ADAM HWANG; Prolog

22.8K 1.2K 55
                                    

OST; Stargazing by The Neighbourhood

"DAH kenapa lambat pick up aku, bang?" ujar Ammara tidak berpuas hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DAH kenapa lambat pick up aku, bang?" ujar Ammara tidak berpuas hati. Riak wajahnya terlihat monyok. Sudah seperti menelan biji limau kasturi. Bersama decitan sebal, dia terus menyelak dan menutup kuat pintu kereta Myvi milik Asad itu. Pak! Raket badminton terus dicampak ke tempat letak kaki. Ketika melihat ke tepi, tubuhnya itu terus terloncat kecil. Ada sosok sasa seorang jejaka kacak di sebelahnya. Oh, sahabat baik Asad juga ada di sini.

Adam Hwang.

Nama seindah rupanya. Berkacukan Melayu dan Korea. Curi-curi melihat, mata Ammara tertancap sejenak pada jari jemari Adam yang sudah berbalut itu. Oh, baru balik bertinju? Tak pelik, Adam dan Asad ini banyak menyertai latihan Mixed Martial Art. Boleh dikatakan, setiap petang. Al-maklumlah, ada kejuaraan yang dianjurkan oleh pihak kolej mereka.

"Maaf. Kereta banyak, jammed." Balas Asad acuh tidak acuh saja. Dia terlalu fokus pada pemanduan. Di sebelahnnya pula, ada Alajendro. Seronok betul bermain permainan Monopoly di iPhonenya.

"Monopoly ni bukannya Israel punya ke? Boikot la!" tempik Asad tiba-tiba.

"Huh, memekak. Kalau boikot, kenapa kau download juga?" bidas Alajendro sinis. Tidak suka apabila manusia menjerit di tepinya.

Terdiam terus Asad jadinya.

"Aku terlupa padam."

"Tipu la, bang! Mana ada jalan jammed. Kosong je tu!" sampuk Ammara memeranjatkan seisi manusia di situ.

"Aku tak pekak, dik. Ei, kira bertuahlah aku datang. Kalau tidak, nak je aku suruh balik naik bas tambang. Nasib kau baik, mama bebel suruh aku ambil. Sila bersyukur!" bebel Asad lalu mencampakkan tuala kecilnya ke wajah cemberut Ammara di belakang. Ammara tidak betah, bahu Asad itu terus dicubit-cubit penuh bisa. Busuknya tuala ni, bau peluh!

"Sakit, bodoh!"

Ammara dimaki?

"Cakap mama." Rajuk Ammara.

Sepi sejenak di situ.

"Ada match badminton ke?" soalan Adam itu terpacul jelas. Ammara terkejut. Dada sendiri terus diusap-usap perlahan. Setahunya, Adam ini jenis pendiam. Ei, buat terperanjat je. Dia menjawab soalan Adam itu laju.

"Ya, macam mana tahu?"

"Asad ada cakap. Menang?"

Ammara tarik riak wajah sedih.

"Tak... Ammara kalah."

"Kenapa kalah?" tanya Adam bernada polos. Dia menoleh perlahan ke arah Ammara. Fokusnya tumpah sempurna pada adik sahabat baiknya itu. Kecil dan comel saja. Anak mata coklat miliknya tertuju tepat di wajah jelita Ammara. Diamati lama dan tajam. Rambut depannya jatuh terjuntai di dahi. Ada senyuman manis di ulas bibirnya. Ammara ini berusia 18 tahun. Dan, dia pula tua empat tahun daripada Ammara.

Ammara terus melarikan wajahnya.

"Ammara nervous... sikit la. Sebab tu kut kalah?" tersekat-sekat suara Ammara itu terlepas. Kenapa ni? Eleh, macam tidak biasa pula. Adam ini selalu saja bermain-main di rumahnya. Malah, pernah bermalam. Adam Hwang ini sahabat terpaling akrab Asad. Ke mana-mana pun pasti berdua!

"Aik? Kenapa nervous? I not even there. Pelik." Balas Adam penuh makna. Ruas dahi Ammara terus berkerut seribu. "Maksud abang?"

"I wasn't there to be the reason to get nervous, Ammara Rafhanah." Bisik Adam perlahan lalu tersenyum nipis. Rona pipi Ammara itu serta-merta jadi panas dan merah. Sudah seperti tomato masak. Apa... Adam cakap ni?

"Eh? Melebih nampak, Adam? Tak payahlah nak usik adik akulah. Bawah umur tu budak!" marah Asad lantang. Dari tadi dia memerhati sikap Adam yang kian menjadi-jadi. Kalah ulat bulu. Tapi, dia percaya, Adam jenis tidak serius. Spesis mulut manis. Adam ini disukai ramai di kolej. Boleh dikatakan, buaya darat jaya. Mohon dijauhkanlah dari adik perempuannya itu.

"Sejak... sejak bila pula aku bawah umur?" balas Ammara tidak puas hati.

Ammara terus tertunduk malu.

Damn, smooth.

Menyedari akan rona pipi Ammara itu, Adam terus menyorokkan riak sukanya. Dia menelan tawanya sendiri. Haih... comel betul. Kalaulah dia ada adik perempuan? Mesti best!

Ammara rasa kekok. Lehernya disentuh dan diurut sendiri. Dup dap! Ish, kenapa lambat je kereta ni? Ada baik jika dia menaiki bas tadi.

Tanpa bicara, Adam menyuakan sebatang lolipop Chupa Chups berperisa Strawberry Cream. Ammara menoleh laju ke arah Adam bersama riak tanda tanya. Untuk dia? Lambat-lambat suaan itu disambut baik.

"Terima kasih, abang."

TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ADAM HWANGWhere stories live. Discover now