CH 09

108 4 3
                                    

Mingi meneliti rantai loket yang diambil dari Yunho. Hasil rentapannya tadi, pencangkuk rantai itu telah rosak. Dia melihat pula loket hati yang bermotifkan flora dan membaca ukiran bait patah perkataan yang terdapat pada belakang hati tersebut.

"My... dearest treasure," bisik Mingi perlahan, membaca tulisan tersebut.

Dia kemudiannya membuka loket hati tersebut. Terdapat sekeping gambar kecil seorang wanita dalam lingkungan usia 20an ke 30an dan seorang bayi yang terlihat seperti baru saja dilahirkan di dalam dakapannya.

Mingi merenung gambar itu lama. Senyuman keibuan pada wajah wanita itu ketika melihat wajah si bayi mengingatkannya akan seseorang yang tidak pernah wujud dalam hidupnya... iaitu figura seorang ibu.

Semenjak dirinya dilahirkan, perempuan yang seharusnya bertanggungjawab untuk menjadi ibunya, lebih memilih untuk berusaha memajukan perniagaan berbanding untuk berkorban masa dan tenaga demi dirinya.

Genap umurnya menginjak 3 bulan, perempuan yang sepatutnya bergelar 'ibu' itu telah meninggalkan mahligai rumahtangga yang baru hendak dibina serta suami dan anaknya. Lenyap sekelip mata. Hilang tanpa berita.

Mingi genggam loket itu. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu yang tak pernah dia rasai. Dia ingin tahu perasaan dibelai dengan sentuhan hangat seorang ibu. Dia ingin rasa air tangan seorang ibu. Dia ingin dipandang dengan mata yang melihatnya dengan bangga setiap kali dia berjaya dalam sesuatu.

Dia inginkan seseorang yang akan sentiasa ada untuknya. Seseorang untuk membelai rambutnya ketika dia sedih dan kecewa atau hanya untuk bermanja-manja. Sungguh dia sangat menginginkan semua kehangatan itu...

Mingi memejamkan mata apabila merasakan seperti dirinya akan menangis. Dia terus menyimpan rantai itu ke dalam laci meja belajar. Setelah itu, dia bergegas turun apabila mendengar enjin kereta ayahnya memasuki perkarangan rumah.

Kelihatan ayahnya keluar dari kereta dengan seorang lelaki yang amat dikenalinya. Dia melambaikan tangan sekilas apabila mata mereka berdua bertembung yang dibalas dengan segaris senyuman.

"Kenapa hyung ikut papa balik?" Soal Mingi sebaik sahaja kedua-dua mereka melangkah masuk.

"Papa ada benda nak cakap dengan kamu dan Seonghwa. Oh by the way, papa singgah sekolah tadi. Ada cikgu bagitahu papa ada budak kelas kamu kematian ibu pagi tadi. Kamu kenal dia?"

Mingi sekadar menggeleng sebagai balasan. Dia langsung tidak mendengar apa-apa berita atau khabar angin tentang itu. Tuan Song sekadar mengangguk faham dan menghirup kopi yang telah dihidangkan oleh pembantu rumah.

"Jadi... Papa nak cakap pasal apa?"

Tuan Song berdiam diri buat seketika sebelum mengarahkan Seonghwa untuk memberikan satu slip kertas pada Mingi.

"Apa ni?"

"Itu jadual dan tugas yang kamu kena buat waktu praktikal nanti,"

"Praktikal? Maksud papa?"

"Lepas habis cuti penggal tahun ni, papa nak kamu internship terus kat syarikat papa selama 3 bulan tahun depan," ujar Tuan Song ringkas dan padat.

"Papa?! Mingi baru 17 tahun next year!"

"Yes, I'm aware. But that doesn't mean you can't learn something as simple as business managements at such age. I'll assign Seonghwa as your secretary but also as an eye for me. He'll report to me anything and everything I want to know and he's also in charge for giving you tasks," ujar Tuan Song yang teguh dengan keputusannya.

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now