Part 2

183 8 0
                                    

TIDAK lama selepas itu,kereta Ferrari berwarna merah terus berhenti disebuah rumah agam yang kelihatan cantik dan mewah.

"Signor Carl, il signor Carl John la sta aspettando nel parco.(Tuan Carl, Tuan Carl John sedang menunggu tuan di taman)"kata seorang pembantu peribadi Tuan Carl John yang baru keluar dari rumah agam itu.

Carl Rayyan hanya mengangguk.Kemudian,dia mengerling memandang Puth Switch di sebelahnya.

"Puoi andare, fammi vedere mio padre.(Awak boleh pergi, biar saya jumpa ayah saya)" kata Carl Rayyan.

Puth Switch hanya menundukkan kepala,"Si,Signore! (Baik, Tuan!)"

Carl Rayyan terus berjalan menuju ke taman,ingin berjumpa dengan ayahnya.

Sesampai sahaja di taman,Carl Rayyan mengukir senyuman manis.Dari jauh,dia ternampak ayahnya sedang duduk berehat sambil menghirup kopi kegemarannya.

"Papà.(Ayah.)"panggil Carl Rayyan.

Tuan Carl John menoleh ke belakang sambil tersenyum manis.Gembira dapat bertemu dengan anak kesayangannya.

"Carl! Lento indietro? (Carl! Lambat balik?)" soal Tuan Carl John,lembut.

Carl Rayyan hanya tersenyum manis.Sejujurnya,dia sangat menyanyangi ayahnya ini.Tuan Carl John merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal di Itali,malah dia juga mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.Impian dia sebelum dia menghembus nafas terakhir,dia mahu Carl Rayyan mengambil alih syarikatnya tapi dia berharap Carl Rayyan menerima hasratnya ini,suatu hari nanti.

"Ho incontrato il signor Jack.(Saya berjumpa dengan Tuan Jack.)"jawab Carl Rayyan sambil melabuhkan punggungnya di sebelah ayahnya.

"Signor Jack?Vuoi dire, Jack Fafranto? (Tuan Jack? Maksud kamu, Jack Fanfranto)"soal Tuan Carl John yang mengingatkan Tuan Jack iaitu musuh sekerjanya.Siap sebut nama penuh lagi.

Carl Rayyan hanya mengangguk.

"Perché l'hai incontrato? (Sebab kamu jumpa dia?)"

"Mi deve molto. (Dia banyak berhutang dengan saya)"

Tuan Carl John hanya mengangguk.
"Allora, ha pagato? (Jadi, dia bayar?)"

Carl Rayyan mengeleng."Non pagherà un centesimo. (Dia tak akan bayar satu sen pun.)"

"Quindi, cosa stai facendo? (Jadi apa yang kamu buat?)"

"Ho bruciato il suo unico amato tesoro.(Saya membakar satu-satunya harta kesayangannya.)"

Tuan Carl John hanya mengganguk tanda faham.Carl Rayyan makin lama semakin berani dan bijak.Dia bangga dengan satu-satunya anak bongsunya.

"Stai diventando più coraggioso, Carl. Spero che tu possa sostituirmi, un giorno.(Kamu semakin berani, Carl. Ayah harap kamu boleh gantikan tempat ayah, suatu hari nanti.)"kata Tuan Carl John, penuh makna.

Carl Rayyan tidak sedap hati mendengar kata-kata dari ayah kesayangannya itu.Seperti,ayahnya akan pergi dan tidak akan kembali lagi.

"Di cosa stai parlando? (Apa yang ayah cakap ni?)" soal Carl Rayyan,tidak senang.

"Voglio solo vederti prendere il controllo della mia azienda, Carl. (Ayah hanya mahu melihat kamu mengambil alih perniagaan ayah, Carl.)"

"Ma, padre, e il fratello?È più degno di me. (Tetapi, ayah, macam mana dengan abang? Dia lebih layak daripada saya.)"kata Carl Rayyan mengingatkan tentang abangnya itu.

"Papà sceglie solo te, Carl, solo tu lo meriti. (Ayah hanya memilih kamu, Carl, hanya kamu yang layak.)"

Carl Rayyan hanya mengeluh.Dia tidak mahu bergaduh dengan abangnya hanya kerana harta.Dia lebih selesa hidup seperti sekarang.

"Puoi seguire la parola di papà, Carl?(Kamu boleh ikut kata ayah, Carl?)"soal Tuan Carl John,penuh berharap.

Carl Rayyan mendiamkan diri seketika sebelum dia mengangguk untuk menjaga hati ayah kesayangannya.

"Va bene, papà. (Baik, ayah.)"jawab Carl Rayyan dengan perlahan.

Tuan Carl John hanya tersenyum lega.Dia tahu Carl Rayyan terpaksa berkata begitu untuk menjaga hatinya.Tetapi sekurang-kurangnya,Carl Rayyan sudah berjanji untuk mengambil alih syarikatnya,suatu hari nanti...

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now