CH 6

104 4 0
                                    

"...ho...,"

"...ho!"

"...unho!"

"Yunho!"

Matanya yang asyik merenung papan hitam itu serta-merta beralih tumpuan pada kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah kanan hadapannya. Wajah lelaki itu terpapar riak risau.

"Kau okey ke tak?" soalnya sambil meneliti tindak balas Yunho yang sepertinya agak perlahan hari ini.

"Hah..? Ah... Ya, saya... Okey...," jawabnya lambat-lambat. Anak hitam matanya kelihatan bergerak-gerak dengan pantas melihat ke arah papan hitam dan rakannya bersilih-ganti.

Jongho menggelengkan kepalanya melihat telatah Yunho yang kelihatan gementar dan menggigil.

"Orang buta pun takkan tertipulah kalau kau cakap macam tu kat dia dengan nada tu. Tambahan lagi aku yang ada penglihatan sempurna ni, memang sah aku nampak kau tak okey!" ujar Jongho sedikit angin mendengarkan jawapan Yunho.

Yunho tertunduk. Jari-jemarinya ligat menggentel sekeping kertas yang sudah lusuh akibat kelakuannya. Nafasnya ditarik berat apabila Jongho menarik kerusi lalu duduk di sebelahnya. Dia tahu dia harus berterus-terang pada Jongho atau lelaki itu akan terus bertanya tanpa henti.

"Sabtu lepas, partner tugasan saya ajak jumpa dekat syarikat dia buat internship. Saya tunggu dia dekat kafeteria tapi, saya tak sempat jumpa dia waktu tu. Saya tak ingat apa yang berlaku... Bila saya bangun, saya dah ada dekat dalam bilik pejabat dia. Mungkin trauma kena buli dengan dia dulu, saya automatik jadi gementar bila nampak dia depan-depan. Lagipun, kali terakhir kami jumpa adalah beberapa bulan yang lalu sebelum penutupan sekolah. Waktu tu, saya rasa takut sangat dan bila dia mendekat, saya terus berganjak jauh. Saya tak nampak apa yang terjadi tapi suara dia macam marah. Dia terus duduk di kerusi dia dan membelakangkan saya. Lepas tu, dia halau saya keluar. Saya takut... Kalau dia datang cari saya balik... Mesti lagi teruk dia layan saya lepas ni..., " terangnya panjang lebar. Perasaan risau, takut dan gementar bercampur-baur dalam dirinya.

Jongho memandang Yunho dengan simpati. Dalam hatinya terdetik rasa kesal kerana menjadi seseorang yang langsung tak mengambil tahu hal sekitarnya. Dia dan Yunho mungkin boleh bertemu lebih awal kalau dia lebih peka dengan orang sekeliling.

Jongho mengeluh perlahan. Sebungkus roti kegemaran Yunho diletakkan atas tapak tangan Yunho lalu digenggam erat seolah-olah ingin memberinya sokongan dan semangat.

"Yunho... Mulai hari ni, aku akan jaga kau. Apa-apa masalah yang kau hadapi, kau datang je kat aku. Tak kiralah kalau kau nak jalan penyelesaian, atau sekadar telinga untuk mendengar, cari aku. Aku akan cuba buat tahun terakhir kau kat sini, lebih baik dari sebelum ni," ujarnya dengan mata yang berlinangan.

Yunho yang terharu lantas menarik Jongho ke dalam pelukannya. Tanpa disedari, air matanya jatuh apabila memikirkan dirinya tidak lagi berseorangan dalam dunia ini.

Jongho melepaskan pelukan. Bahu Yunho ditepuk perlahan. "Dah, tak mau sedih sedih. Jom makan. Nanti rehat habis, kebuluran pulak kau,"

Yunho mengangguk lalu mengelap air matanya. Roti yang diberikan Jongho tadi dibuka lalu dimakannya dengan rasa gembira.

...

Song's Enterprise (meeting room)

"...dengan pembangunan ini, syarikat kita akan dapat meningkatkan.......,"

Butir bicara yang dibincangkan dalam bilik mesyuarat itu tenggelam timbul ditelinga Mingi. Dia langsung tidak dapat mengfokuskan mindanya apabila bayangan Yunho asyik muncul dibenak fikirannya.

Beberapa kali sisinya disenggol oleh setiausaha merangkap pengawal peribadinya, Seonghwa, seorang lelaki yang serius dengan kerja dan sangat handal mengendalikan senjata api. Auranya sahaja mampu membuatkan orang lain kecut perut untuk mendekatinya.

Namun Mingi, dia langsung tidak menghiraukan tentang itu. Ini kerana mereka berdua dibesarkan bersama. Seonghwa bagaikan darah dagingnya sendiri. Senggolan dari Seonghwa membuatkan dia kembali ke realiti hanya untuk seketika waktu. Tidak lama kemudian, mindanya kembali dipenuhi oleh Yunho tanpa dia sedari.

"...Macam mana Mr. Song? Can we proceed with this proposal?" soal lelaki yang sedang membuat pembentangan ideanya tadi. Namun, Mingi langsung tidak memberikan tumpuan padanya tadi membuatkan dia tidak mampu untuk memberi komen yang relevan.

"Uh... Let me take a deeper look at this first. It seems like a good idea but I want to make sure it won't have any drawbacks," ujar Mingi dengan senyuman kecil seolah-olah dia benar-benar ingin mengkaji projek itu.

Lelaki tadi sekadar mengangguk faham dan kembali ke tempat duduknya. Mesyuarat itu diteruskan dan Mingi terpaksa fokus apabila menerima ugutan dari Seonghwa.

...

"Ugh... Sakitnya otak aku...," keluh Mingi sambil berjalan terhuyung-hayang ke arah bilik pejabatnya. Seonghwa menyusul dari belakang dengan membawa beberapa set kertas tentang idea-idea yang telah dibincangkan dalam bilik mesyuarat tadi. Dia ikut masuk ke dalam bilik itu setelah Mingi.

Mingi yang terbaring di sofa diabaikannya lalu meletakkan timbunan set kertas itu di atas meja kerja Mingi.

"You got work to do. Get up," arah Seonghwa dengan pandangan dingin.

"Aish... Hyung-,"

"Jangan panggil hyung dekat tempat kerja," potong Seonghwa. Mingi mengeluh buat sekian kalinya.

"Dear Mr. Park, let me off the hook for once. Pleaaase?" ujar Mingi. 'Please' itu sengaja dileretkan panjang. Kini giliran Seonghwa pulak mengeluh.

"15 minit. After that, no more lazying around,"

Mingi tersenyum kemenangan lalu matanya ditutupkan sebentar. Berdenyut bebola matanya setelah memandang ke arah skrin projektor selama 3 jam. Seonghwa sekadar menggelengkan kepala lalu mengalihkan perhatiannya pada tablet di tangan. Dia menyemak dokumen-dokumen penting yang harus Mingi kaji nanti.

...
The evening in cyber cafe

Yunho kini sedang melayari Internet di kafe siber. Dia harus menyiapkan tugasan kerja sebelum tarikh hantar mendekat. Yunho sememangnya tidak suka menangguh kerjanya kerana dia memerlukan ruangan masa yang banyak untuk membuat kerja sambilan.

Ya, Yunho bekerja untuk menampung kos sara hidupnya. Memandangkan dia masih berumur 17 tahun, dia hanya mampu untuk bekerja sebagai pembantu sementara di kedai makan dan kadangkala mengambil upah untuk mengasuh anak kecil jiran-jirannya.

Nasi dan telur adalah makanan mewah baginya kerana dia hanya dapat membeli ramen untuk makanan hariannya. Namun dia bersyukur dan amat terharu dengan beberapa jiran yang rapat dengan arwah ibunya kerana mereka akan sesekali menghantarnya sedikit makanan.

Sedang Yunho menyiapkan tugasannya, telefon bimbitnya berdenting menandakan ada mesej yang masuk.

MinKing:
I see you've forgotten about me:(

Yunho tersenyum kecil melihat mesej itu. Dia ketik untuk membalas.

Yuyuho:
Can't talk. I'm busy right now;]


MinKing:
You're cruel💔😿

Yuyuho:
I know❤️


Setelah itu, dia tidak mendapatkan apa-apa lagi balasan. Yunho ketawa sendiri lalu menyimpan telefonnya ke dalam beg sandang sebelum menyambung kerja yang tergendala tadi. Dia mempercepatkan proses penulisannya kerana dia harus bergegas ke tempat kerjanya pula selepas ini.

Satu mesej masuk tanpa disedarinya.

Ting!

Big Bully:
Jumpa aku petang esok dekat perhentian bas sekolah.






















TBC...

What's Wrong With The Bully? MinYun {YunGi} Where stories live. Discover now