PROLOG

15 2 0
                                    

Sebuah kebenaran yang sudah lama dia ketahui, dia nafikan. Rambut hitam kemerahannya beralun ditiup angin sepoi. Dari iris mata merahnya, dia menghadam segala pemandangan indah atas bukit sepuasnya.

Perasaan yang menyerang lubuk hati masih tidak dapat dibuang. Disanalah ia menghantui siang malam....

Sehinggalah satu tangan menepuk perlahan bahu kanannya lalu turut sama duduk disebelahnya.

"Dion." lembut, perlahan dan sopan. Dia kenal sangat akan pemilik nada yang sentiasa setia berada di sisi tika susah dan senang. Sentiasa memberi semua perhatian. Dia sayang akan pemilik nada itu lebih dari segalanya. Tetapi, disebabkan sebuah kebenaran jugalah menghancurkan segalanya. Dia nafikan, tidak terima, dan tidak akan lupakan.

Mata merahnya perlahan-lahan memandang figura di sebelahnya. Beberapa titis air mata sudah jatuh memeranjatkan figura tersebut. Lantas tangan dibawa usap air mata daripada membasahi pipi mulus lelaki bermata merah itu.

"Kenapa ni?"

Makin deras air mata yang mengalir memaksa figura itu menarik lalu memeluk dengan erat lelaki itu.

"Hey..."

Segala kesedihan, kesakitan yang terpendam dihamburkan sehabis-habisnya bersama esakan tangisan yang nampaknya tiada penghabisan.

"Aku sayangkan kau sangat-sangat..... tapi..."

Figura itu mengusap belakang badan lelaki bermata merah itu dengan penuh lemah lembut. Senyuman nipis tercalit di bibir.

"Ya... aku tahu aku tahu. Aku dah lama tahu."

Bagaikan sebuah sesi luahan. Dia menghamburkan segalanya sebelum terlambat walaupun ia sudah terlambat.

"Aku sayangkan kau..... Aku sayang sangat-sangat.... Aku cintakan kau... Sebab itulah aku merayu.... Aku nak minta maaf... Aku patutnya cakap ni dari awal yang aku sayang cintakan kau lebih dari apapun. Aku tak nak lagi ada penyesalan. Aku takut tapi aku kena.... cakap..."

Dia takut tetapi itu bukanlah hak dia untuk menahan. Lebih dari apapun dialah mutiara dasar lautan yang sangat berharga.

"Aku cintakan kau..."

Di sebalik pohon, lelaki berambut blonde bermata biru laut, hanya mampu terdiam menyaksikan peristiwa di depannya yang menikam satu persatu pisau di hatinya. Mahu sahaja dia berlari mendakap tubuh kecil itu tetapi apakan daya, dia bukanlah siapa-siapa untuk lelaki bermata merah itu melainkan hanyalah seorang abang.

Abang yang sayangkan adiknya.

4OUR (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now