30-

307 54 21
                                    

"Seungcheol, aku tak nak gaduh dengan kau.. kita tak patut bertekak macam ni.." Jisung cuba menenangkan Seungcheol.

"Tak boleh! Aku tahu kau ada niat tersembunyi kan?" Kata Seungcheol, masih tidak percaya.

"Weh tolong lah aku!" Jisung mencuit lengan Seungmin seraya membisik meminta pertolongan.

"Taik punya abang kau buat salah aku pulak kena?" Bantah Seungmin.

"Aku tak bersalah masalahnya.. dia ni cemburu buta ni. Tolonglah aku!" Seungmin menghela nafas berat. Menyusahkan betul dua orang tua di hadapannya ini.

"Erm bang, aku ni bukan sesiapalah tapi kalau kau nak tahu, abang aku ni tak jahat macam abuja walaupun muka dia kalau Annabelle tengok Annabelle pun boleh kena rasuk ni. Hodohnya tak berbincang." Seungmin tenang menjawab tanpa dia tahu Jisung cukup mahu mengurung adiknya di dalam tanah kubur.

"Tak boleh, susah aku nak percaya." Seungcheol memaling wajah ala-ala merajuk.

"Haih pakcik tua ni. Kau tahu abang aku nak kahwin kan?" Tanya Seungmin. Seungcheol menggangguk.

"Habis tu? Kau rasa yang abang aku sundal sangat nak isteri kau gitu?"

Zup! Deep habis kata-kata Seungmin membuatkan Seungcheol tercyduk.

"Aku mimpi malam tadi Jisung nak ambil isteri aku.." Jawab Seungcheol perlahan. Dia pun tak tahu entiti halus apa yang merasuki dia supaya menjejakkan kaki ke sini pada pukul 3 pagi.

"Sekarang kau dah percaya kan?" Tanya Seungmin lagi. Seungcheol menggangguk.

"Bagus, ni lah anjing yang baik." Seungmin mengusap kepala Seungcheol persis anjing dengan tuan, spontannya Seungcheol menjelirkan lidah dan berkelakuan seperti anjing yang  diusap tuan.

Jisung menghela nafas lega. Nyaris dia fikir harini merupakan hari terakhir dia hidup.

"Err tapi.. rumah aku jauh woo. Setengah jam jugak dari sini. Ada rumah sewa ke dekat-dekat sini?"  Tanya Seungcheol.

"Halah tidur jelah sini apa susah." Cadang Jisung dianggukki Seungmin. Seungmin mengatur langkah menunjukkan Seungcheol bilik yang boleh didiami sementara matahari masih belum munculkan sinarnya.

Sebagai abang yang baik, suci murni dan baik budi pekerti akhlaknya, Seungmin membuka pintu bilik Changbin.

"Haa ni bilik kau." Kata Seungmin dengan senyuman. Tanpa basi-basi terus Seungcheol memasuki bilik itu kerana dikawal mengantuk yang amat.

"Tidur dulu!" Seungcheol melompat atas katil sehinggakan Changbin menjerit terseksa dan ketakutan.

"ARGH HANTU POCONG KOREA! PERGI PERGI DAGING AKU TAK SEDAP HUWAAA SHUH SHUH PERGI MAKAN ABANG-ABANG AKU, AKU TAK PERLUKAN DIORANG!" Dan akhirnya, Changbin disahkan demam panas kerana Seungcheol.

Bak kata pepatah, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Disebabkan Seungcheol seorang, huru hara hidup Changbin seluruhnya.

•••

"Ma.." Panggil satu suara kecil. Jeonghan tersedar dari lamunannya.

"Ma.. Pa?" Chan bertanya dalam bahasa bayinya membuatkan Jeonghan hanya tersenyum.

"Appa tak ada, Omma pun tak tahu dia pergi mana." Balas Jeonghan sebelum pipi Chan digigit perlahan sehingga bayi itu tergelak.

"Appa dah balik!" Teriak Seokmin lalu memeluk kaki Seungcheol diikuti Ochi. Seungcheol hanya tersenyum kepenatan. Sudahlah dia langsung tak mandi.

"Choi Seungcheol." Tegas satu suara menyapa telinga Seungcheol.

Seungcheol meneguk air liur yang terasa perit untuk ditelan. Pasti ada benda tak baik bakal berlaku.

"CHOI SEUNGCHEOL KAU PERGI MANA SEHARIAN TAK BALIK HAH?!" Jeonghan menarik telinga Seungcheol sekuat hatinya hingga lelaki itu menjerit.

"A-Abang pergi rumah Jisung!"

"Buat apa??"

"Alah ada benda nak bincang! Adeh sakit huhu.."

"BINCANG APA? KAU BUAT AIB AKU TERCALAR TAHU TAK?!"

"ARKHH OMMA ADA SERIGALA KUNYAH BAHU CHEOL HUWAA SAKIT!"

•••

"Eh Mingyu kan? Buat apa sorang-sorang dekat situ?" Tanya Hendery yang sedang menyiram pokok bunganya. Dia ternampak Seokmin menguis tanah di halaman rumah Seungcheol.

"Tadi adik-adik dengan abang-abang kita semua tinggalkan kita.. diorang kata kaki Gyu macam kaki badak. Lambat." Mingyu memuncung pula. Sedih? Tentu sekali.

"Lah. Mana diorang pergi?" Tanya Hendery lagi.

"Pergi kedai beli aiskrim. Nanti mesti diorang tak belikan untuk Gyu hmph!" Mingyu bersedekap dada pula. Marah langsung tak dapat dilindung.

"Hai hyung." Sapa Seungkwan sambil menjilat aiskrim coklat di tangan. Aiskrim kon pula tu!

"Eih nak jugak!" Mingyu mendengus. Tipulah kalau air matanya tak bertakung, pipi sendiri dah merah delima menahannya.

"Nah." Jun mencampakkan plastik kepada Mingyu yang berisi aiskrim.

"Semua orang makan aiskrim sedap kita sorang je makan aiskrim pocong (aiskrim Malaysia) ni?" Wajah Joshua pula ditatap Mingyu meminta simpati. Nak minta simpati dengan Jun? Mungkin takkan terjadi.

"Err tadi aiskrim sedap kat kedai tu dah cukup-cukup je 10. Kita semua kan ramai so.." Joshua menggaru kepala yang tidak gatal. Buntu mahu beri jawapan. Sekarang, mata Mingyu dah mula berair.

"Nah ambil aku punya." Wonu menghulurkan aiskrim Magnum Almond kepada Seokmin lalu ditukar dengan  aiskrim 'pocong' berperisa milo tadi.

"B-betul ke ni hiks hyung?" Tanya Mingyu, mengesat air mata.

"Ambil lah." Wonu membalas sambil menikmati aiskrim pocong tadi.

"Saayyyaaaanngggg Wonu hyung!" Mingyu memeluk Wonu erat.

"WOI JATUH AISKRIM AKU EIII!"

Hendery yang baru selesai menyidai kain dan juga selesai memerhati adik-beradik tadi pun menyusul masuk ke rumahnya. Sebenarnya, dia memang tersentuh dengan sikap Wonu kepada Mingyu dah dia tahu bukan Wonu seorang yang bersikap gentle tapi hampir seluruh adik-beradiknya begitu.

"Kalau lah anak-anak aku baik macam tu haih.." Hendery mengurut kepala. Diserang rasa pening memikirkan dua orang anaknya. Dan dia sangat berharap Si Cheng tidak akan mengikuti perangai dua abangnya yang terlebih berakhlak mulia.

Disebelah Hendery sendiri Lucas dan Xiaojun sedang berebut lego untuk bermain. Yang Lucas pun satu tak nak mengalah.

"Haih malas Mama nak layan korang ni. Terlebih genetik bapak korang lah ni." Hendery bercekak pinggang.






[OG] Seungcheol Family || SEVENTEENWhere stories live. Discover now