HSO 13

719 58 2
                                    

"KENAPA dengan kak Iqa dengan abang Adwa ni? Gaduh sampai nak melayang nyawa tu,"kata Arsyad. Kepala digeleng perlahan.

"Arsyad tahu kan gambar akak dengan seorang lelaki dah tersebar kat semua social media,"kata Rifqah dan Arsyad mengangguk sahaja.

"Macam mana gambar tu boleh tersebar? Siapa lelaki dalam gambar tu?"tanya Arsyad bertubi-tubi.

"Raiden. Kawan akak sejak kat universiti dulu. Dia sekarang dah jadi CEO terkenal. Abang kau ni asyik nak cemburu,"kata Rifqah lalu menjeling tajam ke arah Adwa.

"Mana saya tak marah awak tu keluar je dengan dia,"ujar Adwa.

"Eh aku bukan keluar dengan dia je. Aku keluar dengan Hanis dan Waheeda. Fikir logik kau nak tuduh aku tapi takde bukti. Aku tak tahu siapa punya kerja sebarkan gambar tu,"balas Rifqah.

"Kalau saya ni jahat sangat dah lama saya buat tapi saya tak buat sebab apa? Nak jaga nama awak. Tapi awak ada jaga nama saya? Takde kan,"kata Adwa.

"Kau tu yang tak nampak apa yang aku buat. Kau nampak kesalahan aku je kebaikan aku tu kau terus tutup mata. Kau nak nampakkan aku ni menantu yang jahat di mata mama kau?"ucap Rifqah. Arsyad memicit dahinya melihat pergaduhan Adwa dan Rifqah.

"Perkahwinan akak dan abang Adwa memang tak macam orang lain. Setiap hari memang nak bergaduh je? Macam tak bahagia,"kata Arsyad.

"Memang tak bahagia kalau abang kau ni tak tahu nak ubah sikap dia tu. Ergh malaslah akak nak cerita nanti korang akan tahu juga,"ujar Rifqah.

"Sekarang ni baik aku pergi jumpa Raiden untuk selesaikan pasal gambar yang dah tersebar tu,"kata Rifqah lalu mengambil beg galas dan telefon pintarnya. Dia melangkah keluar dari biliknya.

"Korang berdua pelik sebab ada rahsia yang korang sorok dari Arsyad kan? Takkan tak nak cakap?"soal Arsyad.

"Arsyad tak perlu masuk campur hal rumah tangga abang dan kak Iqa. Kami tahu nak selesaikan masalah ni. Arsyad boleh balik dulu abang tengah serabut ni,"kata Adwa. Arsyad menghela nafas berat.

Rifqah melangkah ke arah Raiden dan dia duduk di hadapan lelaki itu.
Dia ingin memastikan tiada siapa yang melihat wajahnya.

"Kau dah kenapa nak tutup muka?"tanya Raiden.

"Kau ni gambar kita dah tersebar mestilah aku kena tutup muka aku ni pakai mask,"balas Rifqah.

"Sekarang ni aku risau orang yang sebarkan gambar kita akan buat benda di luar jangkaan kita. Aku dah baca komen kat gambar. Bukan setakat kau je kena kecam aku pun sama!"kata Raiden.

"Kalau aku dapat siapa yang buat ni, memang aku takkan maafkan dia,"ujar Rifqah yang sedang menahan geram.

"Macam mana kalau orang yang buat ni orang terdekat? Maksud aku keluarga kita sendiri,"kata Raiden dan kening Rifqah terangkat.

"Ibu mentua aku dari neraka tu nak buat? Dia tu mana ada gambar aku dan kau. Aku tak rasa kak Nurin yang buat. Haish misteri betul!"balas Rifqah.

"Hoi perempuan!"jerit seorang perempuan yang bernama Zaria. Dia menyimbah air ke muka Rifqah.

"Kau dah kenapa simbah air kat aku? Apahal nak serang aku?"tanya Rifqah dengan nada kasar.

"Dasar perempuan tak sedar diri. Kau berkepit dengan lelaki lain kau abaikan suami sendiri!"kata Zaria dan Rifqah berdecit sinis.

"Kau nak sibuk pasal hidup aku dah kenapa? Dah bosan sangat hidup tu sampai nak kena serang aku?"kata Rifqah. Dia berlagak tenang di hadapan Zaria.

"Ewah kau mulut tu memang tak tahu nak jaga ke?! Lelaki ni orang ternama tahu tak? Oh lupa kau dekat dengan lelaki ni sebab nak harta kan? Cakap je tak payah nak tipu!"ujar Zaria.

HIS SPECIAL ONE | IN EDITINGWhere stories live. Discover now