jadi isteri aku"

"Apa kau gila?"

"Aku penat. Aku mahu tamatkan semua ini"

"Jelas kita dah tamatkan apa lagi yang kau harapkan"

"Cuba buka mata kau. Adakah cara ini berkesan?"

Yima tidak boleh tipu dirinya masih memikirkan yoongi. Malah jauh dari kefahaman melupakan. Selama ini Yima cuma berpura-pura.

Berpura-pura tidak pernah ada apa apa hubungan dengan lelaki bernama yoongi.

"Apa kata kau?" Yoongi menghulurkan tangan

Yima teragak-agak untuk menyambut seruan itu. Ini terlalu cepat untuknya.

"Apa tawarannya?"

"Jika cara ini gagal. Aku tidak akan lagi mendekati kau. Dan kau akan aku bebaskan"

"Baiklah aku setuju" Mereka bersalaman

 seesaw II | myg ✓ Where stories live. Discover now