018

15.5K 611 25
                                    

"Abe Hanz! "

Suara riang Saleha menarik perhatian Daniel dan Harriz. Terus riak wajah mereka berubah menyampah. Tergedik-gedik gadis itu berjalan ke arah mereka dengan senyuman lebar. Iyelah, jumpa encik crush tak berbalas dia.

Sempat Damia dijeling tajam sebelum mengalihkan perhatian nya pada Daniel.

"Leha ingat abe tak nak datang hehe tak sangka pulak abe datang! " ujar gadis itu dengan senyuman malu-malu. Harriz menjuih bibir menyampah.

"Huh.. yang kau terkepit-kepit dada tu apehal? Sakit dada? " tegur Harriz sinis. Dari tadi Saleha asyik merenyam serupa ulat bulu. Meremang bulu roma segala anak tekak jantan nya melihat gelagat gadis itu. Nak muntah!

"Diam lah jantan tak laku. " balas Saleha tidak puas hati. Buat malu aje! Menyampah betul lah dengan si Harriz ni! Ugh.

Harriz tercenggang sebentar. Jantan tak laku dia panggil aku? Wah. Ada jugak aku gilis kepala orang guna tayar lori ni karang! Fuh. Saleha dijeling menyampah sebelum membuang pandangan nya ke arah lain. Sakit mata aje pandang minah sewel ni! Huh.

Saleha mencebik perlahan sebelum tumpuan nya di fokus kan semula kepada Daniel. Lelaki itu awal-awal lagi sudah menghiraukan Saleha. Malas mahu layan.

"Abe Hanz! Leha sebenarnya.. nak bagitahu se- "

"Damia, kau nak makan tak? " Daniel laju mencantas ayat Saleha. Terdiam gadis itu apabila dirinya dihiraukan.

Damia terpinga-pinga dengan kelakuan Daniel. Wajah Saleha dan Daniel dipandang bersilih ganti. Tajam renungan Saleha diberikan kepadanya. Gulp! Seram.

"Uh.. enc- " ayat Damia terhenti apabila Daniel menjungkit kening seperti memberi amaran. Dahi ditepuk perlahan, lupa. Nasib baik tak tersebut perkataan 'encik' tu. Fuh!

"Daniel nak makan ke? " tanya gadis itu polos. Janggal pula rasa bila sebut nama lelaki itu.

Daniel tersenyum kecil mendengar suara gadis itu memanggil nama nya.

Comel! Aighhh.

Senyuman laju dimatikan sebelum lelaki itu berdehem kecil. Riak wajah dibeku kan, acah-acah macho. Heh! Wajah Damia dipandang dengan riak bersahaja sebelum mengangguk kepala.

"Nak. Jom. " balas Daniel singkat.

"Jom pergi mana? " tanya Damia dengan wajah blur. Daniel mendengus perlahan, sakit kepala layan soalan tak cerdik gadis itu.

"Pergi kubur. Nak tengok ada lauk apa kat situ. " balas Daniel geram sebelum melangkah pergi meninggalkan Damia terkebil-kebil.

"Eh, tunggulah saya! Awak! " terkedek-kedek gadis itu mengejar langkah Daniel yang sudah jauh ke hadapan. Dasar!

Merah wajah Saleha tatkala melihat kelibat Damia dan Daniel menghilang. Naik turun nafas gadis itu, geram. Sakit hati melihat Daniel melayan gadis itu lebih dari dirinya. Ah! Sial! Cemuh Saleha dalam hati.

Senyuman sinis diukir pada wajah Harriz. Mengekek lelaki itu ketawa di dalam hati melihat wajah cemberut Saleha. Jealous lah tu! Ekeke. Harriz menggeleng kepala perlahan sebelum mengalihkan pandangan nya kepada gadis itu.

"Kesian. " bisik Harriz sinis.

"Kau..! " tidak sempat Saleha menghabiskan ayat nya, Harriz sudah beredar pergi dengan tawa jahat nya.

"Ugh! Bodoh! " carut gadis itu sebelum berlalu pergi ke dapur.

Nek Ma di sebelah nya terpinga-pinga mendengar cemuhan gadis itu. Terkejut nek! Mencarut depan aku gitu aje. Hm anak muda zaman sekarang. Tsk tsk! Kepala digeleng perlahan dan pergi mencari makan. Lantak lah masalah orang muda, dia tidak mahu masuk campur.

Air oren yang dituang ke dalam gelas itu dipandang dengan senyuman sinis. Serbuk putih yang berada di dalam bekas kecil dituang ke dalam gelas itu sedikit. Saleha tersenyum puas sebelum menyimpan semula bekas kecil itu di dalam poket bajunya.

Tak apa. Lepas ni, Hanz akan jadi miliknya! Hanya Hanz untuk dia, bukan orang lain. Itulah apa yang ada di benak fikiran gadis itu.

Rambang mata Damia melihat pelbagai jenis makanan dessert yang terhidang. Meleleh air liur gini! Slurp. Daniel mengeluh perlahan sebelum menapak mendekati gadis itu.

"Lama lagi ke kau nak ambik makanan tu? Kebas kaki aku tunggu kau ni. " bebel Daniel serupa merengek. Damia mendengus perlahan sebelum menoleh ke arah lelaki itu.

"Siapa suruh encik tunggu? Pergilah duduk dengan Nek Ma sana. " balas Damia bersahaja. Tangan nya lincah mengambil sepotong kek coklat. Nampak sedap! Sheesh.

"Tsk. Bosan lah kau ni. " Daniel mencebik tidak puas hati apabila dirinya tidak dilayan. Fokus lah dekat kek tu! Heh.

Damia menggeleng kepala perlahan. Dia yang ajak aku ambik makanan, tengok-tengok aku je yang ambik. Bukan dia. Sembang je lebih mamat beku ni! Ee. Gerutu hati Damia geram. Beberapa biji kuih muih diletakkan ke dalam pinggan.

Daniel mengeluh bosan. Kiri kanan dipandang kosong. Harriz sudah lenyap ke mana pun dia tidak tahu.  Ada juga beberapa mata gadis yang memandang ke arah nya dengan senyuman malu-malu. Daniel hanya buat bodoh seperti biasa.

Tiba-tiba bahunya dicuit perlahan dari belakang. Daniel menoleh belakang hairan. Siapa pulak duk main cuit-cuit bahu ni? Cik ponti ke?

"Abe! Nah.. air untuk abe. " gelas air oren itu dihulurkan kepada Daniel. Saleha tersenyum manis melihat lelaki itu. Kacak sentiasa!

"Sejak bila aku mintak air? " tanya Daniel selamba.

Saleha terkaku sebentar mencari alasan. Aduh! Riak wajahnya dibetulkan semula dengan senyuman manis. Gelas dihulurkan kepada Daniel.

"Saja! Ambiklah. Penat Leha buatkan untuk abe.. " ujar Saleha dengan nada sendu. Mana tahu lelaki itu termakan pujukan nya!

"Haih.. yelah. " akhirnya Daniel mengalah dan mengambil gelas itu terpaksa. Rasa bersalah pula kalau tolak. Orang offer air je, apa salahnya? Saleha tersenyum lebar.

"Hehe minumlah! Leha nak masuk dalam kejap ye. " pinta gadis itu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Daniel hanya melihat Saleha masuk ke dalam dengan gembira. Gembira semacam minah tu. Dapat pakwe ke? Hm lantak lah. Bisik hati lelaki itu bersahaja. Air oren di tangan nya dipandang lama sebelum diteguk rakus. Haus!

"Hmm air biasa je. " bebel Daniel perlahan sambil membelek gelas yang sudah kosong itu.

"Encik! " panggil Damia yang sudah selesai memilih makanan. Akhirnya. Daniel tersengih senget.

"Habis dah? Aku ingat kau nak duduk sini sampai esok pagi. " perli Daniel dengan senyuman sinis.

"Tak adalah sampai esok pun, encik ni.. siapa yang beria ajak saya ambik makanan tadi? Encik jugak. Last-last saya aje yang ambik nya, encik tak ambik apa pun. Ha? " bidas Damia dengan bebelan maha guru nya. Daniel terdiam menerima bebelan gadis itu.

"Iyelah, tak payah nak bagi ceramah dekat sini. Jom. " balas Daniel pasrah. Sempat telinga nya dikorek dengan jari kelingking. Sakit telinga dengar bebelan Damia. Ceh!

"Ceh.. sejak bila pulak aku bagi ceramah? " gumam Damia perlahan dengan cebikan. Daniel dihadapan nya dipandang tajam.

Rasa nak cekik aje mamat beku ni! Ee! Gerutu hati Damia geram. Nasib baik tengah bawa kek coklat, kalau tak memang sudah dicekik nya si Daniel. Penting kan makanan, bestie! Bukan harapan! Tiber haha.

C | MR. DOMINANWhere stories live. Discover now