BAB 1

10 1 0
                                    

"AHHHHHHHH!!!! MAMAAAA SAKITTT!!!" bergema suara dua budak lelaki 12 dan 11 tahun kesakitan dek dipulas telinga oleh Madam Riena. Sementara itu, Dion dan Mil hanya berdiri dari jauh sahaja memerhati kedua-dua abang angkat mereka dihukum. Dion tanpa suara memandang lukisannya yang sudah habis dicorak tapak kaki coklat. Entah berapa jam dia perlu sempurnakan lukisan itu pada akhirnya rosak begitu sahaja.

Mil pula merenung kotak pensil kainnya yang belum selesai dijahit corak bunga tulip. Susah-susah dia dengan teliti menjahit supaya nampak menarik dengan aneka warna, bertekstur gebu lembut, tiada kecacatan mahupun kesilapan tetapi dengan sekelip mata sahaja segala-galanya hancur disebabkan oleh Al dan Rian, kedua abang angkatnya.

"Hmmm memang padan lah tu. Kalau boleh aku nak mama biar pulas sampai terputus telinga tu. Tau nak buat masalah je." omel Mil dengan mulut mungilnya.

"Maafkan kitorang mah. Kitorang tak sengaja pun sebenarnya. Kitorang main je pun.... Maahhhhh....." Al merayu dengan menekapkan kedua-dua belah tapak tangan lalu dirapatkan ke dada meminta belas kasihan dari Madam Riena tetapi bukannya wanita itu tidak kenal dengan perangai mereka berdua. Sekarang cakap, petang atau malamnya tu buat balik.

Rian sudah pasrah. Apa jadi, jadilah. Dia sedar memang salah dia dengan Al. Kalau sahaja mereka tidak memaksa Dion dan Mil  ikut sama-sama main kejar-kejar, tidaklah mereka terlebih teruja bermain di kawasan tenang Dion dan Mil sehingga menyebabkan lukisan dan jahitan bunga tulip hancur, "Minta maaf, mama...."

Madam Riena mengeluh lalu melepaskan tangannya dari terus memulas telinga anaknya yang sudah memerah itu. Dahi diurut perlahan. "Bukan nak minta maaf ngan mama... tuh dua orang adik kamu kata sana."

Dengan perasaan yang serba salah bersama personaliti yang tiba-tiba berubah menjadi pesalah bersopan datang menuju ke arah Dion dan juga Mil.

"Korang.... kami nak--"

"Dah shht." Mil menyekat. "Kamu berdua tahu aku tak suka hanya dengar perkataan 'maaf' kan?"

Angguk serentak.

"Jadi malam ni aku nak korang yang masak makan malam. Bukan makan malam je, semua tugas aku mula dari petang ni sampai lah ke malam kamu berdua yang buat." sambungnya sambil berpeluk tubuh. Walaupun baru berumur 11 tahun tetapi bebelnya jangan lawan. Ini mesti waris dari Madam Riena.

'Tch! Patutnya dihancurkan sampai dah tak ada rupa aku buat kat bunga tulip tu.' sempat lagi Al mengumpat dalam hati.

Dion, budak lelaki berumur 10 tahun paling muda antara mereka tidak mengeluarkan sepatah kata. Jaket kain(kardigan) dan selendang putih pudar yang sentiasa terlilit di lehernya diperkemaskan. Kertas lukisan serta alat lukisan dibawanya lalu dia bergegas balik ke rumah. Rian tanpa dipinta terus mengejar Dion dari belakang.

"Dia marah tuh weyh." Mil sengaja mencetuskan serba salah Al. "Aduhhh aku mana sengaja."

"Heh tak sengaja konon."

Al ke hulu ke hilir pening memikirkan cara mahu pujuk Dion. Mil memerhati sahaja pada akhirnya dia mengeluh. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Al sudah mencelah. "Mana Rian?" barulah budak perempuan itu mula meliarkan pandangannya. Tiada kelibat Rian kelihatan.

"Tak tahu. Dah kejar Dion kot."

Kedengaran nafas lega. "Haaa dia ok dah tu. Takyahlah risau."

Mil memandang Al tidak percaya. "Kau pasti?"

"Rian tu kot. Lek ah."

"Baiklah kalau kau cakap cam tu."

***

Rian merenung dari luar rumah kecil berdindingkan kayu itu kemudian dialihkan pandangan ke arah tingkap paling hujung sebelah kirinya. Dimana terletaknya bilik Dion, Rian dan Al.

4OUR (SLOW UPDATE)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora