16 (repub)

41 5 2
                                    

"Dah. Kau tunggu je dekat sini sampai orang tu datang. Kalau jadi apa-apa telefon je aku. Wang Chen pun boleh. Tapi aku yakin orang tu baik je, so tak payah takut ye," pesan Satang. Dia hadiahkan satu senyuman manis sebelum berlalu pergi.

Xinyi melabuhkan duduk di atas sebuah kerusi batu yang ada di tepi. Kiri dan kanan dia pandang. Mana tahu orang tu tengah tunggu dekat tempat lain ke? 

Xinyi tunduk memandang lantai. Aku ni kena scam ke apa? Macam mana kalau betul-betul ada bangla nak beli aku? Macam mana kalau sekarang ni aku selangkah nak masuk dalam mulut naga? Pelbagai soalan bermain dalam kotak fikirannya sekarang ini.

Tiba-tiba terasa bahunya dipegang dari belakang. Bahana takut punya pasal, terus Xinyi angkat beg tangannya dan memukul gerangan yang menyentuh bahunya tadi. "Aduh, Yiyi! Kenapa ni?!" 

Tangannya berhenti dari memukul lelaki itu setelah mendengar suara itu. Kepalanya diangkat. Matanya bertemu dengan sepasang anak mata coklat yang kini sedang memandangnya dengan wajah aneh. 

Terus mulut Xinyi terlopong. Dia bangun dan menunduk kepada lelaki itu beberapa kali. "Sorry, sorry! Yiyi tak sengaja! Ingatkan bangla tadii," laju dia meminta maaf kepada Junkyu kerana memukulnya tadi. "Sakit ke?" tanya Xinyi. 

Junkyu hanya senyum sambil menggeleng. "Terkejut je. Kenapa Yiyi pukul tadi?" tanya Junkyu.

Xinyi kerutkan kening. Cuba fikirkan alasan yang munasabah. "Um, saya ingatkan.. bangla tadi. Maklumlah, datang sini pun sebab kena culik dengan si Wang Chen tu," kata Xinyi. Dia sengih di hujung ayat.

Junkyu hanya mengangguk. "Ni bangla?" tanya Junkyu sambil menghala jari telunjuk ke arah wajahnya. Sebelah kening diangkat sambil tersenyum senget.

Xinyi ketawa. "Tak, tak. Ni bukan bangla," kata Xinyi sebelum dia sambung ketawa. "Tapi kan, kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Xinyi.

"Dating."

Terus membulat mata Xinyi. "Hah?! Date? Serius ke ni?" tanya Xinyi. Mulutnya terlopong.

Junkyu tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. "Jom."

🍡

Xinyi mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan. Tangan mula melakukan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sekali-sekala kepala diangkat untuk melihat apakah makanan sudah tiba. Bila tak sampai lagi, kepala diturunkan kembali.

"Saya nak pergi tandas kejap," kata Junkyu. Xinyi hanya mengangguk.

Beberapa minit berlalu, makanan dan minuman yang dipesan sudah pun tiba. Dua pinggan chicken chop terhidang elok di atas meja bersama satu cawan teh ais lemon dan satu cawan chocolate milkshake.

Xinyi mengucap terima kasih kepada pelayan yang menghidangkan makanan tadi sebelum pelayan itu berlalu pergi. Xinyi memandang ke kiri dan kanan mencari tubuh tinggi Junkyu. Aik, mamat ni pergi tandas ke buat tandas? Macam lama sangat je.

Xinyi melihat chicken chop yang terhidang di hadapannya. Terus dia capai telefon dan membuka kamera. Xinyi senyum sendiri sambil melihat hasil gambar yang diambilnya tadi. Dia mengangguk puas hati.

Sedang dia asyik dengan telefon, Junkyu melabuhkan duduk di kerusi di hadapannya. "Hah, lama betul pergi tandas," kata Xinyi. Dia betulkan duduknya sebelum memandang wajah Junkyu yang hanya tersenyum.

"Makan lah," kata Junkyu.

🍡

Xinyi melihat sebuah papan iklan yang menayangkan video seorang lelaki yang sedang mempromosi produk pelindung matahari. Entah apa yang menarik pun tak tahu. Mungkin wajah lelaki itu yang menyebabkan Xinyi melihat papan iklan itu tanpa menoleh. Maklumlah, orang hensem.

Tiba-tiba terasa bahunya dipegang seseorang. Terus Xinyi mengalihkan pandangan dari papan iklan itu. 

"Nah," kata Junkyu. Dia menghulurkan secawan aiskrim berperisa coklat kepada Xinyi. Xinyi mengucapkan terima kasih dan menikmati ais krim tersebut. Junkyu hanya tersenyum. Dia turut labuhkan duduk di sebelah Xinyi.

Beberapa minit berlalu, hanya sunyi yang menyapa melainkan bunyi muzik yang dipasang pada pembesar suara. 

"Yiyi," panggil Junkyu. Terus Xinyi menoleh sambil mengangkat keningnya.

"I like you." 

Xinyi kaku. Otaknya masih mencerna maklumat yang baru diterima. 

Junkyu.. suka aku? Sejujurnya, aku sendiri tak tahu apa perasaan aku sendiri terhadap dia. Ya, aku rasa selesa, selamat, seronok, tenang bila dengan dia. Does that consider as.. like or.. love? I mean, maybe I like him.. in what way actually?

Future | Kim JunkyuWhere stories live. Discover now