33-

209 48 9
                                    

"Akak.." Panggil Taeyong tak bermaya. (P/s : tulang dia dah okey) Jeonghan pun berpaling memandang adiknya.

"Nak apa?" Tanya Jeonghan.

"Aku rasa.. aku nak cari siapa mak bapak kandung aku lah." Kata Taeyong. Tidak peliklah mengapa wajahnya pucat masam mencuka saja hari ini. Jeonghan menggangguk.

"Ya, aku faham. Lagipun setiap tahun kau akan cakap benda sama, tapi itulah kau. Takde tindakan pun aku tengok." Jeonghan membalas sambil tangannya menyuap kerepek ke mulut.

"Tapi kalini aku serius."

"Betul kau nak cari mak ayah kandung kau?" Tanya Jeonghan lagi untuk meminta kepastian. Dia sudah kenal Taeyong lama sebagai adiknya walaupun tiada pertalian darah, Taeyong memang akan suka berubah-ubah fikiran.

"Ya. Aku akan cari sampai dapat."

•••

"Oi sayang!" Tegur Kun yang melihat isterinya sedang menamam bunga di halaman rumah. Ten menatap wajahnya.

"Nak apa beban?" Tanya Ten semula. Kun memegang dadanya akibat kata-kata 'manis' dari isterinya benar-benar menusuk jiwa dan jantung tua miliknya.

"Suka hati je panggil aku beban. Kau tu dah tua pun masih menyusahkan aku, dah ada anak menyusahkan anak pula." Balas Kun tidak mahu kalah. Disini kita semua nampak bagaimana perangai Lucas dan Xiaojun tercorak. Ia bukanlah pengaruh rakan sebaya tetapi dari keturunan.

Ten mengjeling sahaja suaminya. Hendak dibunuh nanti menyusahkan dirinya pula nak disoal siasat.

"Aku nak cakap sesuatu." Kata Kun lagi. Ten menghempas pasu bunga yang dipegangnya ke tanah kerana geram.

"Cakap jelah dari tadi tak boleh ke? Ingat aku berminat nak tunggu mulut tua kau cakap sepatah-sepatah?!" Balas Ten, garang. Kun tersengih.

"Alah kau ni. Happy anniversary yang ke-45, sayang." Kata Kun dan senyuman manis diberikan buat isterinya yang garang bak singa. Ten ingat Kun sudah lupa tapi dialah orang yang pertama mengatakan itu pada hari ini.

Terus kemarahan Ten hilang melayang-layang diganti dengan perasaan yang paling dibencinya sejak dia bertemu dengan Kun dulu. Iaitu gelisah disertai dengan debaran.

"E-erm.." Ten mati kata. Melihat Kun yang tersenyum lagi lah membuat dirinya tak keruan.

Tipulah Ten tidak mencintai Kun. Mereka berkahwin juga bukan kerana dipaksa tapi atas perasaan yang sama, cinta mereka berjaya bertahan hingga ke hari ini. Cinta itu subjektif, setiap orang lain cara mereka.

"Nanti aku belanja kau apa-apa yang kau nak. Kau sebut je harini kau nak apa." Balas Kun, lalu beredar dari situ. Ten memastikan suaminya telah berada jauh dari situ.

"ARGH DASAR JANTAN!" Terus Ten menekup wajahnya ke dalam pasu bunga kerana wajah merahnya terlalu jelas kelihatan. Mungkin menyorok dapat menghilangkan rasa malu.

•••

"Kau tahu tak Jeonghan tadi aku dengar mak bapak mertua aku gaduh, tak lama lepastu aku pun datanglah tengok-tengok mak mertua aku tertidur dalam pasu bunga. Terkejut beruk aku. Kau rasa kenapa eah?" Tanya Hendery kepada Jeonghan. Jeonghan menelan kerepek dulu sebelum berkata.

"Bapak mertua kau dera mak mertua kau? Gitu?" Tanya Jeonghan. Hendery menepuk peha Jeonghan sehingga perempuan itu mengaduh.

"Mustahil lah! Ayah mertua aku tu baik orangnya, yang garang macam badak nak terberak tu mak mertua aku. Takkan orang garang macam dia kena dera pula?" Kata Hendery membuat Jeonghan menggangguk sahaja. Ada betulnya.

"Ha, lagi satu tadi bapak mertua aku masuk rumah tersenyum-senyum happy takkan dia baru lepas seksa mak mertua aku pulak kan?" Tanya Hendery lagi dan sekali lagi Jeonghan hanya menggangguk setuju.

"Kau kenal adik aku kan?" Tanya Jeonghan pula kepada Hendery. Hendery menggangguk.

"Yang jatuh motor pastu tulang retak tu kan?"

"Haah. Kau tahu kan dia bukan adik kandung aku?" Jeonghan bertanya meminta kepastian sebelum membuka cerita.

"Oh. Tahu. Si akak Jemah yang ceritakan kat aku. Kenapa dengan dia?"

"Dia nak cari mak bapak kandung dia Dery oi." Mata Hendery membuntang terkejut memandang jirannya itu.

"Sumpah lah wei?!" Tanya Hendery, terkejut. Malah sangat terkejut.

"Hm tapi itulah. Setiap tahun dia akan cakap benda sama. Dari kecil lagi macam tu. Tapi aku tak nampak pun tindakan dia nak cari mak bapak dia tu." Kata Jeonghan sambil menyuap kerepek ke mulut Hendery.

"Eh apa pasal aku suap ke mulut kau pulak?!" Jeonghan memarahi dirinya sendiri. Hendery tergelak besar melihat jirannya seperti ayam hilang anak.

"Well, aku rasa kalini kau patut beri dia kepercayaan. Kalau ada apa-apa nak aku tolong, aku boleh tolongkan." Kata Hendery. Lega sikit hati Jeonghan ada jiran yang memahami.

Seungkwan yang baru lepas bermain di rumah jiran-jirannya itu pulang ke rumah. Sebelum menaiki ke rumah, kakinya dibersihkan dahulu. Contohilah Seungkwan yang mesra alam ini.

"Haihhhh.." Taeyong mengeluh panjang. Dirinya lembik sahaja tidak bermaya. Seungkwan yang melihat pakciknya terbaring di tepi pokok kelapa itu pun mendekatinya.

"Acik, sini banyak kerengga lah. Jangan baring sini. Appa tu walaupun kedekut sikit dia beli tilam dengan katil kat rumah ni." Kata Seungkwan.

"Appa dengar tu, Kwannie." Seungcheol yang memang dari pagi tadi duduk di tepi rumah sambil membaca surat khabar itu menjeling anaknya.

Berani betul Seungkwan mengatakan dirinya kedekut walhal memang benar.

"Hamm mamamamm hmmm.." Taeyong mula bercakap dengan bahasa yang tidak difahami manusia biasa. Seungkwan cuba mentafsir namun tidak tercapai dek akalnya untuk memahami apa yang dikatakan Taeyong.

"Oh! Kejap ye acik!" Seungkwan berlari ke dalam rumah dan tak lama setelah itu membawa Chan yang duduk di rumah.

'Apa salah kitaaaaa HUWAAA!!!' Jerit Chan yang masih bayi itu di dalam hatinya saja. Dalam bahasa bayi.

"Ha! Channie kan baby lagi. Mesti dia faham. Cuba acik cakap balik apa acik cakap tadi, nanti Chan translate." Cadang Seungkwan. Taeyong mengangkat wajahnya memandang Chan kemudian menghumban semula wajahnya ke rumput.

"Mmmahahha mememehh hammamm.." Sekali lagi Taeyong dengan bahasa aliennya.

"Acik cakap apa tu Chan?" Tanya Seungkwan kepada Chan yang didudukkan berhadapan dengannya.

"Wememe hamamammm.." Chan membalas dalam bahasa bayi. Lagilah Seungkwan tidak faham.

"Chan kata acik Taeyong ada masalah, tapi dia penat nak fikirkan jalan penyelesaian. Pastu dia pun baring je lepak dengan kerengga." Enon muncul seperti hantu membuatkan sedikit lagi Seungkwan hampir memaki adiknya.

"Terkejut hyung tahu tak?" Seungkwan memuncung, Enon tertawa.

"Macam mana kau faham apa aku nak cakap..?" Taeyong membalas dalam keadaan lemah.

"Enon selalu main dengan Chan, jadi Enon faham bahasa bayi, dengan bahasa alien-alien yang lain." Kata Enon penuh riak.

Taeyong dan Seungkwan agak kagum, dalam masa yang sama terasa aneh betul dengan kewujudan manusia seperti Enon.

Author notes : saya baru bangun dari Transylvania sebab tu lama tak update HAHAHAF.


[OG] Seungcheol Family || SEVENTEENWhere stories live. Discover now