Bab 14

134 8 4
                                    

Zaquan dalam perjalanannya hendak ke kelas. Langkah dia terhenti di pertengahan bila disergah oleh Amirah. Amirah ukirkan senyum paling manis, menyapa Zaquan yang begitu bergegas mahu ke kelas.

Goodmorning, awak! Awak ada kelas ea hari ini?” tanya Amirah.

Pandangan dia teralih pada beg hitam yang disandang Zaquan. Beberapa buku yang agak tebal ada di pegangan Zaquan. Dari pandangan Amirah, Zaquan nampak sibuk pada awal pagi.

“Ya.” Zaquan hanya balas sepatah.

Zaquan tidak mahu lewatkan masa. Dia hanya akan membuang masa jikalau bersembang dengan Amirah, perempuan yang satu ini memang jenis tidak tahu malu. Ada sahaja dia mahu menganggu.

“Kejap!” Amirah menahan.

Dia tayangkan senyum. Mesti ada agenda lain yang dia simpan untuk buat Zaquan bersembang dengan dia. Tetapi Zaquan tiada masa buat ini!

“Saya nak ajak awak makan malam bersama keluarga saya malam ini. Awak pergi eh.”

Amirah bersungguh mahu mengajak Zaquan bersama kerana dia sudah simpan niat mahu kenalkan Zaquan kepada ahli keluarganya. Zaquan bukanlah orang yang senang diajak.

“Maaf. Saya sibuk dan saya tak dapat pergi.” Zaquan memang terlihat sombong.

Langkah diorak semula beredar segera ke kelas.

Amirah hembuskan keluh yang panjang. Lelaki itu memang keras hati. Susah betul Amirah hendak luluhkan hati batu seperti Safrey Zaquan.

Tapi Amirah tidak kisah. Itu yang dia suka dengan Zaquan. Makin sombong dan makin menjauh diri Zaquan dia makin tercabar untuk mendekati.

- Zaquan meletakkan beg serta buku di atas meja. Dia membetulkan tali lehernya sebelum membuka buku yang kulit muka hadapan berwarna biru. Hari ini dia akan memulaikan pembelajaran dengan topik baharu.

“Prof!!!” panggil seorang pelajar.

Zaquan pandang ke hadapan. Pelajar yang memanggil dia itu mengangkat tangan, ada sesuatu mahu dia tanyakan kepada Zaquan.

Yes, speak up.” suruh Zaquan.

“Apa hubungan prof dengan Prof Amirah?”

Semua pelajar tampaknya benar-benar tertanya dengan hubungan di antara Zaquan dan Amirah. Mereka berdua terlihat rapat dan hubungan antara mereka membuat para pelajar terutamanya merasa curiga.

What kind of question you ask just now?” Zaquan tidak sangka kalau pelajar itu berani bertanya soalan peribadi.

“Prof bagitahu sajalah. Kami nak tahu!” semua pelajar yang ada di kelas itu mengiyakan. Mereka memang bersungguh-sungguh mahu tahu.

Daripada mereka semua stalker-stalking, baik mereka bertanya langsung kepada si empunya punya badan. Bukankah ini suatu hal yang lebih baik berbanding dengan cara yang lain? Walaupun terlihat biadab, mereka kena buat juga.

Zaquan hembuskan keluh.

Kenapa soalan sebegini diaju kepada dia? Agak berat untuk Zaquan cakap tetapi memandangkan mereka semua mahu tahu dia kena juga cakap terus-terang.

“Saya dengan Prof Amirah itu hanya kawan. Tiada hubungan yang lebih daripada itu.”

Wajah semua pelajar kelihatan bahagia mendengar jawapan Profesor Zaquan. Mereka tidak akan menyokong hubungan yang istimewa antara Zaquan dan Amirah. Pada mereka, Profesor Zaquan dianggap sebagai seorang abang.

“Baguslah, prof! Kami lega bila dengar!” jujurnya bila bercakap. Jujur bukan tidak baik tetapi terlampau jujur juga sedikit menyakitkan.

Zaquan kerutkan dahi.

KISAH CINTA DALAM DIAM ✅️Where stories live. Discover now