CH 1

226 8 0
                                    

Yunho mengeliat untuk menghilangkan rasa mengantuk. Jam loceng disebelah dipandang sepi. Jarum jam sedang menunjukkan bahawa sekarang sudah pukul 5:35 pagi. Haih, malasnya nak ke sekolah!

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan untuk tahun ketiganya di sekolah itu. Namun, sedikit pun dia tidak berasa gembira.

Hal ini kerana dia sering dibuli sepanjang tahun dia bersekolah di situ. Yunho pernah terfikir untuk berpindah tetapi, jika difikirkan semula, dengan ekonomi yang semakin meningkat, dia tidak akan mampu untuk mencari tempat tinggal yang murah.

Mahu atau tidak, dia harus tetap tinggal di sini memandangkan rumah ini adalah satu-satunya harta peninggalan arwah ibu untuknya.

Selain dari ekonomi yang tinggi, dia juga tak mampu untuk meninggalkan rumah itu kerana memori dia bersama ibunya sentiasa berlegar-legar di ruangan rumah tersebut.

Yunho mengeluh perlahan sebelum berkata sambil tersenyum nipis "Selamat hari ulang tahun kelahiran, ibu,"

Setelah itu, dia bangkit dari katilnya dan menuju ke arah bilik air yang terletak di tingkat bawah.

Selesai membersihkan diri, Yunho bersiap untuk ke sekolah. Dia mengambil basikalnya yang terletak di garaj rumah dan berbasikal ke sekolah.

Harap-harap tahun ini ada sesuatu yang berbeza.

...

Setibanya dia di sekolah, yunho mengunci basikalnya di tempat letak basikal. Dia kemudiannya bergegas ke kelas. Tak tegar dia menunggu lama di situ.

Buat masa sekarang, dia harus menyembunyikan diri daripada pembuli di sekolah itu.

...

Waktu rehat telah tiba. Yunho menunggu semua pelajar keluar ke kantin terlebih dahulu sebelum berlalu pergi ke bumbung sekolah. Sebungkus roti ban kacang merah dan sebotol air mineral sejuk menjadi santapannya waktu itu.

Dia duduk menikmati pemandangan langit biru sambil menjamah rotinya. Hembusan bayu lembut itu membuatkan dirinya terasa tenang.

Selesai mengalas perut, dia kembali ke kelas setelah loceng tamatnya waktu rehat berbunyi.

Satu kehairanan timbul di benak fikirannya. Mengapa sampai sekarang pun si pembulinya itu belum muncul?

...

Yunho menghabiskan masa dengan membaca di perpustakaan sekolah setelah tamatnya waktu persekolahan. Sekali-sekala fikirannya terganggu apabila teringatkan Mingi yang langsung tidak dilihatnya hari ini.

"Baguslah kalau dia dah bosan dengan aku," ujar Yunho pada diri sendiri. Dia menyambung pembacanya yang tergendala dengan senang hati.

Akhirnya, zaman persekolahannya akan ada serba sedikit kenangan manis. Itulah yang difikirkan oleh Yunho. Dia tersenyum memikirkan apabila dia dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.

...

Song's Mansion

"Tuan muda, bangunlah!" kejut pembantu rumah yang usianya dalam lingkungan 40an itu. Anak majikannya dipandang risau diselang-seli dengan jam loceng yang telah menunjukkan pukul 7 tepat.

"Ermmm... Lagi 5 minit, nanti Min bangun," ujar remaja itu seraya mengisyaratkan kepada pembantu rumah itu supaya keluar.

"Tapi Tuan Muda... Sekarang sudah hampir waktunya untuk meeting yang telah ditetapkan oleh-,"

"-Oh, shit! Kenapa makcik tak bangunkan Min awal tadi?! Oh no, papa mesti marah nanti!" dengan itu, Mingi segera bangun dan meluru ke arah bilik air.

Si pembantu rumah itu sekadar menggelengkan kepala sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Sebelum itu, dia sempat menyediakan pakaian untuk anak majikannya itu.

...

Mingi yang lengkap berpakaian formal memandu ke tempat kerja ayahnya. Hari ini adalah hari pertama latihannya untuk belajar tentang selok-belok perniagaan yang diusahakan oleh ayahnya.

Sebagai seorang pewaris, dia perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam situasi-situasi tertentu dan perlu tahu apakah yang bakal diuruskan olehnya nanti.

Mingi mengeluh mengingatkan tempoh praktikal yang perlu dijalankan olehnya. Jauh disudut hatinya, dia ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh si mangsa bulinya, Yunho.

'I will get back at you, Yunho... Enjoy your sweet time now,' monolognya dengan satu senyuman yang terukir dibibir.

TBC

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now