Ammar Zafdan

8 2 0
                                    

Ketukan di pintu menghentikan pergaduhan manja mereka. Masing-masing memandang sesama sendiri sambil membuat bahasa isyarat (bergaduh pula sape kena buka pintu 🤦).

"Am, buka pintu".

"Eh asal aku pulak? Kau lah. Aku dah nak dapat chicken ni".

Zayid mendengus keras namun kaki tetap melangkah membuka pintu biliknya. Dalam hati dia dah menyumpah seranah siapa la berani kacau malam-malam macam ni.

"Rai? Kau ada apa datang tengah malam ni?"

Tangan Ammar Zafdan yang rancak menghadap phone langsung terhenti apabila mendengar nama yang disebut Zayid. Dia terus berdiri. Dari belakang kawan gaduh dia ni, dia nampak Raisya yang menunduk dengan muka tengah tahan air mata.

"Aku... Aku nak jumpa Zaf."

Aish comel betul! Crush sape la tu.

"Dah tepi! Sambung ni sampai menang". Zaydan laju menolak badan kawannya ke tepi sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Zayid.

Raisya laju mengangkat kepala apabila mendengar suara lelaki yang buat dia tak lena malam ni.

"Raisya, dah lew-"

Kata-kata Zaydan terhenti apabila dia merasa lingkaran tangan kecil di pinggangnya. Dia terkedu. Speechless.

RAISYA. PELUK. DIA !

"Sorry." Perlahan suara gadis itu kedengaran di sebalik dada Zaydan.

"Saya tak patut tengking awak macam tu dekat kafe tadi. Sorry".

"Awak masih marahkan saya ke?", soalnya lagi apabila tiada jawapan dari sang jejaka.

Raisya mula mengangkat kepala dan menongkatkan dagunya di atas dada Zaydan. Kening dia jongketkan.

Zaydan tersenyum lebar. Tangannya menekup muka gadis comel dalam pelukannya. Dia menahan dirinya dari memuji betapa comelnya seorang Raisya Yusof. Tidak mahu kejadian petang tadi berulang kembali.

"Saya tak marahkan awak pun. Saya yang sepatutnya minta maaf. Sepatutnya saya terus berhenti bila awak cakap awak tak suka saya terus puji awak tapi nak buat macam mana aish awak ni com-- oh okay okay. Kurangkan pujian". Zaydan terus buat gaya menzipkan mulutnya apabila melihat renungan tajam Raisya. Tangannya naik mengusap rambut gadis kesayangannya.

"Thanks sebab faham saya".

"Sokay, anything for you", balas Zafdan sambil menarik tangan Raisya untuk masuk ke dalam biliknya. Sampai bila nak buat drama depan pintu ye dok?
Kawan tu pun dah pandang semacam.

Mereka melabuhkan duduk di atas katil Zafdan. Air yang berada atas meja Zafdan minum cuba hilangkan rasa yang bercampur aduk dalam dirinya.

"Zaf, saya nak tidur dengan awak malam ni".

Puffff!

Terus tersembur air yang diminum. Speechless kali kedua dia hari ni.

"Wah, aku tak sangka kau sedaring ni Rai, " komen Zayid. Ni first time dia tengok perangai Raisya macam ni walau dah kenal dekat 2 tahun.

"Diamlah!", balas Raisya dengan jelingan tajam.

Project Base Where stories live. Discover now