Karina Pt2 : Raif

3 1 0
                                    

"Hoi! Pandang macam nak telan".

Terangkat bahu Raif apabila aku terjah. Dari tadi lagi aku tengok dia perhatikan gadis berambut ungu selang 2 meja dari kami. Bukan setakat hari ni je, dah 3 bulan setiap hari jumaat je ajak aku datang Kafe Manis sebab nak usya awek. Dah berbuih mulut aku suruh dia tegur je minah tu tapi hm macam ni lah.

Susah betul kalau dah kawan jenis pemalu tahap jebon ni.

"Better make a move la bro. Sebelum dikebas orang", nasihatku lagi. Ni dah kali ke127 aku nasihatkan budak Raif, tapi macam ni la. Asyik pandang dari jauh je pastu balik mula la bising menyesal tak tegur la apa la. Nak je aku ketuk sampai kemek.

"Lagi okay macam ni daripada kena reject then tak boleh tengok dia dah". Suara lemau macam pulut basi dengan nada sedih macam Majalah 3. Muka tak payah cakap la, kalah orang mati bini.

"Ni la masalah kau ni! Asyik fikir negatif je. Kau tunggu jap, aku dah lama sabar". Aku bangkit dari kerusi dan kaki laju melangkah ke arah meja di hadapan. Panggilan Raif aku abaikan.

"Hai", tegurku sebaik tiba di hadapan crush Raif.

"Urm ya?"

"Kawan saya dekat depan sana minta nombor". Jari aku tunding ke arah Raif. Nampak lah muka flustered dia pastu laju-laju tunduk kepala pura-pura main phone.

Pandangan kembali ku arahkan kepada gadis di hadapan. Eh kenapa dia macam malu-malu pula?

"Ni prank ke?"

Hadeh, prank pula dah. Ingat aku ada banyak masa nak main-main?

"Haah, lambai tangan anda dekat kamera"

"Hah?!"

Aku jawab sarkastik tak sangka pula dia anggap serius. "Saya takde masa nak main-main."

Aku mengeluh perlahan. Gadis itu masih berdiam diri sambil bermain dengan tangannya.

Sign of nervous.

"Macam ni lah. Ni nombor kawan saya kalau awak berminat. Kalau tak, campaklah dalam tong sampah. Jangan sebar pula malu kawan saya nanti. Btw nama dia Raif. Umur 28 tahun. Hobi meman-". Belum sempat aku habiskan ayatku, lengan ku ditarik kasar keluar dari kafe tersebut. Siapa lagi kalau bukan my shy Raif yang tarik kan?

"Weh merahnya muka kau!", tegurku sebaik masuk ke dalam kereta.

" Kenapa kau pergi tegur dia? Siap bagi nombor phone aku lagi!"

"Oo kau... Kalau dia mesej ke call ke baru reti nak terima kasih dekat aku".

Raif hanya mencebihkan bibir. Yakin betul si gadis tak berminat dengannya.

Kau tunggu, Raif. Aku yakin yang dia akan call kau.

Project Base Where stories live. Discover now