Part 6

113 2 0
                                    

SUASANA di  Lapangan Terbang Leonardo da Vinci agak lenggang dengan manusia-manusia di negara Itali ini.Carl Rayyan sedang duduk di ruangan menunggu untuk menunggu gilirannya yang akan berlepas tidak lama lagi.

Puth Switch yang setia menanti tuannya itu hanya berdiri tegak di sebelah Carl Rayyan tanpa ada rasa ingin memulakan perbualan.

Carl Rayyan yang menyedari perubahan Puth Switch itu pantas dipandang oleh anak matanya.Puth Switch hanya memandang ke arah orang ramai tanpa langsung memandang wajahnya.

Sejujurnya,Puth Switch berasa sedih kerana terpaksa membiarkan tuannya pergi seorang diri di luar negara.Selalunya,dia akan sentiasa mengikuti Carl Rayyan walaupun terpaksa terbang ke luar negara bersama.

"Perché stai zitto? (Kenapa diam je?)" soal Carl Rayyan sambil memandang wajah Puth Switch.

"Non c'è niente che voglio dire.(Tak ada apa yang nak saya katakan.)"jawab Puth Switch dengan nada tegasnya.

Carl Rayyan hanya tersenyum pahit.Pasti Puth Switch marah padanya kerana dia akan ke luar negara seorang diri.

"Scusate.(Maaf.)"kata Carl Rayyan tiba-tiba.

Puth Switch terus memandang wajah Carl Rayyan yang sudah berubah sedih itu.Dia hanya memerhati wajah Carl Rayyan ingin mendengar lebih lanjut.

"Mi dispiace di non averti portato una volta.Prometto che tornerò il prima possibile.(Aku minta maaf aku tak bawa kau sekali.Aku janji aku akan kembali secepat mungkin.)"janji Carl Rayyan.

"Non spero sia tutto. (Saya tak berharap itu sahaja.)"kata Puth Switch.

"Cosa ti aspetti? (Apa yang kau harapkan?)"

"Spero che torni qui sano e salvo.(Saya harap tuan kembali ke sini dengan selamat.)"kata Puth Switch.

Carl Rayyan memandang jauh ke dalam anak mata Puth Switch, kemudian dia mengangguk dengan yakin.

"Prometto che tornerò sano e salvo.(Aku janji aku akan kembali dengan selamat.)"janji Carl Rayyan.

Puth Switch hanya mengangguk tanda faham.Mendengar pengumuman dari pihak lapangan terbang itu, membuatkan Carl Rayyan pantas bangun dari duduknya.

Dia menepuk lembut bahu pembantu peribadinya sambil tersenyum.Dia perlu pergi sekarang sebelum kapal terbang berlepas.

****

CARL Rayyan memerhati sekeliling mencari teksi yang perlu dia naiki.Ya,dia baru sahaja tiba di bumi Malaysia setelah berjam-jam dia berada di langit biru.

Sebaik sahaja Carl Rayyan keluar dari pintu utama KLIA itu,dia segera menahan sebuah teksi yang kebetulan baru menghantar seorang penumpang ke KLIA itu.Tanpa membuang masa,dia masuk ke dalam perut kereta setelah bagasinya di letakkan di dalam bonet kereta.

"Encik nak ke mana?"soal pak cik teksi itu.

"Portami a questo indirizzo. (Bawa saya ke alamat ini.)"tangan Carl Rayyan laju sahaja menyerahkan sehelai kertas kecil kepada pak cik teksi itu.Pak cik teksi itu menyambut dengan dahi yang berkerut.Apa budak lelaki ni cakap?Tak faham aku.Sempat pak cik teksi itu membebel.

"Oh... maksud encik,encik nak ke alamat ini ke?"mata tua pak cik teksi itu memandang tepat ke arah anak mata milik Carl Rayyan.

Kepala Carl Rayyan hanya mengangguk.Dalam hati dia mengutuk diri sendiri kerana terlepas cakap dalam bahasa asing dengan orang tua itu.Sudah tentulah pak cik itu tak faham apa yang dikatakan olehnya tadi.

Setelah melihat reaksi Carl Rayyan,kereta teksi itu terus meluncur laju meninggalkan KLIA.

****

"ERR...encik ni bukan orang Malaysia ke?"soal pak cik teksi itu.Manalah tahu penumpangnya ini tidak boleh berbahasa Melayu.Jenuh juga kalau nak kena jawab dalam bahasa English pula.

"Saya orang Malaysia.Tapi,saya tinggal di Itali"jawab Carl Rayyan,jujur.

"Oh...patutlah tadi kamu cakap bahasa pelik tu.Jadi, yang kamu cakap tu bahasa Italilah,ye?"mata pak cik teksi itu sesekali mengerling sedikit memandang penumpangnya menggunakan cermin pandang belakang.

"Ya.Itu bahasa Itali.Maaf sebab saya buat pak cik pelik tadi"

"Tak apa.Pak Cik faham.Jadi,dah berapa lama kamu tinggal di Itali?"

"25 tahun"

"25 tahun?Lamanya.Jadi...bukan sepatutnya dalam tempoh itu,kamu kena tukar negara?Bermakna,kamu dah jadi orang Italilah,ye?"ternyata pak cik teksi itu begitu kagum mendengar cerita Carl Rayyan.Ini kali pertama dia mendengar kisah seperti ini.

Carl Rayyan hanya mendiamkan diri.Mengangguk tidak mengeleng pun tidak.Biarlah,hanya itu sahaja yang boleh dia ceritakan.

Pak cik teksi itu kemudiannya mendiamkan diri setelah Carl Rayyan hanya membatukan diri.Mungkin pemuda itu tak mahu orang yang tidak dikenalinya mengetahui kisahnya.

Tidak lama selepas itu,kereta teksi itu berhenti di sebuah pintu utama apartment mewah itu.Setelah membayar tambang teksi,Carl Rayyan terus berjalan menuju ke arah pondok pengawal.Kelihatan pengawal keselamatan itu memandang wajah Carl Rayyan dengan pandangan hairan.

"Encik ni siapa,ye?Boleh saya tahu nama encik?"soal pengawal keselamatan itu.

"Nama saya,Rayyan Wildan"balas Carl Rayyan dengan serius.

Pengawal keselamatan itu lantas mencapai buku lotnya, kemudian helaian demi helaian di selaknya.Mencari nama yang baru disebut oleh Carl Rayyan.

"Oh...Encik Rayyan.Mari ikut saya,saya akan tunjukkan arah rumah encik"ajak pengawal keselamatan itu kemudian membuka langkah menuju ke pintu lif di dalam bangunan yang besar dan kelihatan mewah.Carl Rayyan hanya mengikut tanpa banyak soal.Bagasi miliknya ditolak mengiringi langkahnya.

"Ini tempatnya dan ini pula kunci rumah apartment ni"kata pengawal keselamatan itu sambil menyerahkan beberapa bentuk kunci kepada Carl Rayyan.Tangan Carl Rayyan menyambut kunci itu daripada tangan pengawal keselamatan.

Kepalanya mengangguk."Terima kasih"ucapnya sebelum pengawal keselamatan itu beredar dari situ.

Kepala Carl Rayyan berpaling memandang pintu rumahnya dengan lama.Dia menarik nafas dan melepaskan nafas dengan kuat sebelum anak kunci dimasukkan ke dalam mata kunci.

Setelah pintu dibuka,Carl Rayyan masuk ke dalam dan mencari suis lampu sebelum tangannya menutup pintu.

Serta-merta, keadaan rumahnya yang gelap menjadi terang-menerang kerana suis utama berjaya dibuka.Keadaan di rumah itu sangat kemas dan teratur.Segala perabot di dalam rumah itu kelihatan mewah dan cantik.Dia perlu berterima kasih kepada Puth Switch kerana menolongnya mencari rumah sementara waktu untuk menjadi tempat tinggalnya di bumi Malaysia ini.

"Mi manchi,Puth Switch. (Aku rindu kau,Puth Switch)"ujarnya seorang diri dengan perlahan.Senyuman kecil mula terbit di bibirnya.Sudah lama dia bekerjasama dengan Puth Switch,tetapi kini dia terpaksa berkerja seorang diri tanpa bantuan daripada Puth Switch lagi.

𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚: 𝐂𝐚𝐫𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 | OngoingWhere stories live. Discover now