BAB 18

148 14 0
                                    

5 tahun kemudian,

Rumah Keluarga Tuan, Austarlia,

Nayeon p.o.v

     Rumah Keluarga Tuan yang biasanya aman damai tanpa sebarang bunyi tiba-tiba bising pada waktu pagi yang damai itu dengan suara Nayeon yang menjerit pada si bongsu Wonyoung, Yujin dan Yuna yang masih belum sedar dari mimpi mereka.

     " PARK WONYOUNG! PARK YUJIN! PARK YUNA! BILA KORANG NAK BANGUN HAH?!" Wonyoung, Yujin dan Yuna yang berkongsi bilik itu terpisat-pisat membuka mata mendengar teriakan Nayeon. Nayeon membuka pintu bilik adik-adiknya dan melihat mereka yang masih mamai. Ni mesti kes habis shooting lewat malam. Dengan muka masih bermekap lagi.

     " Haih korang ni... Apasal tak tukar baju dan bersihkan mekap sebelum tidur? Tengok ni? Hodoh betul bangun tidur..." Perli Nayeon selamba. Mekap mereka dah rosak jadi memang agak teruk muka mereka pagi ni.

      " Lupalah unnie... Kitaorang penat sangat. Semalam habis shooting pukul 3.00 pagi tau.. Mana tak penatnya. Mummy Rose jemput kitaorang masa tu pun dia macam mamai tau... Nasib tak tidur tengah-tengah memandu tau.. Nak minta jeong unnie jemputkan, telefon dia tak angkat pun.. Terpaksalah mummy jemputkan kitaorang..." Cerita Yuna. Nayeon mengangguk faham. Baru je mereka bertiga nak sambung tidur, dikejutkan pula dengan suara Yeji.  

     " Yah Korang! Unnie! Omma dengan Appa video call kat bilik tv sekarang! Cepat! Omma kata ada sesuatu nak dikatakannya..." Ajak Yeji. Mereka berempat yang mendengar pantas berlari ke bawah. Adik beradik yang lain semua dah duduk dekat sofa menunggu sehingga semuanya dah datang.

      " Omma, Appa... Wony rindu sangat dengan omma dan appa... Bila nak datang sini lagi melawat kitaorang?" Soal Wonyoung dengan suara manjanya. Adik beradiknya yang medengar kata-kata gadis 20 tahun itu menahan gelak mereka.

     " Wony, baru 2 minggu lepas omma dengan appa melawat kita... Takkan dah rindu kot..." Kata Momo perlahan. Wonyoung hanya tersenyum kecil menyembunyikan rasa malunya. Dia takde kat rumah masa tu sebab ada photoshoot dekat London, memanglah dia tak tahu...

     " Apahal muka ni? Ni kalau Fan tengok ni, mahu pengsan diaorang tau.. Dalam kamera memang cantik, luar kamera hancur..." Soal Jisoo perlahan melihat muka ketiga-tiga anak bongsunya. Mereka bertiga hanya mampu tersenyum malu. Kenyataan memang muka mereka sangat-sangat teruk ketika ini.

      " Tu lah tu Auntie.... Lily ingat tadi hantu manalah sesat datang rumah ni pagi-pagi ni..." Sampuk Lily, Anak Rose dan Mark yang sulung. Umurnya 15 tahun pada tahun ini. Jake, adiknya pula baru menjejaki umur 14 tahun. Jake dalam bilik dia.. Sejak perpindahan twitzone ke rumah mereka, dia yang memang pemalu asyik berkurung dalam bilik dia. Malu nak jumpa sesiapa pun..

     " Kan? Takpelah... Anak Auntie juga tu. Penat auntie jaga dia sampai besar macam tu.. Okey. Lily, boleh ke tempat lain sekejap? Auntie nak bincang sesuatu dengan mereka. Lily tak boleh dengar hal ni. Private..." Kata Jisoo perlahan. Lily yang memahami membuat isyarat okey sebelum menutup pintu bilik televisyen perlahan.

     " Haih... Macam mana nak cakap eh? Omma tahu korang suka duduk kat sana tu dengan Mummy Rose kamu, Daddy Mark, Lily dan Jake. Tapi Omma betul-betul rasa kamu kena balik ke Korea semula. Appa kata dia dah tua nak pergi jaga Mafia Park ni.. Jadi, kamulah generasi yang akan diarahkan menjaga Mafia ni. Omma pun bukanlah macam dulu untuk jaga kafe. Kafe tu makin lama makin banyak pengunjung. Maklumlah, kafe famous kan... Jadi, balik lah ye? 5 tahun dah berlalu. Mungkin bekas-bekas pengawas tu dah tak duduk kat sini lagi... Entah-entah mereka dah tak kenal kamu lagi. Jadi baliklah eh? Okey? Korang bincang dulu baik-baik... Nanti dah ada keputusan, bagitahu omma dengan appa. Kami sedia menunggu apa-apa keputusan dari kamu semua. Okey, Omma nak off dulu ni. Bye. Jaga diri sayang..." Video Call ditamatkan.

BAD GIRLS MEET PREFECT BOYSWhere stories live. Discover now