PROLOG

1.3K 102 12
                                    

"Hai Adelia!" Meeca Areyssa menegur aku. Diam. Dia kenal aku? Macam mana dia boleh syak ini aku sedangkan aku memakai mask kemudian memakai contact lens? Tambah lagi memakai tudung. Kalau Meeca Areyssa boleh mengenal aku, apatah lagi Airel? Rancangan aku dah gagal ke?

Tangan aku ditarik. Langkah aku mengikut Meeca Areyssa. Entah ke mana dia mahu bawa aku. Kami berhenti di hadapan sebuah bilik yang tidak jauh dari bilik kerja Airel. Pintu dibuka, aku masuk ke dalam bersama Meeca Areyssa. Terlopong aku dibuatnya. Lelaki yang duduk di atas kerusi itu memandang aku dengan pandangan sinis. Senyuman sengetnya menghiasi wajah.

Kanz sudah berada di sini? Dengan ini maka isytihar lah, rancangan aku gagal. Meeca Areyssa duduk di sebelah Daryl Kanz manakala aku melabuhkan punggung di hadapan mereka berdua. Bilik ini dah macam bilik soal siasat. Aku buka mask yang menutup separuh wajah ku. Contact lens aku keluarkan dari anak mata lalu letak ke dalam bekasnya semula.

"Kau nak apa, Kanz? Tak puas lagi ke seksa aku?"

"Aku seksa kau?" dia soal semula. Ini yang aku benci kalau bercakap dengan lelaki yang bernama Daryl Kanz!

"Adelia, jangan rosakkan rancangan Airel. Ini aje peluang kita untuk selamatkan Pak Hamid dan syarikat ni."

"Rancangan apa? Rancangan menggatal dengan perempuan tu? Itu rancangan bodoh namanya! Eh, aku bukan tunang atau girlfriend Airel. Aku isteri dia!" bidasku.

"Rancangan bodoh atau tak, kau tak perlu masuk campur, Adelia Velissa!"

Bukan Kanz, bukan Meeca Areyssa. Airel muncul dari belakang Kanz dan Meeca Areyssa. Kenapa aku tidak perasan kewujudan Airel di sini? Dia tak takut ke menyorong di sebalik tempat gelap tu? Kanz dan Meeca Areyssa melangkah keluar dari bilik, meninggalkan aku dan Airel berdua. Aku turut berdiri.

Kami merenung antara satu sama lain. Reungan tajam Airel melawan renungan tidak puas hati aku. Anak mata ku mengikut pergerakan Airel yang melangkah mendekati aku. Kini Airel betul-betul berdiri di hadapan aku. Aku rasa sedikit gentar namun aku buang perasaan itu.

"Princess? Fael? Too much Airel Nufael!" aku mulakan. Kalau bukan aku, siapa lagi? Airel? Tunggu esok subuh pun belum tentu dia mulakan perbualan sebegini.

"Jealous ya, sayang?"

Aku diam. Kenapa masa ini juga buat aku tergugat? Aku langsung tidak boleh kawal. Airel. Lelaki ini tahu bagaimana buat aku terdiam seribu bahasa. Dia senyum senget melihat aku terdiam. Aku menghembuskan nafas perlahan. Aku tolak semua perasaan itu.

"Ini ke kerja yang awak maksudkan, Airel?"

"Airel? Siapa benarkan awak panggil saya, Airel?"

"Sudahlah Airel! Lepas aje majlis, awak terus pergi tanpa cakap sepatah pun dengan saya! Apa yang awak nak sebenarnya? Awak muncul kemudian pujuk saya dengan kata-kata manis awak. Lepas itu pergi menghilang macam saya tiada perasaan! Susah sangat ke untuk awak kekal di sisi saya saat saya betul-betulkan perlukan awak?" luah aku.

Air mata mula bergenang. Airel diam. Dia terus merenungku tanpa keluar sepatah pun perkataan dari mulutnya. Dia mungkin mahu beri aku ruang untuk luahkan segala rasa yang aku pendam. Aku ambil nafas sedalamnya.

"Bukan macam ni, Airel. Saya, saya tak boleh terima cara macam ni. Saya terseksa seorang diri semasa jaga emak sehinggalah emak hembus nafas terakhir. Saya hanya perlukan awak. Itu aje yang saya minta. Hati seorang isteri mana tak kecewa bila suami dia hilangkan diri kemudian muncul dengan perempuan lain? Tak kisah lah rancangan atau tak tapi saya tak boleh terima semua tu, Airel! Tolonglah faham saya juga."

Air mata aku mengalir.

"Awak kejam, Airel Nufael. Selama ini saya dikaburi dengan kata-kata manis awak. Doktor Luqman betul dan sepatutnya saya dengar cakap dia. Saya tak bersedia dan langsung tak nak bersedia untuk nak hadap semua ni."

"Kenapa libatkan jantan gila tu pula, Adelia? Vel tahu kan Rel tak suka dia!" tegas nada Airel bersuara.

"Sebab dia orang pertama yang cakap pasal awak! Dia orang yang pertama beritahu siapa awak, dia orang pertama yang soal sama ada saya bersedia dengan awak ataupun tidak!" balas aku.

Jelas riak wajahnya tidak puas hati dengan jawapan aku. Rahangnya mengetap kuat menahan diri dari marah aku. Aku mengeluh perlahan lalu mengesat air mata. Buang masa sahaja aku di sini. Tiada apa aku boleh buat selain mengalah. Mengalah, itu sahaja yang aku mampu buat.

"Saya nak balik." Selepas itu aku melangkah pergi keluar dari bilik. Biarlah orang pandang aku pelik pun, aku berjalan tanpa hiraukan sesiapa.

Air mata aku kembali mengalir ketika aku memandu. Kedua tangan menggenggam kuat stereng kereta. Sesungguhnya aku benar-benar rasa kecewa. Riak wajah Airel langsung tidak menunjukkan rasa bersalah lagi buatkan hati aku sakit. Aku belum bersedia untuk hadap semua ini.

Kenapa mesti kawan yang aku rapat? Kenapa mesti Syasya? Aku tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan sakit nya hati aku melihat Syasya memeluk lengan Airel dan Airel langsung tidak mengelak malah boleh memanggil Syasya dengan panggilan istimewa buat aku. Tidak mampu aku tanggung semua sakit ini. Namun ini lah realiti. Aku kena lalui semua ini.

Aku mencapai telefon lalu membuat panggilan bersama Rabella. Aku perlukan dia. Seperti yang aku jangka, sebaik sahaja Rabella jawab panggilan, mesti aku diserang dengan pelbagai soalan. Nada marahnya berubah menjadi risau kerana mendengar tangisan aku. Aku beritahu hasrat yang aku mahu berjumpa dengannya dan Rabella terus bersetuju.

Tindakan aku untuk letakkan telefon dalam beg tangan terhenti apabila telefon berdering. Aku melihat nama Airel yang tertera. Aku mencampak telefon ke tempat duduk di sebelah pemandu. Aku mahu biar telefon itu berdering sehinggalah Airel putus asa tetapi lelaki itu langsung tidak mahu berhenti membuat panggilan. Aku mengesat air mata dan mencapai telefon.

Panggilan daripada Airel aku jawab. Aku diam begitu juga Airel. Dalam situasi itu, aku mengemam bibir supaya tangisan aku tidak didengari. Aku tidak mahu dia buat kerja gila mencari aku dan memastikan aku selamat. Tapi aku yakin itu tak akan terjadi sekarang ini. Air mata langsung tiada tanda mahu berhenti. Ia terus mengalir. Baru sahaja aku mahu menamatkan panggilan, Airel bersuara.

"I want to hear your voice, princess."

Diam.

"Say something, sayang."

Makin lebat air mata aku mengalir. Kuat aku mengemam bibir. Aku dengar Airel mengeluh.

"We need to talk, Adelia Velissa."

"Not now." Lalu aku menamatkan panggilan. Tidak sanggup aku teruskan. Kenapa aku lemah? Aku terlalu lemah. Mudah dibuai dengan kata manisnya sehingga aku berada dalam situasi macam ni. Sungguh aku tidak kuat. Aku perlu ketenangan sebelum bertemu dengan Airel sekali lagi. Emosi aku tidak boleh dikawal. Aku perlukan Rabella di sisi.

MA PRINCESSE [ EBOOK ]Where stories live. Discover now