Bab 1: Not fair!

1.9K 145 14
                                    

.
.
.

"MEMANDANGKAN kita sudah di akhir semester dan dua minggu lagi akan menduduki final exam, saya dah hantar coursework mark kamu semua melalui WhatsApp. Saya beri masa 5 minit untuk cek semula jika saya ada tersilap kira."

Masing-masing kalut membuka telefon bimbit. Arahan Prof. Ahmad itu segera dilaksanakan dan dewan kuliah mula gamit dengan perbincangan sesama mereka. Ada yang tersenyum dan ada juga yang berwajah muram. Macam-macam ragam di antara para pelajar.

Fatini tidak terkecuali. Dia gamam sebentar melihatkan markahnya. Fail Excel yang menyenaraikan nombor ID dan markah kerja kursus setiap pelajar itu direnung tak percaya.

Dia yakin ada kesilapan!

"Saya agak berpuas hati dengan prestasi kamu semua. Puratanya, ramai antara kamu dapat coursework mark tinggi untuk subjek ini. Tapi, ada juga pelajar yang tak lepas separuh pun untuk 60% coursework mark. Itu pun disebabkan ada isu plagiat dalam individual project baru-baru ini..." Suara ceria Prof. Ahmad sedikit mengendur di hujung ayat.

"Sebarang rasa tak puas hati dengan keputusan saya, boleh jumpa saya selepas kelas ini tamat."

Terangkat wajah Fatini saat mendengarkan itu. Isu plagiat? Adakah pelajar yang dimaksudkan Prof. Ahmad tadi adalah dirinya?

Tak mungkin!

Dia tak pernah ada niat untuk plagiat hasil kerja sesiapa. Tetapi... melihatkan senarai nombor ID pelajar di dalam fail Excel itu, hanya dia yang tidak mencapai separuh daripada markah penuh.

Dugaan apakah lagi ini, ya Allah?

"Tini, coursework mark kau okey tak?" tegur Aqila dengan anak mata yang bersinar. Terlakar jelas di raut wajahnya yang dia sedang gembira.

Terkulat-kulat Fatini ingin menjawab. Riak wajah dipaksa untuk kekal bersahaja. Teragak-agak untuk berterus terang dengan sekeping hati yang sudah berderai kecewa. Namun, belum sempat dia ingin membalas, Aqila terlebih dahulu menyambung bicara.

"Aku dapat full mark, weh! Aku rasa macam mimpi!"

Jika tidak mengenangkan dirinya di mana, Aqila tidak akan teragak-agak untuk melompat teruja. Segala penat lelahnya berbayar dengan mendapat markah penuh.

Fatini memaksa senyuman. Cuba untuk bergembira buat sahabatnya walaupun terasa payah. Tetap terselit sedikit rasa tidak puas hati dengan kejayaan gadis itu.

Sejak daripada sekolah menengah sehingga ke universiti... hanya dia yang bernasib malang dalam pelajaran.

Sehinggakan kadang-kadang dia merasakan dunia sentiasa berpihak kepada Aqila. Apabila tiba gilirannya... semua terasa disumpah untuk mendapat yang buruk-buruk sahaja.

Dunia memang tidak pernah adil untuk dia!

"Oh... tahniah, Qila! Kau memang deserve dapat markah macam tu..." ujarnya pendek. Sekadar ingin menjaga hati sebelum tersenyum hambar. Ditepis pergi segala rasa iri yang bertandang di dalam hati dengan istighfar.

Terlalu larut dengan rasa cemburu, Fatini tak sedar yang hasad dengki itu perasaan yang membunuh jiwa. Aqila sahabat baiknya. Tidak sepatutnya dia merasakan begitu.

Perasan dengan perubahan suara Fatini, senyuman Aqila mengendur.

"Kau okey, Tini? Ada yang tak kena dengan markah kau?" soal Aqila penuh prihatin. Mereka berdua sudah berjanji tidak akan mengambil tahu markah masing-masing kecuali mereka sendiri terbuka hati untuk berkongsi.

Melihatkan kebisuaan Fatini, Aqila jadi serba salah.

"It's okay... kalau kau taknak kongsi dengan aku sekarang, jangan paksa. Aku akan tunggu—"

Khilaf SemalamTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang