LAA | #M. TEASER

120 7 0
                                    

#moreteaser

"Ermm... tapi awak bukan tak rela nak jaga sebab Nia, kan?" Humaira menyoal perlahan.

"Berburuk sangka dengan suami?" duga Rayyan. Wajah berkerut tidak senang apabila keputusannya diragui isteri.

Humaira mengucap panjang. Serba-salah dia rasakan kerana telah berburuk sangka dengan suami sendiri. Siapa dia hendak mempersoal apa yang ada di dalam hati lelaki itu? Dia tahu suaminya seorang lelaki yang baik, mengapa dia perlu meragui sikap sang suami?

"Maaf, hubby... saya minta maaf sebab saya dah berburuk sangka dengan awak. Saya teringatkan masa awak marah Aakeef peluk Nia. Saya ingatkan awak betul-betul tak suka Aakeef. Maaf..." Humaira mencapai kedua belah tangan suami lalu dikucup berkali-kali.

"Ermm... yalah. Saya maafkan. Saya faham perasaan isteri saya. Saya tahu niat isteri saya baik. Tapi, apapun percayakan juga suami awak ni. Apa yang saya buat bersebab. Saya tak nak ada masalah di kemudian hari. Faham?"

"Ya, faham. Terima kasih sebab sudi dengar dan berbincang dengan saya tentang Aakeef."

"Awak isteri saya, cinta. Masalah awak, masalah saya juga. Jangan letak beban tu dekat bahu awak seorang diri. Kongsi dengan saya ya." Rayyan ukir senyum yang mampu menenangkan perasaan isterinya.

Humaira ikut mencarik senyum buat tatapan suami.

"I love you..."

"I love you more..."

Lebaran Aidilfitri Airayyan | CERPEN E-BOOKWhere stories live. Discover now