SPECIAL CHAPTER

435 40 3
                                    

SEPERTI biasa di pagi hari, sebelum buat apa-apa aku akan menggeliat kemudin teguling-guling di atas katil. Airel sudah pun membersihkan diri sebelum pergi ke kerja. Manakala aku isterinya yang cantik lagikan comel ini hanya akan mengelamun dan terbongkang di atas katil sambil menunggunya. Telefon yang berdering aku capai.

Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi buta ni? Aku sibuk nak mengelamun tahu tak? Keningku berkerut melihat nama Rabella tertera pada skrin telefon. Kenapa pula di ni? Pagi-pagi buta ni call aku, dah tak betul agaknya. Lama merenung skrin telefon, aku menjawab panggilan lalu bawa telefon ke telinga.

Serentak itu juga, Airel keluar dari bilik air. Terkaku aku di situ. Ya Allah, indahnya ciptaan mu. Aku ni dah terkaku di sini, dia boleh tambah dengan menyebak rambutnya. Makin masyaAllah. Tak cukup itu, dia tersengih manis ke arahku. Aduh, tergugat hati aku. Rasa nak terbang! Jeritan Rabella menyentakkanku. Kali ini, aku kena berterima kasih kepadanya kerana menyedarkanku.

Telinga mendengar kata-kata Rabella, mata memerhati gerakan Airel yang sedang membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Memang suami aku ni buat apa pun handsome ke? Rasa macam nak kahwin buat kali kedua pula. Sekali lagi, jeritan Rabella membawa aku ke dunia realiti. Maklumlah tadi aku dalam dunia lamunan. Aku hanya mengiyakan segala apa yang Rabella cakap. Tak apa biarkan dia. Nanti pandai-andailah aku tanya semula.

Airel menghampiriku. Entah apa dia buat lama-lama di hadapan cermin, sudahnya rambut Airel tetap tidak terurus. Biarlah tidak terurus pun, janji handsome! Aku dan Rabella menamatkan panggilan lalu aku campak jauh-jauh telefon dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada Airel. Gedik betul aku ni. Tapi bukan Adelia Velissa lah kalau tidak gedik.

"Yang tenung Rel macam tak jumpa 10 tahun ni dah kenapa?" 

Aku tarik muka. 

"Takkan lah nak tenung suami sendiri pun tak boleh? Tak boleh ke?"

"Boleh sayang. Nak tenung saya sepanjang hari pun boleh."

Tersengih terus aku dibuatnya. Aku dekatkan diri dengan Airel.

"Betul boleh ni?"

"Jangan nak mengada ya cantik!"

Aku tersengih lagi. Perut berbunyi menyuruh aku makan. Maka mulalah kakiku terasa berat mahu melangkah untuk buat makanan sebagai sarapan. Aku pandang Airel. Senyuman lebar aku tunjukkan kepada Airel yang memandangku dengan pandangan pelik. Selepas itu, dia senyum senget. Pasti dia sudah tahu apa yang aku inginkan.

"Laparlah Rel..." rengekku manja. Selagi ada peluang, kita kena lah ambil kesempatan kan? Sambil aku merengek tadi, lengan Airel aku rangkul. Baru lah betul ambil kesempatan. Airel memandangku. Mungkin tengah mentafsir sama ada aku tengah mengada ke tengah malas. Biarpun tiada soalan tetapi jawapannya dua-dua.

"Dah pergi bersiap, kita sarapan dekat luar."

Laju aku menggeleng tidak mahu. Ingatkan faham rupanya tak faham. Aduh, susah lah kena cakap terus terang ni. Dia ingat perempuan suka ke cakap terus terang. Kita kena cakap berlapit baru lah betul. Ish, ish, ish!

"Tadi, awak kata lapar lepastu ajak keluar makan, dia geleng pula."

"Saya memang lapar tapi saya nak awak yang masak lah Rel..."

"Tapi saya tak nak masak untuk awak,"

"Ha tak apa lah kalau macam tu, saya berlapar je sepanjang hari ni! Dah cau, nak masuk bilik air. You berambus!" ujarku. Kasar aku menarik tuala dari amapaian dan masuk ke dalam bilik. Sempat juga lah aku menjeling Airel yang memerhatikanku bersama sengihan. Wah, aku tengah merajuk dengan dia, mamat tu boleh sengih je? 

Aku goncang anak dia ni baru tahu. Nasib kecil lagi perut ni, kalau tak aku goncang perut aku depan dia. Mahu dia demam sepuluh hari sepuluh malam. Aku dengar pintu bilik ditutup. Dia keluar lah tu. Biar lah! Lepas ini, aku tampal oppa korea je dekat dinding. Airel Nufael dah boleh berambus! Marah ni marah! 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MA PRINCESSE [ EBOOK ]Where stories live. Discover now