2 (repub)

96 14 6
                                    

Baru sahaja tiga hari berlalu setelah pemergian Mashiho, keadaan Xinyi sudah pun berubah. Dari seorang yang kerap keluar rumah, kepada seorang yang tak nak keluar rumah langsung. Tangan nya juga tidak lepas daripada mendail nombor telefon teman lelaki nya itu.

Selalunya, apabila nombor itu didail, laju sahaja panggilan diangkat. 

Tetapi, sejak Mashiho pergi ke Jepun,  telefon tak angkat. Mesej pun, dia balas pendek. Tapi lagi banyak dia buat tak tahu daripada balas.

Setiap kali hantar mesej sahaja, balasan yang dia selalu dapat hanyalah; "Nanti saya call tau," "Busy sangat la wak," "Nanti dah settle saya janji saya balik."

Tapi, semua yang dia katakan itu.. macam kata-kata kosong sahaja. Kata orang, sembang kari.

Sedang Xinyi sibuk melayan perasaan sendiri, kedengaran suara Wang Chen memanggilnya dari luar bilik.

"Yiyi! Cepat lah!"

"Ye, kejap!" Xinyi bangun dari katil dan terus mencapai beg tangan sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Okey, jom," ajak Chen

Xinyi menyarungkan sepasang converse high yang dihadiahkan Mashiho. Langkah diatur menuju ke arah kereta yang akan dipandu oleh Chen. 

Laju kereta berjenama Suzuki Swift itu bergerak diatas jalan raya menuju ke bandar paling sibuk disini. Beijing.

🍡

Sebelum Xinyi dan Wang Chen bergerak ke rumah rakan mereka, Chen terlebih dahulu memandu ke rumah salah seorang rakan nya. Kata nya nak ikut berjalan sekali. 

Setelah menjemput dua ekor budak dari rumah sewa, mereka menyambung perjalanan mereka ke rumah Jeongwoo.

"Lawa dok kereta kau, Chen," Haruto, budak Jepun yang sesat. Tiba-tiba dia ada dekat China. Dia sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh ada di sini. Nasib baik lah boleh hidup dengan baik dekat negara orang ni.

"Nak puji pun agak-agak lah. Aku bukan nya naik Lambo, yang kau puji lebih-lebih kenapa?" kata Chen. Mata nya masih tertumpu ke jalan raya.

Xinyi hanya mendengar tanpa berkata apa-apa.

"Eh, betullah. Lawa apa." Haruto masih lagi memuji kereta buruk Chen itu.

Setelah dua jam setengah memandu, mereka berempat akhirnya tiba di rumah banglo milik . Pintu pagar rumah itu terbuka luas seolah-olah memang menunggu kedatangan kami.

Kelihatan satu tubuh tinggi sedang elok bersandar di tepi pintu masuk sambil melambaikan tangannya ke arah kami.

Setelah Suzuki Swift milik Chen diparkir, satu-persatu dari mereka keluar dari kereta.

Kelihatan Haruto dan Yiran berlari ke arah Wen sebelum tubuh lelaki itu dipeluk erat. Chen yang masih berada di dalam kereta hanya mampu menggeleng. Dia mematikan enjin kereta sebelum melangkah keluar diikuti oleh Xinyi.

"Weh, Wang Chen! Lama tak nampak kau. Dah tinggi sekarang eh. Dulu, kau duduk bawah ketiak aku je tau tak?" kata Jeongwoo sambil melangkah kearah Chen.

Chen hanya menjelingkan matanya. 

"Oh my Yiyi~ Apa khabar sekarang? Dengar cerita, boyfriend kau balik Jepun eh?" Wen berkata sambil memandang kearah Xinyi.

"Sihat je Pakcik Wen. Haah, Mashi tu balik Jepun. Kata nya ada kerja," Xinyi menjawab dan dibalas dengan anggukan oleh Wen.

"Kau pakcik-kan aku, Yi?" 

Xinyi hanya ketawa sebelum berlari masuk ke dalam rumah Wen. Dah tau nanti mesti kena kejar, baik lari dulu sebelum kena ketuk dengan penyapu lidi dia tu.

Chen dan juga Wen hanya mampu ketawa.

"Jom lah masuk," kata Wen kepada Chen. Dia melangkah masuk ke dalam rumah setelah itu. "Woi, beruk! Kau orang buat apa tu?! Masuk je lah cepat!" jerkah Wen dari muka pintu. 

Xinyi dan Chen menoleh ke arah Haruto dan Yiran yang sedang mengejar seekor ayam jantan di kawasan rumah Wen. Mereka berdua hanya mampu ketawa melihat gelagat duo gila itu.

"Ha, masuk masuk"


Future | Kim JunkyuWhere stories live. Discover now